Web Analytics
sungai sarawak

Bercuti Ke Sarawak

Alhamdulillah selamat sampai di Kota Bharu. Terus update blog nie… Hehehe…

sungai sarawak
sungai sarawak

4 hari 3 malam di Kuching, Sarawak sangat best… That was my really first time made myself in Bumi Kenyalang… Actually, this trip is not really so-called holidays or vacation… Sebabnya, kami sekeluarga datang ke Kuching ini adalah untuk attend satu majlis perkahwinan kawan mak saya… Ehhh, bukan kawan, anak kawan mak saya… Kawan mak saya semua dah tua… Kisahnya, mereka ni berkenalan masa sama-sama dalam jemaah haji dulu… I don’t really know what made they very close… Very close giler kot…

Ermmm… Tak kisah la…. Ni nak cerita sikit, baq hanggg… Hahaha…

Hari #1

LCCT
LCCT

Dari Kota Bharu, naik flight ke Terminal LCC, Kuala Lumpur… Then naik lagi flight ke Kuching, Sarawak… Flight dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur ambil masa dalam 45 minit or lebih kurang sejam juga nak sampai… Dari Kuala Lumpur ke Kuching ambil masa dalam 1 jam 45 minit untuk sampai… Bila sampai, kami di ambil oleh kawan mak saya tadi then ke rumah kawan dia yang satu lagi… Oh, pening pulak cerita macam nie… Senang cerita, dia bawak kami pergi ke rumah dia makan dulu… Mula-mula dia dah sediakan tempat penginapan untuk kami… Tapi sebabkan ayah saya demand sikit, so, kami pergi cari hotel yang dekat dengan tempat makan, tempat beli souvenir and so on…

Hari #2

Hari kedua nie…. Ermmm… Wait…. Apa yang berlaku errr???? Lupa pulak… Ohhh… Hari tu hari Jumat kan??? Yup betul… Hari kedua tu ada kenduri doa selamat kat rumah kawan mak saya… So, kena pergi rumah dia, tapi masa kami sampai, everything is over. Tinggal orang nak makan je… So, tak sempat sangat la sebenarny nak berdoa selamat… Jadi, pergi untuk makan jer… Kat sini banyak la makanan yang tak pernah rasa yang saya jumpa….

kuih celorot
kuih celorot

Hari #3

Hari ketiga adalah hari kejadian… Which means, hari berlangsungnya perkahwinan anak kawan mak saya tu… Katanya, kenduri kat sana lain sikit dengan kenduri kat semanjung nie… Sebabnya, kalau kita biasanya kenduri akan start dari pukul 10 or 11 pagi and will be end at about six, right… Tapi kat sana, mereka kenduri pukul 10 or 11 start, which kena tunggu semua datang, then dalam pukul 12 makan bersama-sama… Pukul 2 macam tu, semua dah settle… Senang… Tak payah sampai ke petang…

Muzium Sejarah Cina di Kuching
Muzium Sejarah Cina di Kuching
kadar tambang
kadar tambang
The Astana, Kuching
The Astana, Kuching

Petangnya, kami dibawa berjalan-jalan ke sekitar Bandar Kuching… Menurutnya, bandar Kuching ni tak besar mana pun… Ada Kuching selatan dan Kuching Utara… Hotel kami di kawasan Kuching Utara, so, mereka bawa kami jalan-jalan di Kuching Selatan… Diorang bawak kami ke tempat nak beli KEK LAPIS SARAWAK yang sedap… Kat situ jugak, mak saya beli Ikan Terubuk… Saya tak pasti kenapa ayah saya ria-ria nak ikan tu… Tak tahu la sama ada tempat lain tak ada ikan tu atau errmmm…. Tak tahu la…

Dewan Undangan Negeri Sarawak
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Sarawak1
Sarawak1
Sarawak2
Sarawak2
Sarawak3
Sarawak3
Sarawak4
Sarawak4
Sarawak5
Sarawak5

Hari #4

Lawatan Ladang Buaya Terbesar Sarawak

Saya dan rombongan pergi lawatan ke ladang buaya terbesar Sarawak iaitu Jong’s Crocodile Farm untuk mencari iktibar dari reptilia buaya..Kami bertolak dari Kota Samarahan ke ladang buaya dalam 30 minit sahaja.Perjalanan kami sangat lancar sebab pergi dalam pukul 9.45 pagi.Rata-rata pengguna jalanraya sudah masuk ke pejabat dan sudah berada di destinasi pekerjaan masing-masing.

Jongs Crocodile Farm
Jongs Crocodile Farm

Setibanya kami di sana sudah ada beberapa rombongan dari Semenanjung Malaysia dan orang Sarawak sendiri menunggu untuk membeli tiket.Harga tiket juga berbeza mengikut kategori umur.Dewasa iaitu dari umur 12 tahun ke atas dikenakan RM12 satu kepala dan kanak-kanak dari umur 3 tahun sehingga 11 tahun cuma RM6 manakala kanak-kanak yang berusia dibawah 3 tahun tidak dikenakan bayaran.Bagi orang luar Sarawak harga tiket dikenakan sekali ganda.Boleh congak sendiri la ye.

saya akur harga yang ditawarkan agak mahal semata-mata nak tengok buaya.Namun jika difikirkan logiknya memang kos selenggara ladang yang sebesar itu bukannya murah.Kos makanan untuk buaya sahaja memang tinggi.Haiwan ini bukan makan rumput tetapi daging.Itu belum termasuk kos makanan haiwan-haiwan lain yang dikurung seperti penjara kehidupan.

Jong’s Crocodile Farm telah dibuka sejak tahun 1963 lagi.Di ladang ini terdapat pelbagai haiwan selain dari buaya seperti khinzir,ikan Arapaima,monyet,kura-kura,ular dan sebagainya.Malah kambing pun ada.Haiya.Itu haiwan pun ada juga la.Sebab tu ada upgrade menjadi zoo.

Apa yang menarik tentang sifat buaya ini ialah tenang dan kaku hampir sepanjang masa.Sifat penyabar sang buaya tahap tertinggi.Mungkin kerana haiwan ini hasil tinggalan zaman dinasor yang belum pupus sepenuhnya.Tengok pun tidak seronok kerana tiada pergerakan langsung.Kalau ikutkan hati mahu sahaja jolok guna kayu supaya buaya yang tengah santai itu mengamuk dan menganas.Barulah ada thrill dan saspen.

Keseronokan kami bermula ketika aksi memberi makan buaya.Sebelum itu sudah diumumkan melalui sistem PA bahawa masa untuk Jumping Crocodile Feeding mengunakan 3 bahasa iaitu English,Cina dan Melayu.Apalagi bergegas para pengunjung untuk ke satu kawasan yang dikhaskan melihat buaya makan makanan yang dihulur melalui tali.Ada dua sesi untuk memberi makan buaya yang diadakan pada pukul 11 pagi dan pukul 3 petang.

Loceng dibunyikan.Sang buaya seakan-akan faham dan bergerak menunggu ke pondok yang menempatkan dua pekerja.Dari jauh saya rasa ngeri melihat belasan buaya yang besar dan menganggakan mulut ke arah pekerja tersebut.Cuma beberapa ekor sahaja yang sudi berenang ke sungai untuk memperlihatkan aksi mereka melompat ke atas untuk ngapkan daging yang dihulurkan melalui tali direntang melepasi kolam.

saya terfikir sejenak.Haiwan yang kaku sepanjang masa akan ganas seketika waktu makan sahaja.Yang peliknya mereka tidak bergaduh dan hidup sangat harmoni tidak seperti haiwan kucing atau anjing.Bayangkan dalam kolam yang sempit dan menempatkan berbelas ekor buaya tidak berkelahi sesama sendiri.Mereka seolah-olah satu kumpulan haiwan yang harmoni dan hidup rukun damai.

crocodile farm
crocodile farm

Ladang buaya di Jong’s Crocodile Farm and Zoo memang tempat sesuai untuk dikunjungi oleh rakyat negara ini maupun pelancong dari luar.Alasannya Sarawak belum mempunyai Zoo yang lengkap.saya berharap ladang ini terus sukses dan sukses hingga ke zaman-zaman yang akan datang.

Bagi mereka yang pertama kali berkunjung memang rasa teruja.saya dan geng sekerja serta anak pernah pergi beberapa kali.Rasa teruja dah merosot kot.Cuma dulu dengan sekarang ada sedikit perubahan terutama tandas yang lebih banyak untuk kegunaan penggunjung.

Iktibar yang jelas dari lawatan ladang buaya sangat santai.Jangan jadi buaya darat maupun buaya tembaga.Buaya mempunyai kesabaran paling tinggi kerana paling kurang pergerakan.Kaku dan statik bagaikan tunggul kayu.

Cuma jangan kita melabelkan buaya terlalu jahat disebabkan mereka menyerang manusia.Binatang ini perlu hidup dan bebas lepas sebagaimana haiwan liar yang lain.Jika sudah bertemu makanan biarpun bangkai sekalipun tetap tidak akan ditolak.Apa lagi manusia yang ada daging fresh.

Oh ya.Buaya juga ada sejarah tersendiri dengan panggilan nama Bujang Senang dan Bujang Sudin.Kisahnya banyak diceritakan dari mulut ke mulut melalui generasi ke generasi dari dulu sehingga sekarang.

Hari #5

Hari nie la… Flight kami pukul 9 pagi dari Kuching dan pukul 1.30 petang dari Kuala Lumpur… And now, I’m here, Kota Bharu!!!! Hehehehe…

P/s: Mulai March 2014, flight dari Kuching ke Kota Bharu or vice versa adalah direct… Maksudnya tidak perlu untuk transit kat LCCT.

Baca juga: Orang Sabah Sarawak Tiada Baldi

Leave a Comment