Web
Analytics

Berita Kekecewaan Hospital Kerajaan


Petang tadi baru sempat nak baca surat khabar masa tengah tunggu mekanik Perodua siap periksa masalah bunyi kat bahagian bonet depan kereta isteri aku. Best betul ruang menunggu pusat servis Perodua tu, ada aircond, tv dengan Astro, sofa kulit, makanan ringan dan air kopi panas layan diri tersedia kepada pelanggan. Jauh lebih baik daripada dua pusat servis Perodua kat Sungai Buloh dengan Taman Bolton, Batu Caves yang pernah aku pergi sebelum ni.

Sambil dengar keputusan Sukan Asia Guangzhou, aku terbaca berita muka depan surat khabar Berita Harian bertajuk Rintihan Pesakit: Ramai akui bil rawatan, ubat hospital swasta mahal, melampau. Ini keratan dari beberapa perenggan berita tersebut:

Orang ramai mengakui kadar caj rawatan dan ubat-ubatan yang dikenakan hospital swasta mahal, tidak munasabah dan melampau walaupun perkhidmatan yang diberikan tidak jauh berbeza dengan hospital kerajaan.

Beberapa pembaca Berita Harian juga berpendapat ada hospital swasta mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi jenama hospital dan doktor pakar yang bertugas di hospital berkenaan untuk mengenakan kadar caj yang tinggi kepada pesakit.

Itu berita hari ni. Hari Isnin lepas pun keluar kat muka depan berita yang sama tapi lebih difokuskan kepada masalah hutang bil rawatan. Dalam berita hari ini pula lebih tekankan kepada bil rawatan yang terlalu mahal, tapi aku dapat hidu sedikit rasa kecewa di kalangan pihak hospital kerajaan atas sebab orang lebih berminat mendapat rawatan di hospital swasta berbanding hospital kerajaan.

hospital kerajaan
hospital kerajaan

Bila baca berita penuh berita tersebut langsung tak sentuh soal perkhidmatan staf-staf hospital, yang ditekankan cuma caj rawatan yang tinggi. Tak cakap pun orang dah tahu, apa-apa saja yang melibatkan swasta mestilah bayarannya lebih mahal, lebih-lebih lagi hospital. Orang yang sanggup dapatkan rawatan di hospital swasta semestinya tahu kos yang bakal ditanggung, dan selalunya diorang ni dah ada insurans perubatan. Selalu aku dengar pun orang lebih suka ke hospital swasta atas dua sebab utama iaitu keselesaan dengan perkhidmatan yang lebih baik.

Dengan suka hatinya aku nak kongsikan sedikit pengalaman secara ringkas untuk bandingkan antara hospital kerajaan dengan hospital swasta.

Perkhidmatan
Kita sedia maklum perkhidmatan di hospital swasta jauh lebih baik. Layanan nurse pun memuaskan dengan tutur kata yang sopan dan lemah lembut, tak sama dengan nurse hospital kerajaan yang biasanya agak kasar lebih-lebih lagi yang dah agak senior. Kadang-kadang ada nurse hospital kerajaan yang macam kurang ambil berat dengan tahap kesakitan pesakit, macam endah tak endah je. Ini pernah berlaku kat arwah mak aku. Taklah semua, tapi selalunya begitu.

Keselesaan
Orang lebih suka ke hospital swasta sebab ianya jauh lebih selesa, lebih privasi. Tak macam hospital kerajaan yang selalunya bising. Kalau bukan bising disebabkan oleh pelawat, semestinya oleh nurse-nurse yang bertugas. Kat hospital kerajaan memang ada bilik persendirian tapi selalu je penuh dihuni oleh kerabat-kerabat diraja dan orang atasan. Aku tak cakap semberono, ini diceritakan sendiri oleh nurse hospital kerajaan.

Kebersihan
Kalau sebut pasal kebersihan semestinya hospital swasta jadi pemenangnya. Hand sanitizer pula ada di merata-rata tempat, tak macam hospital kerajaan, nak nampak sebotol pun kadang-kadang susah.

Dalam rancangan 360 kat TV3 dulu pernah siarkan isu angka giliran yang terlalu lama pesakit kena tunggu sampai enam jam pun ada sebab doktor cuma seorang tapi pesakit pula ramai. Hospital yang dimaksudkan tu adalah Hospital Sungai Buloh. Aku dengan isteri pun pernah tunggu hampir dua jam baru dipanggil masuk jumpa doktor walaupun masa tu aku dengan isteri antara orang terawal yang sampai. Pernah juga kena tunggu sampai empat jam kat hospital kerajaan yang lain. Dari rasa demam sampailah hilang rasa pening kepala sebab nak tunggu doktor panggil.

Bukan niat nak kondem hospital kerajaan tapi itulah hakikatnya. Mungkin ada hospital kerajaan yang betul-betul berikan perkhidmatan terbaik. Hospital adalah tempat pesakit berehat jadi suasana sangatlah memainkan peranan yang penting dengan sistem yang lebih sistematik. Hospital kerajaan terlalu banyak prosedur yang kita sebagai orang awam ni rasa tak perlu pun prosedur pelik-pelik tu. Ada sesetengah tempat kena ke hulu ke hilir dulu bawa borang baru dapat jumpa doktor.

Bilik kat hospital swasta pula selalunya lebih mewah, selesa dan lebih privasi. Bilik macam hotel dan selalunya ada Astro hehe. TV selalunya bukan untuk pesakit tapi untuk orang yang menunggu hilangkan bosan. WiFi pun disediakan biasanya. Tak mustahillah kosnya lebih mahal. Tak perlulah pihak kerajaan nak banding-bandingkan sangat, orang awam sendiri tahu untuk menilai.

Atas beberapa sebab di atas jugalah aku lebih rela isteri aku lahirkan di hospital swasta. Agaknya macam manalah kalau isteri aku menghadapi situasi macam saudari IntanKuTerpilih ni?

Artikel berkaitan:
Giant Teluk Intan!!! Tolong Sediakan Paip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts