7 Tips Mudah Mengenali Blogger Yang Aktif

Menjadi seorang blogger yang aktif merupakan satu kelebihan bagi kita semua orang. Antara kelebihan yang dapat ialah dia dan blognya dikenali oleh orang ramai. Sudah pasti juga ramai pengunjung dan rakan blogger yang sudi bertandang.

Macam Mana Mengenali Blog Aktif?

Ia bukan satu perkara yang susah tapi pada masa yang sama ia juga bukan satu perkara yang senang untuk kita mengenali blogger yang popular. Kita perlu ada sikit teknik untuk memperkenalkan diri kita kepada mereka dan mereka mungkin akan cam kita dengan usaha yang kita taruh untuk kenalikan mereka.

blogger popular
blogger popular

Mari kita baca 7 tips mudah untuk mengenali mereka yang cukup hebat dalam dunia blogging. Mana tahu kita mungkin akan menjadi sebahagian daripada mereka selepas ini.

1. Kemaskini blog setiap hari

Saya akui ia merupakan satu tugas yang sukar bagi orang ramai untuk kemaskini blog setiap hari. Banyak blogger cuma tulis blog sebagai kerja sampingan di mana mereka akan tulis blog bila mereka ada masa lapang saja. Kadang kala bila ada masa lapang mereka juga kekeringan idea dan tidak tahu apa nak tulis untuk blog mereka juga. Namun bagi blogger yang aktif mereka dapat menghasilkan entri yang menarik 2 kali sehari. Idea mereka bagaikan air di sungai. Selalu mengeluarkan hasilan tanpa putus-putus.

2. Juara komentar blog

Lihat kepada ruangan Top Komentar dalam blog-blog yang popular. Nama mereka terpampang megah. Mereka boleh berkunjung ke blog dan memberi komen begitu banyak sekali. Boleh dikatakan mereka tidak ketinggalan walaupun sehari. Sampaikan saya terfikir mereka tak de kerja lain ke?

3. Jumlah komen yang banyak

Dalam ruangan komen blog mereka terdapat beratus-ratus reaksi para pembaca. Ini tidak termasuk komen sendiri. Semakin banyak komen maka semakin aktif blogger tersebut. Dia telah buat blogwalking dan ping entri bersungguh-sungguh.

4. Kadar trafik yang konsisten tinggi

Blogger yang aktif mahir bermain SEO dan keyword maka blognya dikunjungi ribuan trafik setiap hari. Penanda aras ini adalah terbaik setakat ini. Blog yang ada pengunjung yang ramai mempunyai jenama yang hebat. Para pengiklan tersangat suka termasuk si pemiliknya.

5. Ranking Alexa yang rendah

Dalam sistem penentuan ranking Alexa, nombor yang rendah adalah bagus. Semakin rendah semakin bagus. Para pengiklan juga mengintai angka ini. Jadi tak hairan blogger aktif mensasarkan ranking alexa blog mereka serendah yang mungkin.

6. Blog mempunyai DA dan PA yang tinggi

Sekarang domain banyak dinilaikan dengan penarafan DA dan PA. DA adalah domain authority dan PA adalah page authority. Boleh baca penjelasan DA dan PA di laman ini jika anda ingin tahu dengan selanjutnya.

Dulu Page Rank adalah amat penting di mana ia memainkan peranan penting dalam menentu keaktifan blogger. Syarat untuk mendapat page rank yang tinggi bukan mudah. Page rank adalah pengiktirafan pihak Google kepada blogger yang aktif. Jelasnya semakin tinggi page rank maka semakin baguslah jawabnya. Tapi selepas Google abaikan Page Rank, sekarang pulak DA dan PA yang jadi penilaian sesebuah blog yang penting.

7. Boleh menjana pendapatan

Sejujurnya semua blogger ingin dapat duit dari blog. Alasannya kita menghasilkan blog terutama yang berdomain dan hosting sendiri perlukan duit. Ia satu pelaburan. Maka dari pelaburan ini diharap boleh menghasilkan pendapatan. Tidak hairan blogger yang aktif boleh dapat duit. Blog adalah sejenis bisnes yang tidak langsung.

Semua perkara yang dibincangkan di atas berkait antara satu sama lain. Masing-masing saling mempengaruhi. Sebagai blogger dan pembaca memang mudah nak cari blogger yang aktif. Mereka ada di mana-mana dalam dunia maya.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *