Minggu lepas, aku dengan seorang kawan aku pergi jalan-jalan di Batu Caves. Tujuan utama aku pergi ke tempat pelancongan sana adalah untuk menulis secara ringkas tentang Batu Caves Reviews dalam blog ni. Aku dengan kawan aku pergi ke sana pada hari biasa, dan bukan pada hari perayaan Thaipusam. Walaupun pada hari biasa, masih ramai juga pelancong negara luar yang mengunjungi di tempat pelancongan ini.
Batu Caves Reviews
Aku tumpang kawan aku naik motorsikal untuk pergi ke Batu Caves. Kita orang tidak dikenakan apa-apa caj. Kalau anda naik kereta ataupun bas, anda mungkin akan dikenakan caj masuk. Aku tak tahu berapa yang perlu dibayar. Yang pasti, kalau anda naik motorsikal, naik basikal ataupun jalan kaki memang tidak perlu bayar caj untuk masuk ke dalam.
Sebelum masuk ke dalam, aku bertanggapan Batu Caves hanyalah tempat beribadat untuk penganut agama Hindu. Tapi yang peliknya, setiap kali aku lalu depan pintu masuk Batu Caves ketika ulang alik pergi kerja, aku akan nampak ramai pelancong luar negara yang berkunjung ke situ. Hati aku terdetik untuk singgah di sini tatkala melihat keadaan tersebut.
Setibanya di dalam lokasi, rupanya tanggapan awal aku adalah salah. Batu Caves bukan sekadar tempat ibadat untuk penganut agama Hindu, ia juga merupakan salah satu tempat perlancongan yang menarik di Selangor. Di dalam kawasan tersebut, terdapat kedai-kedai yang menjual barangan cenderamata seperti key-chain, baju, barangan-barangan kraf dan pelbagai lagi. Selain itu ada juga restoran, kedai runcit, kedai kamera dan pelbagai lagi.
Untuk mencapai puncak gua, pelawat perlu mendaki 272 langkah tangga yang curam.
Sebagai satu tempat agama, saya tidak dapat percaya bagaimana mereka menjaga tempat ini. Terdapat sampah di mana-mana saja di dalam gua! Dalam nampak sangat kotor dan berbau, terdapat banyak tangga yang mempunyai langkah yang sangat kecil, jadi anda kena berhati-hati terutamanya bila turun tangga. Walaubagaimanapun, ia adalah sebuah gua yang indah, terutamanya di tempat yang terakhir.
Waktu yang paling ramai orang datang berkunjung ke sini adalah pada Hari Perayaan Thaipusam. Bukan sekadar penganut Hindu sahaja yang berpusu-pusu mengunjungi tempat tersebut, malah pelancong luar negara juga ramai yang datang ke Batu Caves. Mereka datang untuk melihat sendiri keunikan perayaan tersebut. Penganut Hindu yang bernazar membawa kavadi dan ada yang membawa pot yang berisi susu.
Cuma satu perkara sahaja yang aku ingin berpesan pada semua orang. Kalau anda ada pegang bungkusan makanan, hati-hati dengan monyet yang berkeliaran di dalam kawasan tu. Dari pengalaman aku, aku ada ternampak seekor monyet merampas bungkusan maruku daripada seorang pelancong asing.
Selain daripada gua sebagai tempat pelancongan, terdapat juga tempat-tempat yang lain yang biasa dicari oleh orang ramai di kawasan itu juga. Tempat-tempatnya adalah seperti ini:
KTM di Batu Caves
Stesen keretapi Batu Caves telah dibina pada 1 November 1905 di Malaysia. Sekarang ia punya nama dah tukak jadi setesen Komuter KTM Batu Caves.
Alamat: Batu Caves, 68100 Batu Caves, Selangor
Batu Caves adalah 13 km dari Kuala Lumpur City Centre.
Dengan kereta api:
KTM Komuter (Rawang) ke Stesen KL Sentral – Ambil pertukaran ke KTM Komuter (Batu Caves)
KLIA Transit (ERL) ke Stesen KL Sentral – Ambil pertukaran ke KTM Komuter (Batu Caves)
Bagaimana untuk mengambil Kereta Api KTM Komuter dari KL Sentral ke Batu Caves.
Pos Laju di Batu Caves
Bagi penduduk yang duduk berdekatan, boleh mereka hantar barang dengan kunjungi Pos Laju di tempat ini. Pejabat yang disediakan memudahkan semua orang untuk kirim dan hantar barang.
Alamat: 31, Jalan Dbp 1, Taman Industri Dolomite, 68100 Batu Caves, Selangor
Masa Operasi:
Isnin – Jumaat: 8.30am to 8.00pm
Sabtu: 8.30am to 5.00pm
(kecuali Sabtu pertama untuk bulan ini dan cuti awam)
Telefon: 03-61851592 / 03-6181593
Emel: [email protected]
Tapi perkhidmatan mereka perlu dipertingkatkan. Terdapat banyak pelanggan yang buat aduan bahawa telefon yang mereka call jarang dapat dijawab oleh pihak tersebut. Talian customer service Pos Laju memang tidak dapat memuaskan. Terdapat banyak telefon nombor yang diberikan tetapi jarang ada satu yang jawab. Kadang-kala ada juga kerani yang angkat telefon boleh terus letak ganggang walaupun percakapan belum habis lagi.
Jika anda menghadapi masalah seperti ini, adalah baik untuk anda pergi ke cawangan Pos Laju Batu Caves ini dan buat pertanyaan di kaunter, kita sebagai pelanggan akan dilayan baik jika kita wujud dengan percakapan yang bersopan santun.
Kalau ingin tahu selanjut tentang Pos Laju, boleh rujuk ke artikel ini.
Giant Batu Caves
Jarak dari gua Batu Caves ke Giant adalah kira-kira 21km dengan menaiki kereta. Terdapat food court di dalam yang membekalkan pelbagai jenis makanan termasuk nasi goreng sampai ke western food.
Jika tak cukup wang tunai untuk shopping, terdapat 5 ATM mesin di dalam Giant Hypermarket tu. 2 buah CIMB ATM, 2 buah Maybank ATM and 1 Maybank mesin untuk deposit wang.
Alamat: 10243, Jalan Batu Caves, Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor
Masa Operasi: 10am – 11pm
Telefon: 03-6187 5785
Artikel berkaitan:
Cara Paling Murah Untuk Memandu ke KLIA2
Seumur hidup, zumal belum pernah ke batu caves tu…. Rasa nak tengok juga nanti…