Masih lagi dalam mood survey. Selagi duit tak masuk, aku survey lah sampai lebam. FYI, aku berminat dengan naked bike, bukan motard ataupun superbike. Dengan tujuan untuk ulang alik ke lab setiap hari dan balik ke Selangor mungkin 2 bulan sekali. Aku ni bukanlah jenis yang tahu segala berkaitan motor. Sekadar di permukaan sahaja. Bab repair, modifiy, aku serah kepada yang lebih pakar.
So, selain dari Yamaha FZ150i yang betul-betul menarik minat aku, motor yang agak menarik perhatian aku juga adalah Benelli Keeway RKV 200G. First time dengar brand ni. Sebelum ni dengar Modenas je. Uhuk2…sakit tekak.

Benelli Keeway RKV 200G adalah motor berteknologi Benelli Itali, kebanyakan parts adalah dari China dan dipasang CKD di Malaysia. Di Malaysia, jenama ni mungkin baru (terutama utk orang mcm aku) tapi di pasaran antarabangsa, ia adalah jenama yang dah established dan mempunyai pengikut yang ramai sekali. So, this is a trusted brand walaupun most parts come from China.
OTR price, Benelli Keeway RKV 200G lebih murah berbanding Yamaha FZ150i. Sekitar RM7400. Lebih kurang harganya dengan Demak DZM 200. Sedangkan Yamaha FZ150i berharga sekitar RM8000 ke atas. Agak mengejutkan jugaklah harganya. Dengan design yang lebih cun, 200 cc, ada dua brake disc, depan dan belakang, speedometer digital dan juga analog, tank capacity 17L. Secara kasarnya nampak seperti kelebihan memihak kepada Benelli Keeway 200 G.
Tapi, sebenarnya Yamaha FZ150i juga ada kelebihan dari segi fuel consumption. Umum mengetahui Yahama FZ150i menggunakan fuel injection system yang terbukti lebih menjimatkan minyak. Buktinya boleh lihat di fuelly.com. Rata-rata pengguna menggunakan minyak pada kadar 2.5-3.0L/100KM. FYI, tank capacity Yamaha FZ150i hanya 12L. Maknyanya, kalau dari JB-KL dengan jarak approximately 400KM, fuel consumption plus minus 12.0L.
Berbeza dengan Benelli Keeway RKV 200G yang menggunakan carburator fuel system. Di fuelly.com, kadar penggunaan minyak adalah sekitar 5.3L/100KM. Jauh kan beza? Itulah kelebihan fuel injection system. However, data penggunaan minyak untuk Benelli Keeway 300 G di fuelly.com tidak sebanyak data untuk Yamaha FZ150i. Menunjukkan kebarangkalian tak ramai yang menggunakan Benelli Keeway RKV 200G.
Soalnya sekarang. Inginkan motor dengan OTR price yang murah? atau inginkan motor dengan fuel consumption yang rendah? Tolak tepi faktor lain. Untuk menjawab persoalan ni, perkiraan matematik kena diambil kira. Korang hebat matematik kan? So, ambil kalkulator kira sendiri. Takpun congak dalam kepala…
Tapi, Benelli Keeway RKV 200G memang nampak gah, sporty, hebat. Bawak kat tengah jalan ni sure ramai tengok. Nenek, makcik, anak dara, sume melopong tengok jejaka riding motor ni sambil membayangkan dirinya sebagai pembonceng dan memeluk rider tersebut dari belakang. Kalau gilakan perhatian, mungkin boleh consider motor ni. Haha! No offence.