Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Besarkan Otot dengan ESP dan Mealshakes

Pagi ini saya nak berkongsi pengalaman saya sendiri selepas menggunakan beberapa produk vitamin Shaklee. Saya rasa ‘berdosa’ jika tak kongsikan kesan positif ini bersama pembaca blog ini supaya sama-sama dapat manfaat darinya.

Dukacita saya maklumkan yang saya adalah seorang lelaki yang underweight sebenarnya. Sobs sobs. Rasa banyak sedih. Sebelum saya jumpa Shaklee, saya dah cuba banyak cara untuk tambah berat badan termasuk lah makan dengan banyak seharian dan makan banyak sebelum tidur. Hihi tapi semuanya tak menjadi.

Jadi saya pun iktiar lah dan try ambil set weight gain Shaklee bulan 9 tahun lepas dan sehingga sekarang saya masih kosisten mengambilnya. Alhamdulillah banyak kesan positif yang saya dapat rasa selepas amalkan Shaklee jika dibandingkan sebelum pengambilan Shaklee.

ESP

ESP

ESP dan Mealshakes adalah antara benda yang saya wajib ambil sebagai breakfast tiap-tiap hari. Dan saya boleh katakan 2 benda ni adalah favourite saya sehingga sekarang.

Saya ni jenis yang sangat susah nak ambil breakfast jadi saya bancuh 1 sudu ESP + 1 sudu Mealshakes dalam setengah gelas air sejuk dan minum masa breakfast, alhamdulillah setel breakfast saya.

Bagi mereka yang nak tambah berat badan, anda memang wajib amek breakfast dan jangan sesekali skip sebab badan perlukan tenaga untuk buat aktiviti pada permulaan hari tersebut. ESP dan Mealshakes ni adalah protein. Bagi lelaki pula, bila dengar protein mesti teruja sebab masing-masing nak untuk besarkan otot mereka kerana protein adalah asas kepada pembentukan otot.

SEBELUM MENGGUNAKAN SHAKLEE

Sebelum saya jumpa Shaklee, badan saya selalu lesu, cepat letih, mudah ‘pancit’ bila buat aktiviti seharian dan rasa malas nak bergerak untuk buat kerja.

Dari segi berat, memang nampak sangat badan saya kurus keding dan selalu ditegur oleh orang sekeliling supaya makan dengan lebih banyak sebab mereka risau dengan badan saya yang sangat kurus padahal saya makan banyak dah kot. huhu.

SELEPAS MENGGUNAKAN SHAKLEE

Selepas makan Shaklee, seriously badan saya berasa lebih bertenaga dan kadang kala ‘hyper-active’ pun ada. Hihi. Lepas tu, saya dah tak rasa cepat letih seperti sebelum ini, mood makin baik dan rasa lebih focus.

Dari segi berat, obviously berat badan saya semakin naik. dulu nak maintain 50 kg sangatlah susah. Kalau dapat 50 kg tu pun adalah time bila saya timbang selepas saya makan sampai kenyang dan bila timbang selepas itu, berat turun mendadak. Tak tahu ke mana hilangnya nutrisi yang saya ambil tu. huhu.

Sekarang Alhamdulillah selalu 53 kg dan ke atas selepas konsisten makan 2 bulan tanpa skip. Apa yang paling best bila ramai yang tegur saya berisi dan otot/muscle semakin besar. Hihi. Apa yang saya lakukan adalah selepas minum ESP + Mealshakes, saya lakukan sedikit work-out. kalau ada dumb-bell, boleh angkat dumb-bell dan sebagainya.

Yang membuatkan saya lebih teruja adalah bila rakan saya juga merasai kesan yang sama. Sebab tu saya terpanggil untuk berkongsi tentang ini di blog supaya bukan saya sahaja yang dapat besarkan otot dan tambah berat badan tetapi anda juga boleh.

Leave a Reply