Rasanya sudah lama benar saya tidak menulis mengenai tips dan tutorial menulis blog. Dan seingat saya, kali terakhir saya berbuat demikian ialah sekitar tahun lepas. Sehubungan itu, saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk menulis entri yang mesra SEO pada kali ini. Mungkin agak panjang dan mengambil sedikit masa untuk dihadam, tapi percayalah, ianya memang bagus untuk anda.

entri seo
1. Pastikan blog anda mempunyai CommentLuv plugin
Apa yang saya suka dengan plugin ini ialah kita boleh membuat dofollow blog tanpa perlu mengubah comment-template.php seperti yang pernah saya lakukan dahulu. Kenapa perlu dofollow? Sebab artikel anda akan turut terpampang sekiranya kata kunci yang telah ditinggalkan oleh pengkomentar sepadan dengan carian pengguna.
Dengan itu, semua backlink berkaitan yang ditinggalkan oleh pengkomentar akan bergerak ke arah blog yang kita letak komen itu terlebih dahulu. Itulah yang dimaksudkan dengan dofollow blog, kita berkongsi link dengan pemberi backlink. Dan pemberi link berkongsi domain authority beliau dengan kita.
2. Selepas menyiapkan entri, tinggalkan backlink pada blog yang mempunyai cerita yang sama
Alasannya klise, menipu google. Backlink yang banyak adalah penanda aras bahawa artikel tersebut adalah popular dan mendapat undian yang banyak di mata robot crawler. Hasilnya artikel lebih senang diindeks seterusnya muncul di muka hadapan. Malahan, artikel kita akan turut terpampang sekiranya blog yang kita komen muncul dalam SERP.
3. Elakkan penggunaan kata kunci berulang
Sekiranya kata kunci terlalu kerap diulang, robot google akan menganggap ianya sebagai spam yang dikenali sebagai keyword stuffing. Jadi peluang untuk muncul dalam muka hadapan akan berkurangan. Walau tiada syarat khusus ditetapkan untuk pengulangan kata kunci, tapi pesan saya, jangan sampai menjejaskan kesinambungan ayat dan berulang-ulang dalam setiap perenggan.
4. Kombinasi kata kunci pada setiap perenggan
Sebarkan kata kunci yang berlainan pada setiap perenggan. Contoh: sekiranya kata kunci pada tajuk anda “cara mendapat duit melalui blog”, ubah kata kunci tersebut kepada “bagaimana mendapat duit dari blog” atau pun lain-lain lagi dalam isi yang anda tulis. Kombinasi kata kunci yang berlainan dalam entri sangat berkesan berbanding mengulang tulis kata kunci yang terdapat pada tajuk entri.
Sekiranya artikel tersebut mempunyai kaitan dengan salah satu artikel yang pernah anda tulis, hubungkaitkannya dengan meletakkan isi yang merujuk kepada kata kunci artikel lama yang ingin anda cantumkan. Untuk hasil yang maksimum, apa kata anda buat internal link untuk artikel tersebut. Sila rujuk gambar di bawah untuk pemahaman yang lebih,
Saya link “laman ini” yang berkaitan dengan artikel SEO.
5. Pastikan huruf ditulis dengan sempurna
Jangan salahkan google sekiranya artikel anda gagal dicari kerana kebiasaan buruk anda ini. Satu yang perlu anda ingat, pengguna akan menaip perkataan yang sempurna semasa mencari sesuatu. Agak-agak bagaimana google memadankan hasil cariannya kalau perkataan yang membentuk kata kunci pada artikel anda tidak sama seperti kata kunci yang tengah dicari?
6. Buat artikel yang melebihi 250 patah perkataan
Ramai yang tidak tahu bahawa pengertian berkualiti di mata google sebenarnya dinilai atas faktor panjang huraian yang telah dibuat oleh penulis blog. Semakin panjang artikel yang telah anda buat, maka semakin besarlah peluang ianya muncul di muka hadapan.
7. Kurangkan gambar, gambar tidak membantu SERP
Menurut White Hat SEO, perkara pertama yang akan dinilai oleh google crawler semasa mengindeks web ialah keywords title yang digunakan, keywords dalam artikel dan meta tag yang terdapat di dalamnya. Tambah mereka meletakkan terlalu banyak gambar tidak akan membantu artikel anda kerana google masih beranggapan ianya adalah salah satu cara penipuan meta tag. Sekiranya perlu, tukar format gambar anda daripada Jpg/Jpeg kepada Png kerana format tersebut lebih mesra kepada robot.
8. Isi juga adalah kata kunci entri seo
Perlu diingat isi dalam entri juga adalah diklasifikasikan sebagai kata kunci oleh google. Usahakan agar menulis kata kunci dan kombinasinya dalam setiap isi tanpa menjejaskan kesinambungan ayat di dalam. Beri penekanan kata kunci dengan meletakkan coding bold, italic, warna dan blockquote dalam entri.
9. Blog yang ringan lagi cepat terindeks dan mesra seo
Salah satu sebab kenapa saya tidak menukar theme yang ada sekarang ini kerana ianya memang sudah terbukti ringan dan mesra SEO. Nasihat saya pilihlah theme yang mempunyai tempoh loading yang sesingkat mungkin kerana semakin cepat tempoh loading blog, maka semakin tinggilah capaian robot google. Perhatikan juga faktor dalaman blog yang melambatkan proses loading seperti penggunaan Plugin yang tidak bermanfaat. Senarai di bawah mungkin membantu anda:
- Delete plugin yang tidak dipakai, jangan simpan kerana ada di antara plugin yang secara senyap-senyap masih bekerja walau sudah tidak diaktifkan.
- Install plugin cache seperti W3 Total Cache dan Db Cache Reloade yang telah terbukti mempercepatkan tempoh loading. Malahan plugin ini akan membantu anda melindungi data sekiranya berlaku kebanjiran pengunjung.
- Lakukan optimize database wordpress anda melalui MyphpAdmin atau menggunakan plugin database optimize sekiranya anda tidak mahir dengan php coding.
- Install plugin minify HTML.
- Install SEO plugin seperti All in One SEO Pack plugin, atau plugin lain yang sama waktu dengannya.
- Install google sitemap plugin dan setting semuanya kepada always.
10. Setting semula permalink anda
Pada asasnya permalink self hosted wordpress ialah seperti ini http://www.eratukui.com/?p=132. Bentuk permalinks tersebut jelas tidak banyak membantu artikel anda kerana tidak mengandungi kata kunci yang mudah dikenali robot Google. Untuk itu, ubah permalink anda kepada:
https://www.eratuku.com.com/bagi-blogger-yang-serius-menulis-entri-seo
di bahagian DASHBOARD > SETTING > PERMALINKS.
Perlu diingat bahawa semakin pendek dan bersih permalinks, semakin seronoklah enjin carian google merangkak dalam blog anda.
11. Jaga Page Authority(PA)
Okey ini penting, semakin tinggi markah page authority blog, maka semakin tinggilah peluang blog anda muncul di muka hadapan google. Saya tidak menafikan bahawa PA bukanlah penentu total kepada SERP, kerana bukti telah menunjukkan ada di antara blog mempunyai PA rendah yang boleh bersaing dengan blog PA tinggi dengan kata kunci kompetitif yang sama.
Tetapi faktor tersebut banyak dipengaruhi oleh kesilapan sendiri yang dilakukan oleh blog yang mempunyai PA tinggi, iaitu mengabaikan terus aspek penulisan SEO seperti yang telah saya hurai di atas. Sekiranya blog mempunyai PA tinggi serius menjaga SEO, saya percaya tiada ruang untuk blog dengan PA rendah masuk mencelah. Oleh itu jaga PA blog masing-masing dengan menanam lebih banyak backlink.
Insya-Allah selepas mempraktikkan ke semua tip menulis entri seo seperti di atas, saya yakin anda juga boleh duduk sebaris dengan pakar SEO tempatan dan meningkatkan jumlah organic traffic sedia ada blog masing-masing. Bagi mendapatkan kesan yang lebih maksimum, apa kata anda baca sekali cara membuat keywords SEO yang telah saya tulis sebelum ini.
Oh ye… sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, jangan lupa untuk meletakkan komen di bawah kerana saya akan cuba sedaya upaya menerangkannya kepada anda.
Artikel berkaitan:
Mengapa page speed penting
Leave a Reply