Berkunjung ke Taman Botanikal Labuan

Apa kata kita terus masuk ke topik utama iaitu review Taman Botanikal Labuan yang telah saya kunjungi 2 hari yang lepas.

Memang layan.

Terlebih dahulu izinkan saya untuk menceritakan serba sedikit mengenai taman yang terletak hanya 1.3 km daripada pusat bandar Labuan ini kepada korang semua.

Taman Botanikal Labuan ataupun lebih dikenali sebagai ‘Bumbung 12′ adalah bekas Rumah Kerajaan. Ia dibina pada tahun 1852 dan bangunan tersebut mempunyai reka bentuk yang panjang. Struktur bangunan ini adalah rendah bersama dengan binaan atap yang sungguh menarik.

Selain kaya dengan khazanah alam seperti pokok-pokok tua, bunga-bungaan dan landskap yang indah, Taman Botanikal ini juga menyimpan cerita yang sungguh menakjubkan dan sedikit adventure kepada mereka yang lasak dan berani.

Nak tahu kenapa?

Kerana mengikut cerita orang tempatan, Kehidupan di tanah tersebut membawa banyak peristiwa. Di antaranya ialah kisah orang Dayak mengasapkan kepala di hadapan laman rumah taman ini.

Ceritanya begini, pada suatu petang, apabila Leftenan-Gabenor Komander A.S. Hamilton pulang ke rumah, beliau terhidu bau kebakaran datang dari arah rumahnya. Beliau mempercepatkan langkah apabila memikirkan rumahnya terbakar. Sesampainya beliau di rumah, beliau berhadapan dengan sebaris orang Dayak yang sedang mengasapkan kepala di atas tripod di hadapan laman Rumah Kerajaan.

Satu lagi peristiwa ialah mengenai kewujudan hantu seorang wanita yang dikatakan isteri kepada Hugh Low ataupun mungkin juga orang lain yang telah dipancung. Tapi korang semua jangan risau, kelibat wanita tersebut tidak pernah lagi kelihatan sehingga kini.

Tamat mukadimah yang tidak seberapa, apa kata kita layan keindahan landskap di taman tersebut yang saya abadikan pada smartphone milik saya.

Pintu gerbang Taman Botanikal Labuan
Pintu gerbang Taman Botanikal yang sedia menunggu pengunjung

Masuk je dalam kawasan taman ini, anda akan dijemput oleh pintu gerbang utama yang mungkin memerlukan sedikit penyelenggaraan.

taman di dalamSumber foto: Amie’s little kitchen

Pemandangan yang boleh korang lihat selepas melangkah masuk ke dalam Taman Botanikal ini. Cantikkan? Dan saya yakin ianya akan lebih cantik sekiranya diselenggarakan dan diberi touch-up sedikit kerana ada di antara bunga-bunga yang ditanam kelihatan ‘uzur’ kondisinya.

jambatan dalam tamanJambatan dalam taman

Serius jambatan ini memang cantik dan mendamaikan hati pengunjung, bukan takat dalam gambar je tau! Cuma apa yang mencacatkan pemandangan ialah rumpai di dalam air yang ‘membesar dengan sihat dan kuat’ giteww. Okey boss, saya rasa kalau rumpai tu dikawal tumbesarannya, hasilnya nanti akan jauh lebih menakjubkan.

Baru beberapa minit berjalan kaki, jumpa pula taman yang menempatkan herba-herba yang selalu kita campurkan dalam masakan tu. Herm… sekali-sekala tengok pokok-pokok tu tumbuh subur secara ‘live’, seronok jugak, ye dak.

botanical gardenPermandangan tasik buatan dari arca

cuti-cuti di labuanSurau juga turut disediakan oleh pihak pengurusan taman untuk muslimin dan muslimat yang ingin menunaikan solat.

rumah pokokRumah pokok untuk meninjau kawasan persekitaran, serius guys memang cantik walaupun buat masa ini kelihatan sedikit uzur. Tapi jangan risau, ianya sedang diselenggarakan.

taman airYang ni khusus untuk mereka yang gemarkan air. Tapi saya tidak pasti kalau korang dibenarkan untuk mandi di dalam taman air mini ini.

ruang tamanRuang taman yang amat menarik untuk bersantai dan menghayati panorama indah di kawasan taman botanikal. Romantik betul.

rumah taman botanikalKalau nak tahu, rumah pokok ini terletak hanya bersebelahan sahaja dengan taman air dan ‘taman romantik’ tu. Jadi korang bolehlah meninjau kawasan sekitar di atas rumah pokok kalau dah penat menghirup udara segar kat bawah.

taman permainanTaman permainan khusus untuk anak-anak korang bermain. Ada pelbagai permainan kat sini yang confirm menarik perhatian anak korang untuk bermain seperti jongkang-jongket, gelongsor dan buaian.

kolam airMasih dengan pemandangan di kolam air, kalau nak tahu inilah gelongsor yang akan membawa korang ke kolam bawah.

meriam airMeriam air pun ada tau! Cuma yang tak bestnya, ianya belum boleh digunakan saat gambar ini diambil. Satu lagi, air terjun buatan kat atas tu pun masih ‘unserviceable’ ketika ini.

rumpai airLihatlah betapa suburnya rumpai air di dalam tasik tu. Risau juga saya menengoknya, tak lemas ke ikan yang ada kat dalam?

permandangan tasikCantiknya pemandangan tasik dari sudut ni…

tempat peranginan di labuanSudut yang menarik perhatian saya… cool rite?

Sebab-Sebab Saya Suka Labuan – Home of Chocolate

Adakah ini semua saya pedulikan? Memang tidak! Jujur saya katakan saya bukanlah di antara wanita yang obses kepada manisan. Malah semenjak berpindah ke sini, hanya sekali saya memborong sakan produk tersebut di Sky Park.

sky park labuan
sky park labuan

Anda tahu apa sebab tu? Coklat mudah merosakkan gigi.

Tapi ada beberapa perkara yang cukup menarik hati saya agar terus setia di bandar ini. Ya, memang betul punya. Dan saya percaya mana-mana pemastautin sementara juga akan bersetuju dengan pendapat saya.

Di sinilah saya ingin berkongsi bersama para pembaca tentang 9 sebab kenapa saya amat suka dengan tempat Labuan ni.

1. Bukan ramai orang yang tinggal di sini

Kalau dah pulau kecil, sudah tentulah penduduknya juga automatik kurang sikit, setuju? Jadi kesesakan penduduk taklah terasa sangat di sini. Malah… korang boleh membilang jumlah keseluruhan pelanggan di Ujana Kewangan walaupun ketika itu adalah waktu puncaknya.

2. Rileks

Anak-anak saya boleh bermain di luar rumah tanpa perlu saya supervise dan memantau. Seriously! Kawasan mana yang lebih rileks daripada ini. Dengan kadar jenayah yang hampir tidak kedengaran, aman dari bunyi-bunyian bising dan jauh daripada kesesakan bandar. Percayakan saya, korang telah memilih salah satu tempat percutian yang terbaik dari segala segi.

3. Selamat

Sama dengan alasan di atas. Tapi saya suka untuk ulangi alasan ini, untuk menunjukkan kepada kalian betapa selamatnya Pulau ini.

4. Bebas cukai

Apa lagi yang lebih menarik daripada ini? Coklat? Perfume? Alcohol? Semuanya boleh korang balun tanpa duti import yang menyakitkan kepala. Tapi tolak barangan keperluan dapur dan makanan ruji ye. Yang tu tak dapat den nak tolong, sebab harganya memang macam nak runtuh di sini. Yang bestnya korang boleh belasah makan KFC dan McDonald setiap hari. Murah beb.

5. Seafood! Seafood! Seafood!

Walaupun Labuan bukanlah tempat terbaik untuk mencari makanan laut yang segar dan murah. Tapi apa yang bestnya korang tahu di mana boleh mencari makanan tersebut berbanding dengan tempat lain di kampung-kampung dan bandar-bandar Malaysia. Cubalah jalan ke Tanjung Aru or Anjung Ketam (orang tempatan yang bagi tahu) dan nikmatilah hidangan ketam black pepper, ikan bakar, ikan tiga rasa dan plenty of choices makanan laut yang ada di sini. Pasti anda nak banyak lagi.

coklat duty free

6. Pantai dan laut yang bersih dan indah

Saya suka pantai dan Labuan mempunyai pantai yang amat saya gemari. Tapi bagi saya adalah pelik sikit sebab bila saya ada di pantai, nampak tak ramai orang yang mandi di tepi pantai terutamanya Pantai Batu Manikar tu. Pantai Tanjung Aru lagilah teruk. Macam orang Labuan tidak suka pergi ke laut. Pelik betul?

7. Tambang ke tanah besar Sabah semakin murah

Ini amat saya sukai! Sebab tu la kami rajin sangat kunjungi ke sana. Terima kasih kerajaan Malaysia yang memberikan kemudahan ini. Kalau boleh kekalkanlah diskaun ini sehingga akhir zaman.

8. Comel

Labuan ni kecik jer tau. Korang boleh meronda seluruh Labuan dalam masa 3 jam jer. So jangan hairan kalau korang pusing-pusing sana jumpa orang ni, Pusing sini pun jumpa orang tu jugak.

9. Sayap ayam yang bersepah

Macam di sini saja yang saya boleh nampak ayam yang mempunyai sayap sedemikian

Ok dude, last sekali izinkan saya untuk uar-uarkan di dalam blog ini, coklat sebenarnya sangat… sangat tidak baik untuk kesihatan korang. Jadi kurangkan pengambilannya ye.

Artikel berkaitan:

Jadual Cuti Sekolah Untuk Tahun 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *