Bali Trip – Macam Di Dunia Lain

Hai ualllzzzz!!!…Oleh kerana mood bloggingku sejak dua menjak ni asyiknya ditiup monsun menghala ke laut, dok menyelam ..timbul..menyelam ..timbul.. So…ku bawakan entry khas bertemakan laut . Ahakss..

Lokasi nya ialah di Tanjong Benoa, Bali. Secara ringkas, Tanjong Benoa ialah salah satu attraction kat Bali ni. More to beach and waters sport activities. Kat area ni pun banyak hotel and resort kalau rasa nak beach stay. Kalau kat Malaysia ni kira ala ala macam Port Dickson ke Cherating ke.

Itinerary ni agak suprise la..pasal aku tengok dalam itinery takdepon benda ni… This is serious,..Inilah moment yang paling unforgettable dan yang paling best and jakun masa aku kat sini. Sebab dahla first time, pertama kali pulak tu.. Mula-mula aku ingat snorkeling la, rupenye scuba diving !!!. Memang tak pernah terbayang la mak nak nyelam-nyelam nih oi.

OK, my first suggestion, kalau nak pergi layan Watersport kat Bali ni baik korang book awal-awal kat online. Harga walk-in dia, makk oii… dekat dua kali ganda…Masa ni Laling book kat Tanjong Benoa Online. Selain scuba diving, macam-macam lagi water sport activities yang ada. Siap ada terbang-terbang lagi yuu..

Kualiti gambar kali ni agak kureng sikit. Pasal we all terpaksa tinggakan DSLR sebab takde casing waterproof. So pakai la kamera service yang diorang provide. Free? Takdenye free. Rp 200,000 ( Dalam RM70) untuk shot video dengan ambik gambar. Nanti diorang akan snapkan. Bayo jelah..takkan takde gambo kan…rugi woo…Korang kena rajin request amik gambar..order je…kalau malu-malu buatnye yang pegangkan kamera tu pun ala-ala lemau..sikit je la nanti gambo korang.

Kesimpulannya, Kalau korang pergi ,jangan lupe bawak waterproof camera..setel!.

diving bali
diving bali

Kena pakai suit khas ye…Jangan pulak korang ingat boleh berlenggang pakai popolook pulak ..hehe

diving bali 1

Senyum-senyum tetap senyum ..dalam hati..adoi ..Dup Dap Dup Dap saspen la makcik…

diving bali 10

Haa …Muka cuak-cuak tupai dah tak boleh disorok…Alamak boleh ke mak nyelam nih…boleh tenggelam ke?kalau nak terbersin macam mana ye..bole ke?

diving bali 9

So, equipment tong gas , kaki itik, mask, pemberat ke apa lagi segala bagai, diorang akan tolong pakaikan masa kat dalam boat. Rupenye kat pinggang kita nanti ade dipasang pemberat.. Barula boleh tenggelam. Sebelum terjun, kat atas bot tu, diorang bagi briefing dulu. Karang nanti dah kat dalam macam mana nak communicate pulak kan. Briefing dia lebih kurang macam mana nak bernafas , nak bergerak, nak buang air yang masuk mulut and so on la.

Actually we all punya package ni ialah Discovery Scuba. So tak payah la lesen. Nanti ada Instructor akan guide kita kat underwater tu one to one.

diving bali 4

Ini kira dah lepas water confident. We all try dulu napas dalam air. Ambik feel dulu.. Try warm up dulu… belajar bernafas dengan tenang dan konsisten. Yang penting jangan panik. Sebab bila panik kita akan bernafas laju..bila panik ni yang buat kita rasa tak tentu arah. Then lagi, bila bernafas laju, oksigen akan cepat habis. Cewwah, dah macam Instructor PADI pulak aku.

So, bila dah stabil, dah boleh control pernafasan, dah confident . Then, Ready..here we Go..

diving bali 6

Pertama kali membuka mata semasa 5 meter dibawah laut….Wowww….first time in my life!. Bagai kan berada di satu dunia lain..

diving bali 3

Excited, cuak, jakun,teruja,terkesima .. semua perasaan dirangkumkan menjadi satu.

Kita akan try dulu kedalaman 4 ke 5 meter. Then bila ok, kita turun lagi .Maksimum pun 10 -12 meter. Takleh la dalam-dalam sangat..kata pun discovery..Pastu pulak first time. Lagi satu , takut kita belum boleh sesuaikan tekanan. Makin dalam, tekanan makin kuat. Then lagi, jangan risau, kat dalam tu instructor akan escort. Instructor tu akan guide kita kat bawah tu. Bila dia rasa dah confident and tengok kita dah stabil , dia akan lepas kan kita tapi dia still follow kat belakang. Agak-agak kita terbabas-babas kaki mendayung-dayung macam iye-iye tapi tak jalan, nanti dia tarik le..

diving bali 7
Haa..See…. Kami dah bole dilepaskan. Bergandingan memadu kasih di dasar laut..Rare kan?? hehe . Instructor kitorang dah senang keje…Sorang cucuk angin kat belakang, sorang amik gambo…

Tong gas ni rasa ringan pulak kat dalam air.Tadi kat atas rasa ya ampoon berat macm bawak buku teks seminggu punya kelas.

diving bali 5

Ewah..bukan main eksyen melilau berdiscovery ..Time ni dah rasa confident and syok gila lah..rasa tenang….damai….melontar jauh-jauh kesibukan dunia luar. Meliang liuk bagai mengikut sama ikan-ikan menerawang berenangan..ahakss.

Kita akan guna bahasa isyarat untuk communicate each other masa kat bawah ni. Apa signal kalau ada problem, signal untuk say OK. Signal nak naik atas or turun bawah.

diving bali 2

Signal ni universal. Atas air boleh guna, dalam air pun boleh guna. Maksudnya tetap sama. Pissss yawww…heheh

diving bali 8

Adala dekat 30 minit we all merayau menerawang kat dalam ni…Meraban-raban tah mana-mana. Tu kalau tak ada guider tu mau-mau boleh timbul kat pantai Morib tu. Hehe. Rasa sekejap sangat la pulak..

Actually, air dia tak lah sejernih macam crystal blue sangat-sangat . Sebab spot yang we all pergi ni masih dekat dengan pantai. Kalau nak betul punye jernih kena pergi jauh lagi ke depan..Takpela untuk we all yang first time ni kira ok la..

Memang rasa addicted nak try lagi. Lalingku dah berangan nak amik lesen. Tapi rasa-rasa kena postpone dulu la kot. Kang mak yong takleh nyelam. peyot dah jadi pelampong pulak kang. hahah.

Oklah. Meh korang layan la video ni… Blupp ..Blupp.. Blupp.. Blupp..

Ehh ..moh kite buat diving trip nak?, tapi bukan sekarang la…Nanti-nantila..Ada ke yang nak?Ada bran? hehe.

Artikel Berkaitan:

Percutian murah ke Bali, Indonesia

Pengalaman Solat di luar negara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *