Apa Ada Dengan Domain?

Adakah anda tahu apa itu nama domain? Adakan anda ingin tahu tentang domain? Mari saya kupaskan sedikit demi sedikit berdasar rujukan blog-blog yang berwibawa. Jom kita baca dan kalau rajin bolehlah melawati domain blog yang telah saya tebalkan hurufnya.

Menurut Wikipedia Domain ialah:

Nama yang mewakili satu sumber Protokol Internet (IP), seperti sebuah komputer peribadi digunakan untuk akses ke Internet, sebuah server yang menghost satu laman web, atau laman web itu sendiri atau mana-mana perkhidmatan berkomunikasi melalui Internet.

Pembincangan Tentang Domain Dari Blog Lain

Namun begitu saya ingin memetik beberapa blog yang ada membincangkan kata kunci domain ini. Dalam blog denaihati ada diceritakan mengenai domain ini. Apa yang diceritakan boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui tentang domain lebih lanjut.

dotcom
dotcom

Dalam blog eizil huraian dan kupasan domain agak menarik untuk dihadam oleh minda kita. Beliau mengupas dengan teliti dan fakta yang boleh dipercayai. Namun jangan risau beliau menyampaikan dengan gaya bahasa yang santai dan ringkas.

Tidak kurang juga blog yang mempromosi domain percuma secara bersyarat. Misalnya Namecheap atau Godaddy yang ada memberikan promosi dalam masa ke masa. Bila ada promosi, boleh anda dapat nama domain kegemaran anda dengan harga yang rendah jika nama domain yang anda ingin masih belum didaftar oleh orang lain.

Saya berharap promosi seperti ini ada berterusan buat masa yang panjang sikit dan juga boleh diadakan dengan kerap supaya semua pengguna dapat bermanfaat daripada promosi ini.

Dapat Domain Percuma

Sejarah pemberian domain percuma sudah wujud lama sejak tahun 2007. Kalau tidak percaya cuba rujuk dengan blog fitsmallbusiness. Blog ini masih wujud dan aktif. Kalau tidak membuat penyelidikan tentang domain ini pasti saya tidak menemuinya.

Perlu diketahui bahawa bog ini mempunyai niche tentang buat bisnes kecil. Elok sangatlah kepada mereka yang ingin membuat bisnes dan dapatkan domain dengan percuma supaya tidak belanja terlalu banyak wang untuk membangunkan laman web mereka.

Kalau ada domain yang percuma sudah tentu ada domain yang termahal. Lihat entri dalam blog Godaddy. Domain yang termahal 35.6 juta US dollar. Terdapat juga domain yang mempunyai niat lain yang dijual dengan harga yang tinggi juga.

Sayangnya nama domain ini kurang sedap didengar tetapi disukai ramai. Awas kepada 18 tahun ke bawah. Itu hint yang boleh saya kongsikan. Entri tentang perkara ini turut dikongsikan dalam blog palingseru. Satu blog dari negara jiran kita.

Sekilas kata terakhir..

Entri ini adalah analisis penggunaan kata kunci domain. Memang banyak blog yang menulis tentang kata kunci domain..Blog terbaru saya nanti bakal menggunakan niche kajian kata kunci. Kini dalam proses perancangan..

Saya berharap ia dapat memberi manfaat kepada golongan blogger yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog. Perlu saya ingatkan bahawa saya bukan pakar tetapi tengah berguru dari sifu-sifu blogger yang bermurah hati. Selain itu tuisyen online dengan Uncle Google dan Mr Yahoo juga.

5 Dalil Mengapa Domain Penting Untuk Satu Website

Sebelum ini saya ada menulis entri berkaitan domain dalam entri yang bertajuk: Apa ada dengan domain. Meskipun maklumat belum lengkap saya percaya ia boleh membantu pencerahan minda tentang istilah domain.

Menggunakan domain sendiri lebih memiliki arti bahawa kita adalah domain yang berkelas. Tak dipungkiri sebahagian besar orang lebih memilih untuk melawati blog menggunakan domain sendiri dibandingkan blog berakhiran blogspot atau wordpress.

world wide web

Saya berusaha menyatakan ada 5 dalill mengapa domain ini penting dalam menentukan halatuju blog anda. Antaranya ialah:

1. Jenama blog

Memang tidak dinafikan terdapat ramai orang yang membuat blog mereka untuk suka-suka dan untuk memenuhi masa lapang mereka saja. Sekadar aktiviti riadah yang berbentuk hobi dan sebagainya. Dalam pada itu memang ada blogger yang sudah mencapai tahap serius dalam dunia blogging. Mereka menjana wang melalui iklan, review produk dan melalui affiliate.

Sudah tentu golongan tersebut memerlukan domain yang sesuai untuk dijadikan nilai komersial. Misalnya domain denaihati cukup dikenali dalam komuniti blogger di Malaysia. Jadi, nama domain memainkan peranan penting dalam penjenamaan sesebuah blog.

2. Senang diingati

Domain yang pendek, unik dan membawa maksud menjadi pilihan ramai blogger. Bukan setakat itu pembaca juga mudah untuk bercerita ketika berada di luar talian. Saya gemar kepada domain tehramuan dan akubiomed. Nama nama begini amat mudah diingati dan ditaipkan dalam ruangan enjin carian Yahoo, Google maupun Ask.

Kepada anda semua yang masih belum membeli domain yang cantik boleh pergi bertanya dengan rakan blogger anda supaya dapat mengeluarkan satu domain yang senang diingati.

3. Glamour seperti artis

Saya juga hairan bagaimana blog boleh terkenal seperti artis. Namun saya tidak juga hairan dengan blog Zarul the singer blogger. Cuma blog Ben Ashaari memang kaw-kaw seperti artis. Jumlah pengunjung boleh sampai ratusan sehari.

Sudah tentu blog begini mendapat tempat dikalangan peminat beliau. Satu kelebihan kerana menggunakan domain nama sendiri. Lagi bagus kalau nama yang cantik dan popular.

4. Ada harga tersendiri

Bagi mereka yang mahu mengeluar modal sudah tentu mahu membeli domain yang berakhir dengan .com, .com.my, .my, .net, .org dan sebagai. Kalau tak nak pun tiada orang akan komplen. Sendiri punya kerja. Harga tidak seharusnya dikaitkan dengan wang ringgit semata-mata.

Harga mungkin dinilai berdasarkan kesaratan ilmu yang ada didalamnya. Bahkan domain yang ada nilai sentimental seperti domain blog puan suri.

5. Bahan dagangan

Kalau perniagaan berasaskan domain ini tidak menguntungkan mana mungkin syarikat Godaddy.com wujud sehingga hari ini. Malah ada blogger yang menjadikan domain ini sumber pendapatan.

Mereka beli dan jual domain mengikut harga pasaran. Keuntungan berlipat ganda sekiranya harga yang ditawarkan dapat dijual kepada pembeli.

Pemilihan nama domain penting bagi proses celat atau lambat sesuatu blog itu mendapat DA dan PA yang tinggi. Walau bagaimanapun, ia masih terpulang kepada individu sama ada dia serius atau tidak dalam dunia blog ini dengan pemilikan domain/hosting berbayar.

Baca juga: Rahsia backlinks yang mungkin anda tidak tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *