Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bersyukur Dengan Shaklee Saya Dapat Dunia dan Akhirat

Hari itu saya ada kongsi kisah saya berbisnes Shaklee di Facebook saya. Tidak sangka, ramai pengunjung yang memberi feedback yang sangat positif dalam Facebook saya tu.

Secara jujurnya, itulah apa yang saya rasa sejak saya berbisnes shaklee bermula bulan september 2013 (ketika saya berumur 20 tahun) dan sehingga sekarang.

Syukur alhamdulillah sebab ramai yang dapat mengambil manfaat dari apa yang saya cuba sampaikan. Semoga kita sama-sama maju dalam bisnes shaklee atau apa-apa bisnes yang kita buat sekarang.

Oleh itu, saya tertarik untuk turut berkongsi di dalam blog ini, dunia saya yang sebenar supaya lebih ramai lagi selepas ini lahir usahawan-usahawan melayu yang berjaya dunia dan akhirat. InsyaAllah

follow step

Posting Ini Agak Panjang.

Sila tarik nafas menggunakan teknik pernafasan alpha 2-4-8 (tarik-tahan-hembus)

Dah? Nice. bacalah.

Syukur jumpa group bisnes Shaklee yang membuatkan saya rasa.

‘ini group bisnes atau group usrah?’

Mhuahaha.

Mula-mula join dulu, rasa awkward gila sebab segala ‘tips rahsia jutawan’ group kami semuanya berbaur spiritual. Hampir 50% kot

Dalam hati sentap hati mak nak.

Ye la. Selama ni tak pernah buat, tetiba suruh buat. Rasa ok fine.

Maka saya pun buatla sebab mentor cakap, jangan percaya tapi buat ajer. So, saya pun buat la.

*Pung pang pung pang*

Bulan ke-2 serious berbisnes Shaklee, dapat shoot naik SUPERVISOR dengan terlebih GUV. Kalau nak naik jadi supervisor, GUV mesti capai 3,000 kan.

Tapi, saya time tu 3,400 lebih. Memang happy tak terkata lah kan sebab first time business yang saya buat dan saya berjaya dapat buat untung bersih 4 angka menggunakan RM0 modal (free membership)

Yang saya lagi suka ianya sebab saya buat secara online sahaja. YA. 100% online dari laptop sebab time tu saya berada di oversea lagi, segala order yang berdesup-desup masuk semuanya saya ‘paksa’ kakak(upline) saya yang poskan.

Sehingga sekarang total bonus yang Shaklee Malaysia bayar kat saya sejak saya berbisnes Shaklee lebih 5 angka, menuju ke 6 angka.

Saya langsung takde komitmen perlu bayar.

Takde hutang kereta dan takde hutang rumah. Takde hutang loan kahwin sebab belum kahwin. keke. InsyaAllah, saya takkan buat loan kalau nak kahwin .

Tapi kenapa saya macam ‘terdesak’ buat bisnes walaupun masih muda(21 tahun, muda la kan? hihi) dan saya masih bergelar pelajar?

Update blog bagai nak rak.

Sharing tentang nutrisi Shaklee di Facebook setiap hari.

Asal nampak muka saya jer, terus orang suspect saya nak jual Shaklee in fact TAK pun.

It’s because of

STRONG MOTIVATION from WITHIN

Sampai bila saya nak minta duit dari mak padahal dia sendiri pun di beri bantuan RM110 sebulan?

Sampai bila saya nak hidup berterusan miskin seperti dulu?

Sampai bila saya nak ‘terima’ dari orang?

Sampai bila saya nak jadi hamba kepada wang?

Sampai bila saya nak keluar pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang. tak cukup gaji, pinjam lagi?

Sampai bila?

Sampai MATI?

Mungkin waktu itu, sudah terlambat. samada saya yang pergi dulu ataupun orang tersayang disekeliling saya yang pergi dahulu.

Hidup ini adalah satu pilihan dan hanya kita yang memilih untuk hidup begitu.

Jangan sesekali salahkan orang lain, sebaliknya salahkan diri sendiri. berubahlah dan tukar, ambil jalan lain yang menuju kepada mencapai apa yang kita nak dalam hidup.

Agak-agak buat benda yang sama setiap hari akan memberi kita hasil yang berbeza?

Berubah adalah benda yang amat ‘sakit’ kerana kita belajar untuk membuat benda yang kita tak pernah buat.

Macam saya

Saya rasa ‘sakit’ untuk setiap hari kosisten solat dhuha 2 rakaat, solat tahajud dan sebagainya sebab selama ini saya tak pernah buat. kalau sekolah buat qiamulai berjemaah pun, saya lah yang pertama akan tarik diri atau buat-buat tidur mati.

Sehingga sampailah Allah menghantar satu peristiwa yang betul-betul menjatuhkan diri saya sehingga saya sedar yang

Saya perlu SUJUD. saya ‘terpaksa’ SUJUD sebab apa yang saya sudah miliki sebelum itu sudah hilang dalam sekelip mata.

Alhamdulillah

Walaupun saya belum cukup ‘baik’ tapi

Sekarang saya suka kepada PERUBAHAN. saya mesti BERUBAH

saya bersyukur kepada PERUBAHAN yg terjadi, ini lah yg membuatkan saya kenal SIAPA DIRI SAYA DI SISI-Nya dan Itulah Sumber Kekuatan Saya Demi Mencapai Kejayaan Dalam Business yang saya buat sekarang.

Jom Jihad Ekonomi Bersama-sama!

Mentor saya pesan:

Kalau nak buat bisnes, belajarlah dari mereka yang dah buat bisnes dan dah terbukti berjaya.

Leave a Reply