Bebeh 70 Just Ain’t Enough

Mungkin ramai pengguna jalan raya yang boleh menarik nafas lega berikutan langkah Kerajaan untuk mengkaji semula pelaksanaan saman ekor baru-baru ini, harapnya kelonggaran tersbut tidaklah pula diambil kesempatan oleh para ‘kaki pecut’. Kaki pecut ni pun sebenarnya sukar dijangka kriteria orangnya, boleh berlaku kepada semua pemandu tidak kira umur, jantina, tahap pendidikan mahupun taraf kekayaan. Pendek kata sekali pemandu naik syok dengan pecutannya, tidak mustahil akan di ulang lagi.

kaki pecut
kaki pecut

Berdasarkan pengalaman memandu selama lebih kurang 18 tahun ni, tidak semestinya pemandu yang kelihatan ganas, brutal atau ala-ala samseng yang boleh menjelma jadi ‘kaki pecut’, yang nampak baik, ‘nerd’, berdisiplin, penuh sopan santun di rumah atau di pejabat, yang berketayap mahupun bertudung pun tiba-tiba boleh berubah karekter bila memegang steering kereta ni. Pendek kata semuanya boleh berubah sekelip mata.

Cerita pasal kaki pecut ni, petang tadi macam biasa selepas jumaat saya ke kuliah seperti biasa dan memandangkan bulan puasa ni, tidaklah rushing pasal tidak perlu lunch. Dan saya apabila ke kuliah suka menggunakan jalan ‘shortcut’ dan bukannya laluan utama yang agak sibuk.

Saya sukakan jalan ‘shorcut’ dari estet saya untuk ke dewan kuliah sebab suasana jalannya yang lengang dan pemandangan kiri-kanan jalan yang agak redup dan penuh kehijauan, memang terasa menyegarkan terasa macam suasana kampung. Sambil menikmati perjalanan tu dengar pulak siaran radio. Memang sungguh relaks.

Dengan kelajuan 70km/h saya rasa ok lah tu, tak slow sangat dan tak der lah laju sangat, dok pulak di laluan kiri di jalan ‘two-lane’. Kemudiannya saya rasa hairan pulak kenapa kereta-kereta lain berdesup-desup lajunya memotong saya, bersungguh-sungguh lajunya, macam nak kejar sesuatu caranya.

Sempat juga saya menjenguk kenapa kereta-kereta tu berdesup lajunya, macam-macam pemandunya, ada yg masih tampal P, ada yang bertudung, ada yang berketayap, ada yang bertopi, kereta pulak macam-macam, dari Viva sehinggalah BMW, semuanya pecut.

Tengok meter kereta saya baru 70km/h, jangkaan saya paling kurang kereta-kereta yang memotong tu semuanya mesti lebih 90km/h kalau tak 120km/h. Memang laju betullah. Lalu saya terfikir, gamaknya kalau bawak 70km/h ni dah dikira slow kot zaman sekarang ni. Zaman serba pantas ni semuanya bergerak cepat…

Apa yang deme tu nak kejar tengah-tengah hari buta ni? nak kata kuliah biasanya semua start jam 3.00, pejabat gomen kawasan tu pun pun masuk kerja jam 2.45, jaraknya pun dah tak jauh tak sampai 8 kilometer je. Padahal tengok jam baru pukul 2.18 petang.

Dalam hati terfikir, aku ni dah masuk kategori pemandu ‘slow’ ke ape ni? ke memang hari jumaat memang hari untuk orang pecut…

Kebetulan lagu dalam radio masa kejadian tadi adalah lagu ‘Sometimes Love Just Aint Enough’ nyanyian Patti Smyth dan Don Henley, tu yang tajuk artikel ni ‘Bebeh, 70 Just Ain’t Enough’.

Tak Habis-Habis Dengan Gula Habis

Nampaknya isu gula ni tak akan habis, tak habis-habis dengan kisah gula habis, reda sekejap lepas tu timbul balik. Malam tadi jenuh Wok Long ni dok pusing kawasan estet cari gula. Wok Long ni bukannya pengguna gula yang tegar sangat pun, walaupun berasal dari negeri yang selalu dikaitkan dengan masakan dan makanan manis-manis.

Biasanya satu keluarga Wok Long yang ada empat beranak hanya guna sekilo gula dalam tempoh 2 hingga 3 minggu, tu pun pasal Wok Long guna untuk buat air teh o malam-malam sambil mengadap blog.

gula habis
gula habis

Tapi malam tadi terasa hangin jugak Wok Long, lepas satu kedai ke satu kedai semua jawapan yang wak dol terima sama : ‘Gula habis, sudah habis, habis sudah dan yillek!.

Hairan sungguh, siapa pula yang makan gula macam makan nasi ni? Berita dok cakap bekalan gula ada banyak dan semua orang dapat bekalan cukup. Tapi malam tadi 4 kedai dalam estet Wok Long ni sepakat dan mencapai persetujuan bersama mengatakan gula habis!

Kalau dok kira kos minyak kereta buruk Wok Long ni yang berpusing ke sana ke sini nak cari gula tu pun rasanya dah boleh beli 4 kilo gula.

Teringat pulak insiden beberapa bulan yang lepas di salah sebuah kedai dalam estet ni, seorang pelanggan yang mungkin agak tidak puas hati dengan jawapan gula habis dengan penuh emosinya melaungkan “Huh, nak beli gula macam nak beli ganja, beli ganja lebih senang dari beli gula”…yang menyebabkan pekedai tu tersenyum kelat dan menikus tak berani cakap apa-apa.

Wah, sikit punya emo brader tu, tapi tak tahulah sama ada dia pernah beli ganja atau tidak, atau cuma luahan perasaan geram dia terhadap situasi yang berlaku. Kebetulan Wok Long ada kat dalam kedai tu tapi bukan mencari gula, sebaliknya beli gula-gula untuk bebudak.

Ni nak dekat musim perayaan ni kemungkinan besar timbul lagi kes-kes gula habis ni, tak tahulah kat mana silapnya. Pengeluar, pembekal, pengedar, pekedai dan pengguna serta pihak berkuasa gula semuanya terlibat dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi memastikan bekalan gula sentiasa steady di pasaran.

Atau mungkin guna idea tolol Wok Long supaya gula boleh dibeli cara ‘online’ atau buat vending machine khas untuk gula! Nampaknya Wok Long layan teh o Cameronian kegemaran tanpa gula lah selagi jawapan gula habis ni tak selesai…kelat semacam je.
Artikel berkaitan:
Cara menjadi pemandu Grabcar di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *