7 Sebab Anda Perlu Berhenti Dan Tinggalkan Facebook!

Inilah hakikat Facebook tapi mengapa kita perlu berhenti dan tinggalkannya? 10 tahun lalu, Facebook di anggap sebagai media sosial yang paling popular dan berpengaruh di seluruh dunia.

Melalui Facebook, anda boleh berhubung dengan kenalan lama anda yang lama terpisah dan juga terjumpa kawan yang anda paling tak suka di sekolah. Bukan itu sahaja, Facebook juga memberitahu orang lain tentang status anda sama ada single, sudah berpunya atau tidak.

facebook
facebook

Kalau ikutkan semua maklumat peribadi anda boleh di dapati di Facebook. Tapi, makin lama Facebook sudah tidak memberi manfaat dan semakin di salah gunakan. Berikut kami berikan 7 sebab anda perlu berhenti dan tinggalkan Facebook.

1. Ia hanya membazir masa anda saja
Di anggarkan setiap pengguna akan melawat Facebook selama 17 minit dalam sehari. Jika 10 tahun, itu bermakna anda sudah habiskan masa 40 hari dengan hanya scroll, like dan comment gambar.

2. Facebook gunakan anda untuk jual barang
Pada tahun 2012, Facebook pernah memanipulasi 689,000 akaun tanpa persetujuan dalam satu eksperimen untuk mengkaji sama ada pengguna boleh terima atau tidak jika mereka membuat perubahan pada halaman Facebook mereka.

3. Facebook selalu goda anda dengan iklan
Pernah tak anda dah tekan iklan tersebut dan kemudian beli barang, lepas tu Facebook masih mengingatkan anda kembali tentang barangan yang anda sudah beli? Ramai yang rasa sangat menggangukan.

4. Facebook tak baik untuk kesihatan?
Facebook merupakan laman web yang berbahaya. Jika di salah guna ia boleh merosakkan hubungan dan emosi anda. Bila tengok orang lain lebih mesra sesetengah orang akan rasa sakit hati dan tak bahagia.

5. Siapa mereka dalam friend list anda? Ada kenal ke semuanya?
Orang dewasa biasa mempunyai 338 rakan di Facebook dan 10 peratusnya, mereka tidak tahu siapa orang-orang tersebut. Paling-paling pun mereka mungkin cuma berhubung dengan 4 hingga 5 orang rakan sahaja.

6. Facebook sentiada beri anda info palsu & tak berguna
Sekarang ni selalu jadi isu tentang maklumat atau berita yang orang selalu share di Facebook. Hampir 60 peratus semuanya palsu. Bukan tu je, tengah bosan, mula la share benda mengarut.

7. Facebook rosakkan kemahiran komunikasi anda
Bila merupakan kali yang terakhir bagi anda pergi berjumpa dengan rakan lama, saudara mara dan rakan sekolah anda? Bila anda terlalu bergantung dengan media sosial untuk membuat perhubungan, kemungkinan anda akan rasa awkward apabila berhubung dengan mereka di dunia realiti apabila berjumpa dengan muka sama muka.

Tetapi pokok pangkalnya semua adalah terpulang pada anda sendiri untuk mengunakan media sosial dengan baik atau tidak. Facebook juga bagus sebenarnya jika kita pandai manipulasi untuk kebaikkan. Mudah sahaja hanya manipulasikan 7 perkara negetif di atas kepada kebaikkan jika anda menggunakannya dengan sikit berhati-hati.

Cara Untuk Tutup Akaun Facebook Tanpa E-mel atau Kata Laluan

Anda perlu akses ke akaun Facebook anda untuk deactivate atau menutup akaun anda buat selamanya. Jika anda terlupa kata laluan masuk anda, Facebook menawarkan beberapa cara pemulihan yang bertujuan untuk menetapkan semula kata laluan anda dan mendapatkan semula akses ke akaun anda. Sebaik saja anda boleh log masuk ke akaun anda, anda boleh menutup akaun secara sementara atau buat selamanya.

Memulihkan Kata Laluan Anda

Untuk dapat kata laluan yang baru untuk anda akses ke akaun Facebook anda, boleh anda klik pautan “Lupa Kata Laluan” di skrin utama Facebook yang akan membentangkan beberapa pilihan pemulihan. Kaedah yang paling mudah adalah untuk menetapkan semula kata laluan menggunakan alamat e-mel anda. Jika anda tidak mempunyai akses ke akaun e-mel itu lagi, anda boleh memilih untuk menjawab soalan keselamatan atau mempunyai kenalan yang dipercayai mendapatkan kod keselamatan untuk anda.

Menyahaktifkan(Deactivating) Akaun Anda

Jika anda sudah log masuk ke dalam akaun anda, boleh anda klik ikon gear, pilih “Tetapan,” klik “Keselamatan,” dan kemudian pilih “Nyahaktifkan Akaun Anda.” Walau bagaimanapun, ini hanyalah cara penyelesaian buat sementara. Dengan cara ini, jika lain kali anda log masuk ke akaun anda, ia akan jadi aktif sekali lagi. Untuk menutup akaun anda buat selamanya, boleh anda lawati halaman Padam Akaun Saya (link in Resources) dan minta untuk tutup akaun anda buat selamanya.

Melaporkan Akaun

Jika anda masih tidak dapat menyahaktifkan akaun dan anda telah lupa e-mel dan kata laluan anda, anda boleh membuat laporan kepada pihak berkenaan. Boleh anda kunjungi ke halaman profil dan pilih ikon gear sedikit di bahagian bawah Cover Photo. Pilih Laporan / Blok, kemudian pilih Laporan dan sebabnya.

report block fb account

Boleh anda daftar satu akaun baru untuk buat laporan bagi padamkan akaun lama anda. Jika anda tidak ingin buka akaun baru lagi, anda boleh dapatkan bantuan daripada abang adik anda untuk menggunakan akaun mereka lakukan proses berikut.

Selepas log masuk, boleh anda terus pergi ke “Profile Page“, lepas tu pilih “Setting” – “Report/Block“. Popup seperti gambar di bawah akan ditunjukkan. Anda boleh pilih apa yang berkenaan dan klik “Send” untuk buat laporan ke Facebook.

block fb account

Jika anda tidak ada niat nak buka akaun yang baru, Anda boleh gunakan borang yang disediakan di laman Facebook untuk membuat laporan kepada pihak berkenaan.

Boleh anda klik di sini untuk tuju ke laman buat laporan seperti yang ditunjukkan di atas.

Walaubagaimanapun, ini bukan cara yang sangat berkesan untuk anda lakukan. Ia tidak ada jaminan bahawa Facebook akan tutup profil dan akaun anda. Tetapi jika anda tidak dapat tutup lepas beberapa hari, anda boleh ikut serta dengan menghubungi Facebook secara langsung di [email protected].

Facebook mempunyai proses yang tetap untuk akaun yang mempunyai masalah dan pengguna tertentu yang ingin untuk menutupnya. Pihak dari Facebook mengeluarkan semua perhentian untuk memberikan anda akses kepada akaun yang hilang, dan mereka akan membantu anda untuk menutupnya.

Oleh itu, jika anda telah kehilangan akses ke profil dari masa ke masa, dan anda ingin mengurusnya, cuba apa-apa cara saja yang anda dapat untuk melakukannya dan akhirnya anda akan berjaya untuk memulih atau menutup akaun anda buat selama-lamanya.

Artikel berkaitan:

One Comment on “7 Sebab Anda Perlu Berhenti Dan Tinggalkan Facebook!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *