Analisa Tentang Blog DoFollow Dan NoFollow

Perbincangan mengenai Blog dofollow dan nofollow bukanlah perkara baru dalam dunia blogging. Walaupun sudah banyak huraian dan penerangan yang dibincangkan oleh ramai pakar SEO sama ada peringkat global mahupun tempatan, perkara tersebut tidak akan basi malahan sentiasa di cari oleh ramau blogger. Sebabnya cukup mudah, setiap hari akan ada pertambahan blog dan blogger baru yang menyebabkan pencarian mengenai dofollow dan nofollow ini sentiasa berterusan.

Secara asasnya setiap link yang ada dalam sebuah blog secara automatik atau by default berstatus ‘nofollow’. Kemudian macam biasalah kreativiti manusia ni tidak pernah terbatas, lalu diciptakan pulak fungsi untuk dofollow yang bertentangan dengan konsep nofollow tadi. Sudahnya jadi satu perbincangan dan topik di kalangan pengguna blog sampai jenuh pihak google nak kena terangkan.

Jadinya elok juga kalau boleh dibincangkan dalam artikel ini analisa peribadi blog ini terhadap dofollow dan nofollow ni.

Gapo dio gak benda dofollow dan nofollow nih? Paling mudah untuk difahami adalah fungsi dofollow dalam sesebuah blog membolehkan link yang terdapat di dalam blog tersebut terutamanya di bahagian komen turut dikongsikan oleh url link  keluar berkenaan, maksudnya kekuatan pagerank link di dalam blog berkenaan akan turut memberikan kesan kepada link keluar yang diletakkan.

Awat dok beria-ria sangat pasai benda alah ni? Dalam dunia blog, kandungan blog tu satu hal, manakala pagerank dan SEO pulak satu hal yang lain. Tidak dapat tidak sesebuah blog tidak hanya menumpukan kepada kandungannya semata-mata malahan turut juga berusaha untuk meningkatkan pagerank dan penguasaan SEO. Tu yang sakan dok pulun pasai dofollow dan nofollow ni. Namun dalam sesetengah kes ada jugak pemilik blog yang ‘tak ambil pot’ pasal benda ni, tak rugi apa-apa pun. Pun boleh juga kalau berpendirian macam tu.

Mana lebih orait, dofollow ke nofollow? untuk menjawab soalan ringkas tu, blog ni cuba mencari beberapa analisa sedia ada di dalam internet. Secara ringkasnya apa yang ditemui dofollow ni ada kelebihan dan kekurangannya.

Kelebihan dan kekurangan dofollow dan apa yang dapat difahamkan adalah:

Kelebihan:

  1. Semua blogger sukakan dofollow link untuk meletakkan link mereka. Oleh yang demikian blog yang menggunakan dofollow link akan mendapat sambutan dan sentiasa menerima banyak komen. Blog menjadi meriah dan aktif;
  2. Pemilik blog dofollow seolah menghargai setiap komen daripada pelawat dan menghadiahkan link juice atau kekuatan PR mereka kepada pengomen; dan
  3. Mampu menarik lebih banyak trafik dan seterusnya meningkatkan Alexa Traffic Rank.

Kekurangan:

  1. Bila terlalu banyak link keluar dari blog dofollow, blog terlibat akan kehilangan kekuatan pagerank nya kerana dikongsikan dengan para pengomen. Silap-silap hari bulan boleh terjejas pagerank sedia ada;
  2. Komen dari pelawat sememangnya banyak namun timbul pula isu kualiti komen. Sesetengah pelawat sememangnya hanya berhajat untuk meletakkan sahaja link mereka; dan
  3. Timbul juga persoalan perlukah setiap komen dari pelawat yang hanya sekali dua muncul di blog terlibat turut dihadiahkan backlink.

Pada masa yang sama seorang lagi blogger yang sempat blog ini baca di Create A Website yang berpandangan walaupun sesebuah blog masih mengekalkan nofollow namun masih boleh berkongsi link mereka dengan rakan blogger yang sentiasa setia dan menghargai isi kandungan blog berkenaan. Maksudnya backlink secara natural.

Penerangan Google

Mungkin juga penerangan daripada pihak Google melalui Matt Cutts mengenai perkara ini boleh memberi sedikir gambaran mengenai status dofollow ni?

Dan begitu juga penerangan beliau di sini yang mungkin boleh meningkatkan tahap kefahaman kita semua:

Setelah mendengar penerangan daripada Matt Cutt, pastinya kita semua sudah mendapat idea mengenai konsep dofollow dan nofollow ni kan.

Walau apapun pilihan untuk menggunakan dofollow atau nofollow adalah terserah kepada kebijaksanaan maing-masing. Ada pro dan ada kontra nya.

Walau apapun pilihan untuk menggunakan dofollow atau nofollow adalah terserah kepada kebijaksanaan maing-masing. Ada pro dan ada kontra nya.

Commentluv Plugin dan Dofollow

Ramai blogger sudah menggunakan plugin ini, secara ringkasnya juga plugin ini menggunakan konsep dofollow di atas setiap komen yang diletakkan ke dalam ruang komen sesebuah blog. Maksudnya setiap komen yang diletakkan di sesebuah blog akan mendapat bukan sahaja backlink malahan ‘juice’ atau rank daripada blog terlibat.

Semakan di laman rasmi commentluv juga mendapati kawan-kawan blogger kita antara yang paling popular menggunakan plugin commentluv dan fungsi dofollow plugin ni.Macam kenal aje muka yg ada kat dalam gambor ni kan icon biggrin Blog DoFollow Dan NoFollow: Satu Analisa

commenluv
commenluv

Dengan menggunakan nodofollow firefox add-on kita boleh rujuk di contoh gambar di bawah ini untuk mengenalpasti yang mana link dofollow dan yang mana link nofollow. Contohnya dengan merujuk kepada salah satu entry dalam gambar di bawah ini:

nodofollow

Walaupun asalnya commentluv plugin ni adalah dofollow, pengguna juga boleh menjadikannya sebagai nofollow dengan sedikit tweak di dalam dashboard plugin editor. Apa yang perlu dilakukan adalah pergi ke wp-admin>plugin>editor dan pilih fail commnetluv.php.

Di dalam fail tersebut cari kod $luvlink = dan masukkan tag rel=”nofollow” di celah-celah kod seperti yang ditunjukkan ke dalam gambar di bawah ni:

commentluv editor

Setelah selesai dan save cuba semak semula komen-komen dengan menggunakan nodofollow add-on tersebut, perhatikan warna link sudah berubah dari dofollow (purple) kepada nofollow (merah) macam dalam gambar di bawah ni.

nodofollow firefox

Apa yang blog ni tunjukkan adalah salah satu kaedah untuk memasukkan nofollow ke dalam link yang disediakan oleh commentluv. Walaubagaimanapun sekiranya pengguna merasakan selesa dengan cara sedia ada dan tidak perlu untuk menukarkannya itu adalah pilihan masing-masing. Blog ini juga masih mengekalkan plugin tersebut sebagaimana yang asal.

Blog ni juga tidak pasti apa kesan sekiranya diletakkan tag nofollow tersebut terhadap plugin berkenaan. Kalau ada sesiapa yang sudah mencuba bolehlah laporkan semula di sini kesannya. Ada perubahan tak dari segi pagerank.

Artikel berkaitan:
5 sebab kenapa orang ramai suka guna blogger.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *