Web Analytics

Beberapa Resepi Ikan Yang Boleh Anda Cuba

Terdapat beberapa resepi ikan yang saya ingin berkongsi bersama anda. Boleh anda cuba sendiri dan mungkin masakan anda boleh jadi lebih sedap daripada apa yang saya masakkan.

Resepi Sambal Petai Ikan Bilis Mudah

Hari ini saya nak kongsikan resepi sambal petai ikan bilis yang cukup mudah dan cepat disediakan.

sambal petai ikan bilis

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih -diketuk
  • 9 biji mata petai -dipotong kecil-kecil
  • 1 1/2 sudu besar lada mesin
  • 1/4 keping gula melaka
  • 1/4 cawan air
  • segemgam besar ikan bilis
  • minyak untuk menumis
  • sediakan garam, gula dan ajinomoto

Cara-cara untuk membuat Sambal Petail Ikan Bilis

  1. Panaskan 5sudu besar minyak untuk mengoreng ikan bilis. jangan terlaliu banyak.
  2. Goreng ikan bilis sederhana masak. aien suka ikan bilis yang liat-liat sikit.
  3. Masukan bawang putih, bila dah naik bau masukan bawang merah yang telah ditumbuk.
  4. Kacau sekejap terus masukan lada mesin. biarkan sampai pecah minyak.
  5. Masukan gula melaka yang telah diricik halus.
  6. Masukan sedikit air untuk gula melaka senang larut.dan biarkan seketika sampai air kering.
  7. Masukan petai yang dihiris nipis tadi dan biarkan seketika sampai air kering.
  8. Tambahakan bahan perasa(gula,aji,garam) secukup rasa.
  9. Sambal petai siap untuk dihidang.

Resepi lain yang amat popular adalah resepi membuat nasi lemak. Boleh rujuk ke sana jika anda ingin buat nasi lemak yang sedap untuk dinikmati oleh ahli sekeluarga anda.

Resepi Kerabu Ikan Tongkol

Saranghae… selamat berhujung minggu! siapa suka makan kerabu? tak kiralah kerabu apa sekali pun… geng lerrr kalau macam ni. hihi. sedap oo… kerabu ikan, kerabu kerang dan segala mak nenek kerabu, i luvvv it! cara buat pun mudah, petik jari je. tak gemuk pulak tu. sesuai untuk yang berdiet.. hehehe. so here! my diet meal. maybe you can try it!

Resepi Kerabu Ikan Tongkol
Resepi Kerabu Ikan Tongkol

Bahan :

  • 1/2 ekor ikan tongkol sederhana besar
  • 2 labu bawang besar/kecil
  • 5 biji cili api/cili merah
  • Sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • Secubit garam/gula, ikut citarasa
  • Air perahan limau kasturi/ limau nipis
  • Tambahan : Serai,tomato,kacang panjang, daun limau purut. Ikut selera masing masing. Hiris nipis nipis yer.

Cara membuatnya :

  1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua.
  2. Lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar/dikukus.
  3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi.
  4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis…bawang besar, cili merah/cili api.
  5. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa.
  6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi.
  7. Gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi.

Gaul dengan nasi panas-panas… perhhh.
pedas, masam, masin…sedap!

Resepi Kerabu Kacang Botol

Saya ingin berkongsi bersama kawan-kawan sekalian dengan resepi kerabu kacang botol. Adakah korang pernah dengar pasal kerabu kacang botol yang akan saya tunjukkan di bawah ini?

Kalau belum pernah mencuba bolehlah ikut resepi yang aku sediakan di bawah ini. Sebetulnya bukan aku yang buat tetapi puan isteri yang sediakan, aku tukang ratah dan tulis jer.

resepi kerabu kacang botol
resepi kerabu kacang botol

Resepi kerabu kacang botol yang aku sediakan ini adalah ala-ala pantai timur. Ini kerana puan isteri belajar dengan birasnya(adik ipar aku) sewaktu kunjungan kami ke rumah beliau beberapa minggu yang lalu.

Kerabu Kacang Botol

10 biji kacang botol dihiris nipis(hidangan untuk 3 orang makan)

kerabu kacang botolKacang botol yang dihiris halus-halus

2 biji tomato dihiris halus
tomato hiris halus

5 biji lada kecik dan 1 Biji bawang besar yang bersaiz sedan dihiris.
bawang dan ladabawang besar dihiris halus bersama lada kecik.

6 biji perahan air limau nipis untuk dituang dan digaul bersama ikan yang telah direbus(tapi jangan dituang semua). Secukup rasa jer.
perahan air limau nipisPerahan air limau nie nanti digaul bersama ikan yang telah direbus tetapi jangan tuang semua

6 ekor ikan kembung. Direbus terlebih dahulu dan diambil isinya.
ikan kembunganak ikan kembung yang telah direbus. Nanti gaul dengan perahan air asam jawa dan air limau secukup rasa. Siap dengan ikan kembung rebus, dan rasanya mesti sedap sangat ni.

Perahan air asam jawa.
air asam jawa

Garam dan serbuk ajinomoto secukup rasa.
Bahan-bahan tadi tu hendaklah digaul bersama dengan hirisan kacang botol sepertimana gambarajah di bawah.

kerabu digaul sehingga sebati
Bahan-bahan tadi seperti bawang besar, lada, air asam jawa, air limau dan tomato digaul . Masukkan sekali hirisan kacang botol.

Maka terciptalah resepi kerabu kacang botol ala-ala pantai timur yang baru ditunjukkan. Jika rasa tak sabar boleh terus pergi ke kedai runcit dan beli semua barangan yang diperlukan untuk menyediakan menu kerabu dengan sambal pedas. Bukan susah sangat dan anda boleh cuba dengan ikut resepi yang diberikan. Sekejap masa saja sudah boleh merasakan makanan yang yummy tu.

Memang best sangat jika makan bersama dengan nasi panas. Ia memang sedap dan nasi memang boleh dihabiskan dengan cepat.

1 thought on “Beberapa Resepi Ikan Yang Boleh Anda Cuba”

Leave a Comment