Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Salam, banyak perkara yang boleh dipelajari apabila kita ingin buat duit dengan aktiviti blogging. Blogging bukan sahaja tempat untuk kita suka-suka menaip apa yang kita suka. Tetapi daripada setiap huruf yang ditaip itu pasti ada nilainya.

Di sini saya ingin kongsikan 9 perkara yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging.

buat duit dengan blogging
buat duit dengan blogging

9 perkara yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging.

  • Belajar mengendalikan blog
  • Belajar cara berhubung dengan pihak yang mengendalikan blog
  • Belajar menulis
  • Belajar scripting
  • Belajar mencari sifu
  • Belajar mencari network
  • Belajar mencari maklumat
  • Belajar mencari medium buat duit di blog
  • Belajar mengurus masa

1. Belajar mengendalikan blog
Pada mulanya saya menggunakan platform wordpress percuma, disebabkan fokus saya pada masa itu ialah platform yang boleh menyokong penggunaan javascript, saya telah beralih platform. saya mula menggunakan Blogger.com. saya seperti dah jatuh cinta dengan Blogger.Com. Bagi saya platform ini mudah dikendalikan. Mungkin matlamat utama ingin menggunakan script telah dipenuhi. Kekurangan lain saya tak nampak. 🙂 Bermula di sini saya belajar mengendalikan blog di Blogger.Com.

2. Belajar cara berhubung dengan pihak yang mengendalikan blog
Langit tidak selalu cerah. Walaupun Blogger.com ini anak kandung Google, kadang-kadang ada juga masalah teknikal. Masalah ini tidak boleh dibiarkan. saya mula belajar cara berhubung dengan mereka. Ada berjuta blog di luar sana. Mereka mungkin tidak menyedari blog kita bermasalah. saya belajar cara berhubung dengan mereka.

3. Belajar menulis
Bahasa jiwa bangsa. Di blog, kita akan banyak menulis, semakin kita banyak menulis semakin kita tahu apa yang kurang, apa yang lebih dengan penulisan kita. Dapatkan komen atau ‘proofread’ daripada orang sekitar kita. Melalui komen-komen di blog, kita boleh mengetahui apa yang perlu dilakukan seterusnya. Insyaallah.

4. Belajar scripting
saya sukakan scripting. Kebanyakan template di blog saya suka edit sendiri. WYSIWYG. Scripting di Blogger.Com amat mudah. Kita mempunyai kebebasan untuk edit template. Dengan teknologi yang semakin berkembang, banyak script lain yang boleh diintegrasikan di dalam blog. Namun semua ini memerlukan masa, ada masa saya akan buat sendiri. Tiada masa saya cari yang pakar untuk buat sesuai kehendak saya.

5. Belajar mencari sifu
Dunia blogging seperti juga dunia realiti di luar sana. Lebih-lebih lagi apabila berkaitan cari duit. Apa bendapun tiada yang akan ambil peduli jika tiada mendatang keuntungan, namun sebaliknya berlaku apabila ia menguntungkan. Banyak mata yang akan memerhati. Disebabkan itu menjadi keperluan mencari sifu. Sifu ada ramai di internet. Banyak panduan yang telah mereka berikan, ada yang percuma ada yang berbayar.

6. Belajar mencari network
Apabila berbelog, kita juga belajar mencari network atau kenalan-kenalan baru. Kita akan bertemu bermacam ragam blogger. Bila anda dikenali, orang pula akan mencari anda. Dunia blogging tidak lepas daripada saling mencari. Namun seperti dunia nyata, ada perkara yang perlu dirahsiakan, ada perkara yang boleh kita kongsikan.

7. Belajar mencari maklumat
Buat duit melalui blog akan menyebabkan kita sendiri kehausan atau terlebih maklumat. Mencari maklumat yang betul-betul diperlukan bukan mudah. Setiap maklumat pasti ada harganya. Ada berbayar, ada yang percuma. Pilihlah yang terbaik.

8. Belajar mencari medium buat duit di blog
Beberapa tahun kebelakangan ini, medium cari duit menggunakan blog semakin bertambah di Malaysia. Ada Nuffnang, Adverlert, 8Share, Churp-churp, Adsniaga, Jomniaga, dan bermacam-macam Affiliate. Kemahiran untuk menentukan program mana yang sesuai kita gunakan di blog diperlukan. Mungkin boleh letak semua dalam satu blog atau program tertentu sahaja. Pilihan di tangan anda.

9. Belajar mengurus masa
Masa itu emas. Layan masa seperti emas, ia akan jadi emas untuk anda. Setiap detik amat berharga bagi setiap orang. Menulis blog memerlukan masa, aktiviti harian perlukan masa. Uruskan masa dengan sebaiknya. Jangan jadi yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Peringatan untuk diri saya sendiri :).

Saya suka menulis di blog. Menulis sambil itu boleh jana pendapatan. Inilah 9 perkara yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging.

Langkah Permulaan Buat Duit Melalui Blog

Buat duit online melalui blog merupakan salah satu kaedah popular yang digunakan di zaman ICT untuk menjana pendapatan. Setiap masa pelbagai cara dan kaedah digunakan oleh usahawan internet mahupun blogger untuk buat duit dengan kreativiti dan plan pemasaran masing-masing. Artikel kali ini ingin berkongsi idea dan pandangan mengenai klip video dan tutorial buat duit online yang telah di siarkan oleh Jeremy Schoemaker, salah seorang blogger dan usahawan internet yang berjaya di Amerika Syarikat.

shoemoneycom
shoemoneycom

Jeremy Schoemaker yang popular dan berjaya di blognya shoemoney.com telah menyiarkan rakaman video klip presentation yang telah beliau persembahkan sebelum ini di Blogworld. Bermula dari langkah permulaan yang dia lakukan hinggalah cara dia mengoptimakan blognya sehingga mampu buat duit online dan mencatat pendapatan sebanyak USD2 juta ataupun RM6.16 juta sepanjang tahun 2010 ini.

Klip video selama lebih kurang 28 minit tersebut menceritakan tutorial, tips dan kaedah yang Jeremy Schoemaker guna dan cadangkan kepada mereka yang berminat untuk buat duit online.

Untuk tujuan perkongsian di sini, artikel ini memfokuskan kepada langkah permulaan atau langkah awal untuk buat duit online melalui blog, perkara asas yang perlu di ambil kira oleh semua blogger yang masih mencari kaedah paling berkesan untuk buat duit online. Sebabnya langkah awal atau permulaan yang betul akan menjadikan sesebuah blog berjaya, kalau dari awal lagi dah silap langkah, pastinya kesudahannya menjadi tidak menarik.

Petikan daripada klip video, tutorial, tips dan kaedah langkah awal buat duit online yang telah di selaraskan:

Untuk tujuan pembelajaran dan kefahaman kita semua, elok kalau dapat kita kembangkan dan bincangkan secara ringkas kesemua lima langkah permulaan atau langkah awal buat duit online yang dicadangkan oleh Jeremy Schoemaker di atas tadi.

1. Jangan terlalu menjangkakan untuk buat duit. Kalau niat sebenar mempunyai blog semata-mata untuk buat duit melalui blog tersebut kebiasaaannya tidak akan berjaya mencapai niat tersebut. Misi atau niat asal seseorang blogger berblog untuk buat duit semata-mata akan mempengaruhi keseluruhan fokus, kandungan dan perspektif blog itu sendiri. Maksudnya niat dan objektif bukan berdasarkan pulangan wang semata-mata.

2. Minat dan kecenderungan sebenar – Blog boleh meliputi apa sahaja bidang yang ada, namun untuk seseorang blogger kekal bermotivasi terhadap blognya adalah dengan berkongkisan apa minat dan kecenderungan sebenar yang kita suka. Sesuatu yang sememangnya kita cukup minat dan boleh berkongsi idea serta pandangan dengan panjang lebar. Ianya penting untuk menentukan hala tuju dan kualiti kandungan blog. Pandangan dan perspektif dari penulis blog itulah yang menjadikan sesebuah blog itu cukup menarik.

3. Fokus kepada kandungan blog – Kandungan atau content merupakan perkara paling penting dalam sesebuah blog. Blogger perlu menulis perkara yang para pembaca lain rasa berkaitan dan boleh dikongsi bersama. Menjadikan mereka terpanggil untuk turut sama berkongsi pendapat dan padangan. Apa yang di sarankan adalah semasa menulis jadikan penulisan tersebut seolah-olah bahan bacaan untuk diri sendiri dan faedah yang blogger itu sendiri akan dapat melalui penulisan tersebut.

4. Menulis blog untuk pembaca, bukan untuk enjin carian – Sesuai dengan strategi di langkah awal, isi dan kandungan blog perlu di sasarkan kepada pembaca dan bukannya enjin carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya. Apabila isi kandungan blog cukup menarik dan berkualiti dengan sendirinya ia akan mengundang enjian carian. Pada masa yang sama pelawat dan pembaca akan berkongsi dan mempromosikan blog terlibat kepada rakan-rakan mereka sekiranya kandungan blog berkenaan cukup bernas dan berfaedah.

5. Jangan matikan blog sebelum ianya bermula – Apa yang cuba diterangkan melalui kenyataan tersebut adalah bila ramai di kalangan blogger, dalam usaha untuk buat duit online terus memasukkan pelbagai jenis iklan dan affiliate sehingga mengganggu konsentrasi pembaca dan pelawat, sedangkan perjalanan blog tersebut masih baru lagi. Terlalu banyak iklan dan promosi yang memenuhi segenap ruang blog akan menghilangkan semangat para pembaca dan pelawat untuk kekal lama di blog terlibat.

Apa yang blog ini boleh fahami dari kelima-lima langkah awal di atas tu, kandungan atau content merupakan faktor utama yang menentukan kekuatan sesebuah blog. Juga bagaimana kaedah penulisan perlu sentiasa di tambah baik untuk meningkatkan lagi kualiti dan bahan yang ditulis. Pandangan penulis blog itu sendiri terhadap sesuatu  perkara pula merupakan isi utama yang dicari oleh para pembaca.

Jeremy Schoemaker sudah berjaya di Amerika Syarikat sana dan memang tidak dinafikan di arena blog tempatan juga sudah ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan secara online ini. Sudah ramai juga blogger-blogger tempatan kita yang dijadikan idola dan contoh kejayaan dalam bidang buat duit online ini.

Satu perkara lagi, berdasarkan semakan ringkas, sejarah laman web Jeremy Schoemaker bermula sejak tahun 1992 lagi dan bukannya berjaya dalam sekelip mata. Bukannya hari ni buat blog bulan depan terus jadi jutawan. Maknanya kalau tahun  di tahun 2010 ini  usia laman webnya sudah masuk 18 tahun. Kejayaan tidak datang sekelip mata.  Usaha yang konsisten pastilah punca utama kejayaan beliau.

Ulasan di atas adalah pandangan mengikut kefahaman blog ini semata-mata, anda semua boleh bersetuju untuk bersetuju dengan pandangan tersebut, atau tidak bersetuju untuk bersetuju dengan pandangan berkenaan mahupun bersetuju untuk tidak bersetuju dengan pandangan blog ini.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *