7 Sebab Blog Tidak Didatangi Para Pelawat

Sejujurnya semua blogger ingin blog yang ditulis oleh mereka akan dapat dikunjungi oleh para pelawat seramai mungkin yang boleh. Tetapi kebanyakan hakikatnya tidak seperti apa yang dijangkakan oleh mereka. Banyak blog baik yang masih baru atau yang sudah bertapak lama masih terlalu kurang para pelawat untuk baca blog mereka.

tiada pelawat
tiada pelawat

Saya berpendapat situasi ini disebabkan perkara di bawah ini. Mari kita rungkaikan satu demi satu:

1. Tiada promosi

Kalau tiada promosi blog masakan orang boleh tahu. Promosi wajib dilakukan terutama kepada blog yang baru yang dalam proses meningkat naik. Ketiadaan promosi diibaratkan diam-diam besi. Lama-kelamaan berkarat dan tidak berguna lagi.

2. Kandungan entri tidak berkualiti

Sebab utama pelawat pergi ke blog adalah untuk membaca. Mereka mencari maklumat yang boleh menyelesaikan masalah. Jika blog tiada isi sebaliknya penuh dengan kuah maka wajar blog tersebut dipinggirkan. Salah siapa nie dong?

Kalau dah buat blog tu, kena la rajin promosi dan bangunkan blog dengan isi yang berkualiti. Namun nak menghasilkan entri berkualiti perlu usaha lebih dari segi rujukan dan pembacaan.

3. Blog tiada daya penarik

Sungguhpun bukan mudah untuk menjadi blog satu daya tarikan kepada para pembaca. Blog yang sukar diakses dan merumitkan pembaca melalui iklan pop up. Perkara ini penyebab kepada tiada daya penarik.

4. Tiada blogwalking

Aktiviti ini banyak memakan masa. Jadi tidak ramai yang sanggup untuk melakukannya. Kalau kita tidak berkunjung ke blog orang bagaimana mungkin orang berkunjung ke blog kita. Lainlah jika blog kita ini ada umpan lumayan seperti baca entri dapat hadiah RM5.00.

5. Tidak ping entri

Tujuan ping ialah memastikan entri kita diwar-warkan oleh laman ping aggregator. Tiada ping enjin pencari pun tidak sedar kewujudan blog kita. Lebih-lebih lagi ketika kita kemaskinikan blog.

6. Tidak submit URL ke enjin pencari

Alasanya sama dengan no.5. Enjin pencari terlalu sukar mencari blog kita sekiranya ada orang mencari melalui keyword. Paparan blog kita terletak pada bahagian bawah sekali. Sungguh rugikan jika keadaan ini berlaku.

7. Tidak berbuat apa-apa

Ini adalah kes yang sangat parah. Ada blog dan tidak buat apa-apa lagi. Banyak berlaku kepada blog yang percuma samaada guna blogspot atau wordpress. Sudah tentu pelawat ke blog mereka juga tidak ada. Jadi jangan mengharap sesuatu yang luar biasa jika ada situasi ini.

Ada sesetengah orang nak trafik banyak tapi malas nak update blog. Payahlah macam tu. Bila dah update tapi tak promote pun tak guna juga kecuali kita ni public figure yang dah glemer maka ni lain lah cerita.

Nota:

Jika anda perasaan kepada kesemua isi penting di atas banyak menggunakan perkataan negatif iaitu tidak dan tiada. Tak perlu fikir jauh-jauh buang sahaja perkataan TIDAK maka itulah penyelesaiannya. Mudahkan.

Ini merupakan usaha tangga kejayaan. Selain daripada berusaha kuat, tiada benda yang senang sekarang. kalau setakat duduk sahaja, jangan ditanya kenapa tidak berjaya kan.

Sebab itu kejayaan dalam semua perkara banyak dipengaruhi oleh sikap seseorang. Orang yang berjaya biasanya mempunyai kuasa tindakan yang menyeluruh. Kalau blog anda meletup, maka boleh juga ia berpotensi untuk jadi public figure.

Ini merupakan hukum dunia. Semua perkara perlukan usaha untuk menunjukkan manusia itu adalah lemah. Hanya Allah Yang Maha Kuasa Untuk Mengizinkan semua perkara.

Cara Mudah Mendapat Pengunjung Unik ke Blog

Baiklah, rasanya cukup dah saya bercuti daripada menulis di blog ni atas tuntutan hidup yang lain. Kali ni saya beri tips panduan blogger lagi untuk para pembaca blog ini.

Sebenarnya apakah tips untuk mendapat pengunjung unik ke blog sebanyak berpuluh-puluh ribu dengan cara yang paling mudah? Jawapannya, TAK ADA! Sejujurnya saya cakap, saya memang tak pandai menggunakan “SEO haram” ya. hahahaha!! Saya tahu guna tips SEO yang memang saya belajar sendiri melalui internet dan bantuan ebook daripada sifu SEO sahaja.

blog traffic
blog traffic

Jadi, dekat bawah ini sajalah Tips Panduan Blogger: Mendapat 21K Pengunjung Unik ke Blog yang saya dapat kongsi dengan semua pembaca. Rasanya ramai lagi blogger yang dah memang dah teror bab tips tarik trafik ke blog ni. Kena rajin-rajinlah belajar dan cari informasi sendiri. Jangan jadi blogger makan nak bersuap je.

1) First, sila rajinkan diri “update” blog korang setiap hari untuk fasa pertama dalam dunia blogging ni. Saya masih ingat lagi, masa saya baru-baru beli domain eratuku.com ni hampir setiap hari saya akan kemaskini blog. 2 kali sehari! Untuk permulaan, memang kena kerja keras sikitlah. Mana ada jalan pintas!

2) Lakukan langkah demi langkah pada template blog korang dengan “setting” SEO sebaik mungkin. Ini penting untuk memastikan blog korang mesra SEO dan boleh “tackle” hati Google.

Pakcik Google ni kadang-kadang banyak cekadak. Kenalah pandai ambil hati. hahahaha!!! Kena cari informasi dekat internet ok. Again, jangan malas kalau nak senang dikemudian hari. hehehe!

3) “update” blog korang dengan entry tak bermusim. Entry tak bermusim ni contohnya entry berbentuk keagamaan. Jujur cakap, saya sebenarnya baru perasan tips ni. Kalau korang rajin baca blog saya ni, memang banyak saya kongsi entry berkenaan agama.

Contohnya, Bacaan Doa Selepas Solat Ringkas, Doa Murah Rezeki dan banyak lagi. Masa saya kongsi entry ni tujuannya bukan untuk tarik trafik. Niatnya sekadar berkongsi ilmu agama tapi mungkin ada keberkatannya. Tiba-tiba entry macam nilah yang “laku”. hehehe. Alhamdulillah.

4) Pastikan blog korang ada beberapa entry SEO yang akan membantu korang untuk sentiasa berada dalam muka pertama di laman web Google. Bila korang dah lepas yang ini, insyaAllah blog korang akan sentiasa dapat pengunjung unik ke blog yang tidak putus-putus.

Macam blog saya ni, percaya tak saya boleh goyang kaki selama lebih daripada 2 minggu tanpa kemaskini apa-apa pun tetapi masih boleh dapat pengunjung unik sebanyak 21K sebulan? hehehehe. Alhamdulillah, usaha.

Oklah, rasanya ini jelah 4 Tips Panduan Blogger: Mendapat 21K Pengunjung Unik Ke Blog daripada saya. Tak banyak, ada 4 je tapi memadailah. Korang kena rajin cari informasi lain.

Belajarlah, jangan malas. Tapi, kalau nak jadi blogger yang famous keluar masuk tv, majalah ke apa jangan tanya saya tips. Saya tak tahu! hahahahaa! Saya menulis blog kerana minat bukan nak popular.

Artikel berkaitan:
5 sebab mengapa blog kurang popular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *