Web Analytics

Bagaimana Membuatkan Hukum Tarikan Bertindak Pantas

Bagaimana untuk membuatkan Hukum Tarikan dengan bertindak pantas merupakan satu persoalan yang sangat popular bagi mereka yang mengamalkan hukum ini.

Pada masa kita berlatih dengan menggunakan hukum ini untuk beberapa masa tetapi tiada hasil, kemudian kita akan mula rasa kecewa.

hukum tarikan

Padahal kita sepatutnya terus mencuba lagi dengan bersungguh-sungguh untuk menggunakan hukum ini, namun masih kecewa apabila kita tidak nampak hasilnya. Mengapa ia boleh berlaku? Sila perhatikan persoalan di bawah:

1. Adakah visualisasi (gambaran mental) anda cukup realistik?

Visualisasi adalah teknik utama dalam menggunakan Hukum Tarikan. Ini adalah bagaimana anda menghantar getaran dan menarik apa yang anda inginkan. Namun begitu, adakah visualisasi anda cukup realistik? Adakah ia cukup jelas tentang keinginan anda? Apabila anda sedang membuat visualisasi, anda sepatutnya merasakan seluruh situasi sebenarnya sedang berlaku. Anda tidak harus menjelaskan perbezaan samada ia adalah visualisasi ataupun realiti.

Anda harus merasakan suhu di dalam keadaan itu, warna pakaian yang anda pakai, keadaan persekitaran dan sebagainya dengan terperinci. Mempunyai teknik visualisasi yang efektif adalah memberi kesan yang amat tinggi dalam mencapai keinginan anda.

2. Adakah anda membatalkan keinginan anda?

Apabila anda mempunyai pemikiran positif dan menggunakan Hukum Tarikan, pastikan bila mana anda berhenti, anda tidak harus memberitahu diri anda dengan segera untuk kembali kepada realiti dan memikirkan tentang kerisauan yang anda ada. Jangan bercakap “Ok. Kembali kepada dunia sebenar sekarang.”

Dengan melakukan ini, anda sedang membatalkan getaran positif anda yang mana anda telah lepaskan dan anda memberi mesej yang bercampur-campur.

Anda harus konsisten terhadap pemikiran anda.

3. Adakah anda percaya tentang Hukum Tarikan?

Elemen yang penting untuk menjadikan rahsia ini bertindak pantas adalah Kepercayaan.

Anda mesti mempunyai kepercayaan kepada diri anda dan terhadap Hukum Tarikan untuk mencapai keinginan anda dengan segera. Dan yang paling mustahak adalah kepercayaan kepada Tuhan Yang Maha Pencipta & Maha Memakbulkan. Dialah yang memakbulkan segala keinginan anda.

Apabila anda berkata anda mempunyai hubungan keluarga yang harmoni, adakah anda sebenarnya percaya terhadapnya? Adakah anda pulang ke rumah dan menjangka seluruh keluarga merasa bahagia atau adakah anda fikir tentang kemungkinan untuk berlakunya pertengkaran?

Jika anda memang percayakan sesuatu, anda jangkakan ia berlaku. Tiada keraguan. Apabila anda mempertikaikan sesuatu, dengan jelas anda tidak mempunyai kepercayaan yang kuat. Hukum Tarikan bertindak pantas apabila anda mempunyai kepercayaan yang kuat.

Apabila anda mencuba untuk menarik sebuah kamera yang cantik, dengan tiada keraguan, anda akan memperolehinya. Bayangkan yang anda mengambil gambar dengan menggunakan kamera itu dan jangkakan anda telah memilikinya. Apabila anda menjangkakan sesuatu, ia bermakna anda memiliki kepercayaan.

4. Adakah anda berulang bercakap tentang segala yang berlaku dengan salah?

Setiap kali anda bercakap tentang sesuatu yang salah dalam hidup anda, setiap kali anda membayangkan bagaimana keadaannya tidak seperti yang anda mahu sekarang … anda telah mencipta lebih banyak tarikan untuk apa yang anda tidak mahu.

Apabila anda keluarkan lebih emosi negatif yang anda gunakan untuk menceritakan kisah anda, semakin kuat anda membuatnya untuk menjadikan fikiran anda lebih negatif.

Walaupun mungkin ia kelihatan bahawa hukum tarikan gagal untuk menunjukkan keinginan anda, kebenarannya adalah bahawa setiap kali anda menceritakan kisah anda, anda menghantar isyarat yang kuat bahawa perkara-perkara negatif adalah apa yang anda mahu terwujud.

Ia menjadi sangat kuat sehingga ia dapat menimpa semua usaha positif yang anda buat untuk mewujudkan realiti yang anda mahu.

Perhatikanlah sama ada anda mendapat faedah daripada bercakap tentang masalah anda kepada seseorang. Adakah anda membuat demikian untuk mendapatkan simpati? Adakah anda menikmati reaksi daripada orang lain? Adakah anda ingin dapat kemarahan daripada mereka? Adakah anda melakukannya untuk mendapatkan kelulusan dan kesetujuan daripada mereka?

Jika jawapan adalah ya, anda mungkin terperangkap dalam kitaran di mana anda mendapat faedah positif dari masalah dalam hidup anda. Anda perlu memecahkan kitaran ini untuk membuat perubahan yang anda mahukan.

5. Adakah anda berfikir sekarang?

Dengan berfikir sekarang atau pada ketika ini, ia akan mempercepatkan tindakan Hukum Tarikan. Apabila anda menggunakan hukum ini untuk wang, anda perlu berfikir yang anda telah memiliki wang tersebut. Anda berfikir yang mana ia berlaku sekarang.

Bilamana anda melakukan visualisasi, anda membayangkan sesuatu yang berlaku sekarang. Bukan pada masa lepas atau masa depan. Ini akan mempercepatkan proses mencapai impian anda.

Apabila anda menggabungkan kesemua langkah di atas, anda akan melihat hasil yang cepat. Jika salah satu langkah itu diabaikan, maka ia akan melambatkan proses Hukum Tarikan. Jangan mempertikaikan tentang hukum ini dan jangan hairan mengapa ia mengambil masa yang lama. Ini adalah pemikiran negatif dan akan melambatkan proses pencapaian impian anda.

Moga ia bermanfaat bagi anda untuk mendapatkan segala keinginan anda…InsyaALLAH.

Leave a Comment