Web Analytics
tulis blog

Adakah Blog Sudah Ketinggalan Zaman?

Saya rasa sedih sikit sebab saya mendapati ramai blogger yang otai-otai dulu macam sudah hilang dari dunia blogger ini. Ada banyak domain yang banyak popular beberapa tahun dulu pun sudah tamat tempoh dan tidak wujud dalam dunia blog lagi.

Mengapa keadaan macam ini boleh berlaku? Ada orang yang cakap ini adalah disebabkan oleh Facebook dan Instagram. Selepas kewujudan media sosial, jarang lagi ada orang yang suka baca blog. Maka merosot lah kebanyakan blog.

Adakah anda setuju?

Bagi saya, saya ingat ini bukan alasan yang tepat. Walaupun media sosial memang ada tarik pembaca ke portal mereka, tetapi blog masih mempunyai nilainya sendiri yang tidak dapat diganti oleh media sosial.

tulis blog

Dan yang saya tahu ada banyak blogger yang juga dapat buat duit yang amat baik dengan iklan Google Adsense di blog mereka. Jika blog sudah mati, macam mana boleh lagi ada ramai blogger yang sanggup tulis dan kemaskini blog mereka.

Jadi, apa yang saya ingat adalah blog masih ada pasarannya. Orang yang bairkan blog mereka mati adalah disebabkan oleh sebab-sebab berikut:

1. Artikel Terlalu Pendek

Saya ada selalu mengunjungi ke blog-blog lain dan saya mendapati ada banyak blog yang cuma tulis entri yang agak pendek. Kebanyakan jatuh pada 200 sampai 300 perkataan saja. Dengan entri yang pendek macam ni, memang susah untuk Google berikan kedudukan yang tinggi atas di laman pertama di Google.

Dengan ini, agak susahlah bagi pengunjung untuk mengetahui kewujudan entri blog anda sebab bila mereka cari dengan kata kunci untuk apa yang mereka minat baca, entri pendek yang anda tulis itu langsung tidak wujuk di enjin carian pula. Adalah digalakkan untuk tulis setiap blog post yang mempunyai sekurang-kurang 500 perkataan.

Apa yang lebih teruk lagi ialah saya ada nampak sesetengah blogger suka menyiarkan artikel dengan tajuk “Wordless Wednesday”. Setiap hari rabu, mereka cuba muat naik sekeping gambar ke dalam entri dan paparkan terus. Ini memang bukan apa yang digalakkan terutama untuk Google sebab Google rasa ini tidak beri sebarang nilai kepada pembaca.

Sekiranya blog anda mempunyai banyak entri yang mempunyai tajuk “Wordless”, mungkin blog anda akan dihukum oleh Google juga sebab Google akan anggap blog anda tiada nilai langsung untuk wujuk di cari enjin. Dengan ini, sudah pasti blog anda tidak akan dapat carian organik dari Google langsung.

Jadi, jika anda suka paparkan post “Wordless”, lebih baik anda berhentikan dan tulis entri yang lebih bermakna dan boleh bermanfaat kepada pembaca yang datang untuk baca blog anda. Perlu kita tahu blog adalah untuk tulis artikel, bukan papar gambar. Jika nak papar gambar, boleh post di Instagram ja.

2. Entri Tak Berkaitan Dengan Tajuk

Saya ada nampak banyak blog yang mempunyai tajuk tentang sesuatu benda, tetapi bila baca entrinya, hampir semua yang ditulis di dalam entri blog dia macam lari dari tajuk.

Sebagai contoh, saya pernah baca satu entri yang bertajuk: Cara Untuk Buat Duit Online.

Ini merupakan tajuk yang agak menarik dan saya terus baca isinya. Tetapi apa yang saya dapat pada permulaan entrinya adalah semalam blogger pergi jumpa dengan kawan yang lama tak jumpa. Dan dia pergi makan dengan kawan di sebuah restoran dan berbual sampai lewat malam.

Lepas tu 2, 3 perenggan cakap pasal topik kawan dia, ingat sudah nak mula cakap tentang macam mana buat duit online, tetapi macam belum lagi pula. Apa yang disambung oleh blogger itu adalah pagi ini bangun lewat sikit dan lagi bercakap-cakap apa yang berlaku pada waktu pagi tu.

Cuma dalam tengah entri baru blogger itu mula berkaitkan entrinya dengan tajuk artikel dia itu.

Untuk menghasilkan satu entri yang boleh tarik hati pengunjung untuk baca, memang kita tidak patut tulis macam ni. Sebaliknya, kita perlu tumpuan perhatian 100% atas tajuk artikel dan fokus semua kepentingan atas tajuk itu.

Jika nak ajar orang cara-cara untuk buat duit online, selepas permulaan yang berkenaan dengan buat duit, lepas tu perlu mula huraikan cara-cara yang nak ajar. Macam ini baru tepat kepada tajuk dan pembaca juga akan rasa apa yang dia baca adalah betul dan bukan apa-apa yang jauhi dengan tajuk itu.

3. Suka Pakai Bahasa Komputer dan Bukan Bahasa Yang Biasa

Keramaian blogger sudah biasa dengan tulis bahasa komputer seperti “korang”, “diorang”, dan bukan anda atau mereka. Bahasa komputer itu memang rasa macam bergaya sikit tetapi jika seluruh entri yang anda tulis dalam blog anda adalah dalam bahasa komputer macam ini, Google algorithm tidak akan dapat faham dengan tepat apa yang anda cuba untuk nyatakan. Dan ini akan menjejas artikel anda untuk mendapat kedudukan yang tinggi dalam cari enjin Google.

Jadi adalah lebih baik untuk kita selalu ingat untuk tulis artikel dalam bahasa yang biasa tanpa perkataan komputer. Dengan itu baru artikel kita ada peluang untuk dapat ranking yang baik dalam Google. Di samping itu, tulis dalam bahasa yang betul juga perlu jadikannya satu budaya bahasa supaya kita tidak salahgunakan bahasa mulia kita ini.

4. Lama Tak Kemaskini Blog

Ada sesetengah blog yang saya kunjungi sudah lama blognya tidak kemaskini. Ada yang sudah 3 tahun tak paparkan satu entri baru pun! Ada blog yang beberapa tahun dulu memang popular punya pun sudah jarang kemaskini. Mungkin disebabkan sudah tukar minat kepada hal lain, atau trafik blog jadi semakin kurang dan sudah hilang semangat untuk tumpu pada blog lagi, atau tak ada ilham apa lagi nak tulis, dan lain-lain sebab yang tidak diketahui.

Biarpun apa-apa alasan, jika mahu kekalkan kualiti blog kita, mestilah kita kemaskini dalam masa ke masa. Kita tidak perlu paparkan entri baru setiap hari. Jika tidak senang atau tiada ilham untuk tulis dengan bilangan artikel yang banyak, boleh kita cuma paparkan satu entri setiap minggu atau setiap dua minggu. Macam ini dalam satu bulan pun ada 2 artikel baru yang dihasilkan dalam blog anda. Pembaca juga akan rasa blog anda masih “hidup” dan bukan blog yang sunyi senyap.

Jadi bagi mereka yang sudah lama tak kemaskini blog, jangan putus asa, mula sekali lagi untuk tulis artikel yang menarik dan mesti anda akan dapat balasan yang baik dengan blog anda.

Leave a Comment