Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ais Krim Goreng Buatan Sendiri

Aku ingin nak bagitau anda semua bahawa hari ini merupakan kali pertama aku makan ais krim goreng. Aku tak beli di mana-mana bazar ramadhan pun tetapi custom made ataupun buatan sendiri jer. Selepas cuba baru tahu kesemuaan proses untuk membuatnya bukan susah sangat pun. Ringkas dan simple cara pembikinannya.

ais krim goreng

ais krim goreng

Jika anda berminat juga bolehlah baca seterusnya untuk mengetahui semua proses dan bahan-bahan yang perlu disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan bukannya banyak sangat pun. Hanya menggunakan Ais Krim Magnolia, Roti Gardenia dan Cawan yang mempunyai permukaan yang bulat.

Kena pandai memilih perisa ais krim kalau mau best. Agaknya kalau letak baskin robbin lagi best.

Ais cream Magnolia dengan citarasa kegemaran anda sendiri

roti gardenia

roti gardenia yang boleh didapati di mana-mana saja.

cawan bulatCawan yang mempunyai permukaan yang bulat

Resepi ais krim goreng buatan sendiri yang sedap

Aku tunjukkan beserta dengan gambar resepi ataupun cara nak buat ais krim goreng nie. Senang jer.

Langkah 1:

langkah 1

Ambik sekeping roti gardenia dan letakkan sejemput ais krim di atasnya. jangan letak banyak sangat nanti meleleh pulak bila nak tekan dengan cawan. takut bocor jer. Ais krim tu korang letak kat tengah-tengah. Jangan sengit.

Langkah 2:

langkah 2

Korang ambik sekeping lagi roti gardenia tu lapikkan di atas roti yang telah diletakkan ais krim tadi. Selepas itu korang ambik cawan seperti gambarajah di atas tadi dan tekan kuat-kuat supaya roti tersebut menjadi sepertimana gambarajah di bawah.

roti yang telah ditekan

Korang buatlah dua atau tiga biji pastu bila dah siap jangan lupa masukkan dalam peti sejuk untuk proses pembekuan. Tak kisahlah berapa lama korang nak simpan. Bila dah sampai time korang nak masak keluarkan dari peti sejuk itu. pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan roti yang telah dibekukan itu. Jangan lupa letak minyak banyak sikit supaya roti tersebut betul-betul tenggelam, tetapi awas jangan lama sangat takut jadi hangit pulak. ambik masa dalam dua atau tiga saat jer.

siap goreng

Siap Dah!!!

Siap sudah resepi simple dan ringkas dari aku. Bukannya susah sangat kan. tak perlu tunggu cik puan isteri buat. Encik suami pun boleh buat kalau mahu. Takkan lah tak pandai jugak.hahaha..

Selamat mencuba resepi ais krim goreng…

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh