Apa Itu Niche Dalam Dunia Blogger?

Pernah saya bersama teman rapat berbahas tentang maksud niche. Dia dan saya berbeza pendapat. Namun pendapatnya saya terima juga iaitu niche seperti sarang burung merpati. Bunyi macam terlalu klise. Maaf kerana pendapat teman rapat saya ini kurang memberi kefahaman kepada rakan-rakan pembaca yang lain.

blog niche
blog niche

Niche ialah satu pengkhususan untuk sesuatu perkara. Jika dalam dunia blogger niche itu membawa maksud kepada blog yang membuat entri berdasarkan kategori hiburan, kewangan, kesihatan, gajet, fesyen, poiitik, infomasi, sukan, blogger, kereta, peribadi dan sebagainya. Ada niche yang tertumpu hanya kepada satu perkara sahaja. Sudah pasti ada juga niche blog yang bersifat umum dan luas kaitannya.

Penentuan Niche

Menentukan niche merupakan salah satu elemen yang penting terhadap pembangunan sesebuah blog. Niche boleh ditentukan sebelum sesebuah blog itu dibina ataupun ianya ditentukan setelah beberapa lama menulis dan apabila penulis menjumpai rentak yang sesuai serta bertepatan mengikut keselesaan penulis itu sendiri.

Niche Gosip Memang Popular

Penulisan blog berdasarkan niche yang khusus amat popular. Blog ini menjadi tumpuan blogger dan pembaca yang sama lapangan dan aliran. Cuba kita lihat populariti blog gosip artis seperti beautifulnara dan rotikaya. Blog tersebut sangat popular dan memberi trafik yang sangat tinggi.

Bilangan pembaca ketika online dalam blog tersebut atas angka 100 orang. Saya percaya rasa ingin tahu pembaca amat kuat tentang dunia artis. Mereka golongan yang sentiasa dekat dihati dan lekat dimata.

Sementarar itu, niche keluarga, politik atau sensasi semasa lebih mudah dipromosikan sebab ramai yang suka. Tapi niche yang berat berinformasi dan berilmu agak memerlukan masa untuk dibina.Jadi anda kenalah sabar sikit sekiranya anda pilih niche ini untuk tulis blog.

Blog Yang Mempunyai Niche Peribadi

Dalam pada itu juga blog yang ada niche peribadi tidak kurang hebatnya. Kelebihan blog tersebut kerana ada populariti dalam media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog itu sendiri. Blog Iman Abdul Rahim mempunyai pembaca yang ramai.

Saya perhatikan blog ini memdapat tempat di hati para penaja untuk iklan. Senang cerita blog yang berniche peribadi juga boleh mencipta trafik yang tinggi juga. Kejayaan mereka bukan bermula dengan sehari dua. Sudah otai juga ohh…

Jika anda baru mula untuk tulis blog, sebagai blogger yang baru jangan terlalu memikirkan niche jika belum ada trafik yang mencanak naik dalam blog kita.

Niche akan lebih berfungsi jika anda seorang blogger yang menjadi Internet Marketer, usahawan internet dan peniaga online. Bina jenama blog perlahan-lahan dan bila sudah mahir barulah kembangkan blog berdasarkan niche yang berpotensi tinggi.

Ilmu Tertentu Diperlukan

kalau kita ingin menulis mengikut niche tertentu, perlulah kita mempunyai banyak ilmu pengetahuan atau maklumat mengenai niche yang kita pilih tu. Kalau tidak nanti pasti akan kekeringan idea untuk menaip kan dalam blog kita. Jadi adalah baik untuk seseorang untuk memulakan niche blog mereka berdasarkan minat dan kepakaran supaya mudah untuk tulis.

Saya suka kiranya ada rakan-rakan blogger yang sudi berkongsi pendapat dalam ruangan komen dibawah berdasarkan niche blog. Apa yang saya tulis cumalah pandangan blogger picisan yang baru menapak dengan langkah demi langkah.

Tapi nasihat yang boleh diberikan adalah sebagai blogger, anda mesti mempunyai perancangan yang teliti (plan untuk short term dan juga long term) bila ingin wujudkan blog supaya tidak hilang hala tuju dan minat dengan cepat.

Bagi ramai orang, ia merupakan satu perkara yang cukup susah dalam menjaga konsistensi dalam menulis blog yang berniche. Keramaian orang ada soalnya di belakang itu yang ada rasa ingin menperkongsikan hal lain juga.

Cara Cari Niche Yang Anda Minat

Anda patut cari niche dengan mengikuti minat anda. Anda perlu ada idea yang tepat tentang apa yang anda minat. Di sini terdapat beberapa soalan yang boleh anda tanya diri sendir untuk mengetahui minat anda dengan tepat:

  • Apa hobi anda?
  • Bagaimana anda menghabiskan masa lapang anda?
  • Apakah topik yang boleh anda lakukan selama berjam-jam jika rakan atau keluarga anda membiarkan anda?
  • Apakah jenis kelas yang anda nikmati di sekolah menengah atau kolej?
  • Apa yang anda suka membaca dan belajar?
  • Jika anda boleh melakukan satu perkara sepanjang hidup anda tanpa bayaran gaji, apa yang akan anda lakukan?

Dengan tanya anda soalan seperti ini, boleh anda menggali keluar hobi yang anda berminat sebenarnya.

Pastikan Niche itu Dapat Buat Duit Dengan Iklan

Sekiranya anda merancang untuk buat duit dari blog anda, maka anda harus memastikan bahawa niche yang anda pilih adalah cukup menguntungkan untuk mengewangkan blog anda dan membantu anda memperoleh pendapatan yang baik.

Satu cara yang mudah yang boleh anda pakai untuk menguji sama ada niche pilihan anda boleh untung atau tidak ialah dengan melihat sama ada terdapat jenama atau perniagaan berkenaan yang membuat iklan dengan kata kunci pilihan anda.

Jika terdapat ramai orang membelanja wang untuk beriklan di Google Ads atau Facebook Ads untuk mengiklankan produk mereka, ini berkmakan anda telah memilih niche topik yang tepat dan kata kunci anda adalah berkaitan untuk membuat duit daripada orang banyak yang beriklan itu.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih tentang niche blog, boleh anda lihat youtube video yang disediakan di bawah.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *