Baik Dengan Orang Cina Yang Berhati Baik

Pernah ingat lagi masa dulu Astro ada buat kempen My Malaysia Story yang berkenaan dengan memberi cerita seseorang tentang persahabatan perkauman yang mesra di Malaysia ini. Pernah saya terfikir untuk buat cerita yang memang benar berlaku buat sepanjang umur saya membesar yang memang sesuai untuk beritahu kepada awam tentang cerita saya yang memang bersepadan dengan tema My Malaysia Story itu.

cina melayu

Ia sebenarnya cerita yang sungguh biasa tetapi membawa makna yang amat besar kepada saya. Abah saya memang ada kawan baik cina, peniaga kedai di Sungai Terap, pekerja kilang malayawata, kawan ladang kelapa sawit dan peniaga ikan.

Manakala emak saya pula bekerja di estet yang dimiliki oleh majikan bangsa cina. Dan dia amat menghormati dengan bossnya sebab dia seorang peramah dan banyak baik terhadap semua pekerja yang bekerja di estetnya tanpa hiraukan apa jenis bangsa pekerja itu.

Terima Limau Masa Raya Cina

Masa raya cina, memang akan ada kami terima limau, kuih bakul, keropok udang dan kacang daripada kawan-kawan cina. Kalau Deepavali kami akan dapat maruku, kuih peneram dan kuih bulat yang rasa keras, di mana saya masih tidak tahu apa nama sebenarnya tentang kuih itu.

Macam mana pun, semua ni memang seronok bagi saya semasa menerima semua makanan yang diberikan oleh bangsa yang lain. Saya dapat makan sesuatu yang berlainan dengan apa yang saya biasa makan dan makna pemberian makanan tanpa peduli apa kaum memang menghangatkan hati saya.

Cerita Yang Saya Ingin Ceritakan

Okay, sekarang baru saya ingin mulakan untuk mencerita apa yang berkenaan dengan orang cina.

Satu hari, kakak saya dapat masuk Matrikulasi, kakak saya memang berbakat dan rajin belajar. Dia selalu mendapat markah yang baik dan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Memang dia pandai belajar sekali dan saya tidak dapat berbanding dengannya langsung.

Tapi walaupun dia dapat masuk Matrikulasi, tetapi pada masa tu ayah kami cuma pekerja buruh kasar dan emak saya seorang penoreh getah yang mendapat pendapatan yang sikit saja. Mereka tidak mampu untuk bayar yuran untuk pelajaran kakak saya tu.

Tapi bagi kakak untuk melanjutkan pelajaran, dia memang perlu pakai duit. Ingin nak pinjaman dari saudara mara terdekat tetapi mereka pun hidup susah dan tiada duit juga. Bagi saudara mara yang jauh sikit pun mungkin ada tapi ibubapa memang tidak mempunyai keyakinan bahawa mereka akan pinjam duit kepada kami.

Jadi, akhirnya, ayah pergilah minta pinjaman duit dengan kawan cina dia, yang kami pangil Amin Market yang merupakan seorang peniaga ikan. Saya masih ingat lagi masa tu jumlah duit yang perlu dipinjam adalah sebanyak RM500, saya tengok dengan mata sendiri di mana Amin market tu kira 10 keping kertas wang RM50.

Memang kagum dengan kepercayaan yang Amin Market ni bagi dekat ayah saya. Lihat amat rileks saja Amin market tu pinjam duit kepada ayah saya. Lagi Amin market tu bagi tahu ayah tidak perlu tergesa-gesa nak bayar balik. Boleh tunggu sampai bila ada duit nanti baru bayar pun tak apa.

Satu Lagi Cerita

Ada satu situasi yang sama juga dengan cerita yang dicakapkan tadi. Ayah perlu duit untuk hantar anak pergi belajar ke sekolah sebab ayah tidak cukup duit untuk bayar semua yuran-yuran yang diperlukan . Ayah pergi minta pinjaman duit dekat Amin Kedai yang merupakan peniaga kedai di Sungai Terap.

Ayah minta RM300, Amin kedai itu bagi pinjam duit RM500 pula. Dan dia bagi tahu juga bila ada duit nanti baru bayar balik. Saya amat kagumkan dengan kelakuan sedemikian.

Daripada apa yang saya tahu, Amin kedai pun perangai yang baik sebab ada saudara mara juga bekerja dengannya, dan dia beritahu Amin kedai itu merupakan majikan yang sungguh baik. Dia seoroang perangai peramah dan layan pekerjanya macam rakan sendiri dan bukannya seperti boss.

Rasanya ayah saya sendiri pun main peranan seperti ini juga. Ayah saya memang pegang kepada apa yang dia cakap. Sebab dia selalu katakan janji tetap janji. Jadi ayah merupakan jenis orang yang selalu beringat kepada bantuan yang dia terima daripada orang lain. Dia bukan jenis orang yang guna duit dengan tidak tentu hala.

Bila kawan cina dia kenal diri dia macam tu yang tak kisah boleh bagi pinjam duit tanpa perlu bayar interest dan tanpa tarikh akhir nak kena bayar balik.

Jadi sebagai seorang yang pegang kepada perkataan dan janji yang ditetapkan, bila ayah sudah ada duit, dan pada masa tu kakak saya pun sudah lama sikit dapat biasiswa, ayah saya pun bayar balik semua duit yang dia pinjam dari peniaga cina tu.

Jadi, pergaulan di antara bangsa di negara ini memang tidak ada masalah. Selagi kita boleh bercampur dengan mereka, mereka pun boleh berikan kepercayaan kepada kita. Yang penting adalah bertolak ansur dan pegang kepada apa yang kita janji.

Bina Masyarakat Yang Muhibbah

Inilah yang dinamakan masyarakat yang muhibbah. Malaysia memang merupakan sebuah negara yang amat unik. Tidak ada negara lain yang mempunayi bangsa yang berbeza boleh berbaik-baik dan bergaul mesra macam kita. Yang mereka ingat tidak berbaik antara bangsa cuma dari mereka yang tidak mempunyai fikiran yang terbuka untuk berkawan dengan bangsa lain.

Jadi, untuk menjanakan hubungan yang baik antara kaum yang lain, kita perlu kekalkan suasana harmoni ini. Tidak patut kita hidup aling dan benci antara satu sama lain. Tetapi kita sepatutnya bantu-membantu di masyarakat yang berlain kaum ini.

Alhamdulillah kita hidup aman dan sejahtera.

Baca juga: Melayu susah bila cina bercuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *