Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

9 Persediaan Penyusuan Sebelum Bersalin

Bagi semua wanita yang mengalami penghamilan buat pertama kali, mesti ada ramai yang mempunyai kerisauan dan perasaan, “Eh, boleh ke aku nak breastfeed bayi aku nanti bayi lahir?”. Risau, bimbang, takut semua perasaan akan mula timbul dalam otak. Lagi-lagi sering diingatkan bahawa susu badan seseorang ibu adalah yang terbaik untuk diberikan kepada bayi mereka.

breastfeed

breastfeed

Bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman, di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua 9 persediaan penyusuan sebelum bersalin yang boleh dicuba oleh semua orang.

1. Mulakan dengan mengumpul segala ilmu dan pengalaman daripada ibu-ibu yang pernah menjayakan penyusunan susu ibu.

2. Dapatkan informasi dengan merujuk ke sumber ilmu. Antara sumber ilmu yang baik termasuk buku-buku dan sumber internet daripada organisasi berautoriti. Anda juga digalakkan untuk menyertai kelas-kelas persediaan penyusunan susu ibu yang anda boleh membuat secara praktikal untuk mengetahui cara yang betul untuk penyusuan.

3. Kumpulan sokongan PSi di sekitar tempat tinggal ataupun tempat kerja. Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) adalah rakan pembimbing yang dilatih bagi memberi sokongan kepada ibu-ibu yang memerlukan bantuan dan nasihat penyusuan. Lawati laman web mereka di www.malaysianbfpc.org

4. Berbincang dengan suami atau keluarga terdekat berkaitan niat dan kesungguhan kita mahu menyusukan anak. Ajak suami supaya mengikuti kelas penyusuan bersama anda dan kongsi segala pengetahuan berkaitan penyusuan susu ibu dengan suami, ibu, dan ibu mertua supaya mereka memahami dan menyokong usaha kita.

5. Pilih doktor dan hospital yang menyokong penyusuan susu ibu. Berbincang dengan doktor dan nyatakan impian mahu menjayakan PSi sejurus selepas bersalin.

6. Berbincang dengan majikan dan rakan sekerja berkaitan hasrat kita menjayakan PSI selepas kembali bekerja.

7. Mencari pengasuh atau taska yang mesra PSI.

8. Berlatih diri dengan menggunakan anak patung bagi memegang dan mencuba posisi yang sesuai untuk PSI. Posisi yang betul akan membolehkan susu dikeluarkan dengan lancar dan ibu juga tidak akan cepat letih.

9. Mula ‘berhubung’ dengan payudara. Anda boleh melakukan sedemikian dengan mengurut payudara secara perlahan-lahan supaya susu di dalamnya dapat dikeluarkan dengan lincir tanpa sebarang kesakitan.

Artikel berkaitan:
Tips Berpuasa Untuk Ibu Hamil

Leave a Reply