Bercuti Ke Pulau Perhentian Kecil

Hari ini saya ingat nak kongsi bersama anda semua sekalian sikit tentang pengalaman saya pergi bercuti ke Pulau Perhentian di Besut, Terengganu.

Sebenarnya, trip ni dah lamalah saya rancangkan, tetapi selalu melewatkan percutian ini sebab sibuk dengan hal lain. Cuma kali ini sanggup saya biarkan semua perkara yang kacau cuti saya. Tidak peduli lagi dan terus ambil cuti dari bos saya. Jika tidak, tak tahu kena sampai bila baru saya ada masa untuk pergi bercuti pula.

Masa Pemergian Bercuti

Baiklah. sebelum saya bercerita dengan selanjutnya, biarsaya cerita sedikit terlebih dahulu pasal agent masa pergi ke Pulau Perhentian tu.

Selepas dengar apa yang kawan karib saya rekomen, akhirnya kami pilih agent Perhentian Sealife Services untuk uruskan percutian kami ke pulau itu. Untuk memudahkan anda semua, kalau nak pergi bercuti ke sana nanti, bolehlah anda ambil maklumat tentang agent berkenaan di bawah ini.

Nama Agent: Perhentian Sealife Services
No. Telefon Pejabat: 09-6902230 , 09-6902233 (Kak Zai)
Blog: sealifeservices.blogspot.com
Fb: Sealife Perhentian Package
Email to : [email protected]

pulau perhentian
pulau perhentian

Gambar kat atas ni adalah tempat yang kami duduk untuk 3 hari 2 malam di pulau itu. Tempat ni memang nampak macam tak menarik dan tidak mewah, tapi seperti yang saya cakap, ianya sangat sesuai untuk percutian bajet bagi pelajar-pelajar yang nak bercuti ke Pulau Perhentian tapi tidak ingin membelanja terlalu banyak wang atas penginapan. Maka rumah cuti ini amat sesuai sekali.

PLAZA INN 123
PLAZA INN 123

Gambar yang kat tengah-tengah tu adalah gambar keadaan bilik kami hari tu. Saya sudah tidak berapa ingat sama ada bilik ini adakah bilik yang kami tinggal pada hari itu atau tidak, tapi keadaan dan hiasan dalam bilik tu memang macam yang ditunjukkan di gambar ni la. Ruangnya sebenarnya sangat luas dan amat selesa untuk duduk di dalam.

Hari Pertama:

Dari Kota Bharu, kami bertolak dalam pukul 8.00 pagi menuju ke Jeti Kuala Besut. Perjalanan kami ke Jeti Kuala Besut tu ambil masa lebih kurang dalam 50 minit. Sebelum kami ke sana, kami singgah di rumah kawan dahulu sebab nak tumpang letak kereta.

Kebiasaannya, dekat dengan Jeti Kuala Besut tu akan ada perkhidmatan untuk letak kereta, tapi disebabkan kami ada kawan yang tinggal dekat dengan situ, jadi kami ambil kesempatan sikit untuk tumpang letak kereta dekat rumah dia…

Kami bertolak ke Pulau Perhentian Kecil dalam pukul 10.30 pagi. Selepas settle semua urusan dengan agent dekat Jeti Kuala Besut, diorang bawa kami ke Jeti untuk ke pulau. Perjalanan amik masa lebih kurang 45 minit untuk ke Pulau Perhentian Kecil.

Selepas sampai di sana, kami dijemput oleh En. Mustaqim, orang yang in charge pasal penginapan kami. Kami di bawa ke Plaza Inn, tempat yang saya bagi tahu tadi.

Long Beach
Pantai sepanjang perjalanan ke Long Beach.

Basically, hari pertama adalah free day. Kita bebas untuk buat apa-apa saja yang kita mahu di sana. Jadi kami isi masa kami dengan jungle trekking ke Long Beach dari Kampung Nelayan tu. Treking tu lama jugak la. Ambil masa dalam 3 jam lebih untuk sampai ke Long Beach, kawasan pantai yang cantik dan banyak chalet-chalet mewah kat sana.

Sepanjang trekking tu, ada beberapa pantai-pantai kecil yang kami jumpa. Sangat cantik. Sebenarnya untuk pergi ke satu tempat dari satu tempat, ada perkhidmatan taxi. Taxi maksudnya bot air bukannya teksi kereta tu.. Tapi kami saja nak save duit, so, kami trekking.

kampung nelayan
kampung nelayan

Hari Kedua:

Hari ini adalah hari untuk snokerling, dari pagi sampai petang. Ada 5 checkpoint untuk snorkeling. Package snorkeling ni pun termasuk dengan bayaran penginapan. Setiap checkpoint, dia akan berhenti selama sejam.

Jangan risau, bagi yang tak pandai berenang, macam saya, diorang akan provide life jacket. Ini adalah first time saya snorkeling.

Saya senorok dapat pengalaman bersnokerling ni. Dapat tengok penyu, batu karang, ikan-ikan cantik. Haha… Sebelah pagi (8 pagi – 12 tgh hari) kami snorkeling di 2 checkpoint. Dan lepas tu, kami berehat sekejap, solat dan makan. Pukul 2 kami sambung snorkeling 3 checkpoint lagi…

snorkelling
snorkelling

Hari Ketiga:

kincir angin
Laluan ke kincir angin.

Hari ketiga ni adalah hari aktiviti sendiri. Kami ambil peluang ni untuk pergi ke Kincir Angin. Kami guna perkhidmatan taxi air untuk ke sana. Mula-mula macam tak boleh naik kat kawasan kincir angin tu sebab tangga dia dah runtuh, tapi kami naik jugak sebab nak ambil gambar kat atas sana. Gigih betul. Haha..

kincir angin 2
kincir angin 2
kincir angin 3
kincir angin 3

Lepas settle ambil gambar, kami balik ke bilik and then kemas semua barang. Dalam pukul 12, kami bertolak balik ke Jeti Kuala Besut..

bye bye Pulau Perhentian
bye bye Pulau Perhentian

Artikel berkaitan:
Cameron Highlands Destinasi Menarik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *