7 Rutin Sebagai Seorang Blogger

Sebut rutin kita akan terbayang kepada perkara yang sama atau berulang setiap hari. Begitulah halnya dengan kehidupan seorang blogger. Mereka ada rutin yang tidak dipisahkan. Ia umpama isi dan kuku.

blogger
blogger

Ada 7 rutin yang blogger lakukan setiap hari, kalau tak pasti ada selang sehari. Paling tidak pun seminggu sekali.

1. Membaca info semasa

Blogger mesti membaca apa sahaja bahan bertulis yang bercetak maupun dari peranti elekronik. Jika tidak membaca blogger akan kekeringan idea untuk menulis blog. Tak kira apa topik sekalipun. Lebih afdal jika topik semasa yang menjadi perbualan masyarakat harian. Membaca adalah teras. Ada yang mengakui lebih banyak membaca berbanding menulis.

2. Menulis entri blog

Sebagai orang yang terlibat dengan bidang penyampai maklumat maka blogger mesti menulis entri.Sebab itu blogger harus ada minat menulis.Dengan kemahiran menulis mereka dapat menghebahkan sesuatu perkara melalui blog masing-masing.Keunikan dan stail penulisan akan membezakan blogger dengan blogger yang lain.

3. Menjawab komen para pembaca

Interaksi pihak admin dan pembaca yang memberi komen akan menghidupkan blog. Perkara ini telah menyebabkan website kurang popular berbanding blog. Ada komunikasi dua hala menarik pembaca untuk terus datang dan berinteraksi. Sebab itu Facebook menjadi pilihan utama kebanyakan kita kerana perkara ini. Blog pun tidak kurangnya juga.

4. Melakukan blogwalking

Dalam istilah lain ialah terjahan atau kunjungan antara satu blog ke satu blog yang lain. Aktiviti ini memang menyeronokkan namun agak meletihkan mata dan minda. Halangan utama kepada blogger ialah kekangan masa. Ada blogger yang melakukan blogwalking berdasarkan senarai wajib terjah. Sudah tentu ada yang melakukan blogwalking timbal balik.

5. Memberi komentar dalam blog

Blogger yang kaki komen biasanya akan menjadi Top Komentar. Mereka akan diberi insentif tunai dan layanan istimewa dari admin blog. Rutin ini saya akui bukan mudah untuk dilakukan. Musuh utama adalah masa.Kadang-kadang membaca singgah lalu jauh lebih seronok dari memberi komen dalam blog. Sebab itu menjadi pembaca senyap menjadi pilihan ramai.

6. Memeriksa akaun email

Ada banyak sebab blogger selalu semak akaun email mereka. Sebab yang jelas ialah nak tahu ada duit masuk tak? Selain itu untuk bertindak cepat jika ada tawaran review produk yang berbayar. Blogger yang baru atau lama mesti sedar perkara ini kerana email merupakan salah satu bentuk komunikasi yang mudah dan cepat.

7. Melepak dalam media sosial

Kebanjiran aplikasi media sosial sukar untuk diikuti satu persatu. Mereka yang tegar Facebook akan kurang aktif Tweeter, Instagram, Youtube dan sebagainya. Bagi blogger mereka harus untuk mengikuti salah satu media sosial supaya tidak terus ketinggalan. Dari media sosial blogger dapat menarik trafik sehingga ada blogger yang terus tenggelam berblogging .

Catatan:

Bukan mudah untuk menjadi blogger. Banyak perkara perlu untuk dilakukan supaya kejayaan berblogging itu bakal diraih. Biar mengambil namun istiqamah mesti ada.

Nantikan juga entri yang akan datang yang berkisar kepada review blog. Satu kupasan menarik dari sudut berbeza kepada dunia blogger.

Itulah yang biasa dilakukan bagi seorang blogger sepenuh masa. Sentiasa hendak mencari bahan untuk menerbitkan entri sekerap yang boleh agar sentiasa menjana trafik. Menjalinkan ikatan dengan blogwalking dan sentiasa melihat/mencari jika peluang untuk memajukan blog atau pendapatan.

Kalau full-time blogger memang digalakkan untuk buat semua ni! Tapi kalau sesekali timbul blogger ni memang tak larat lah nak buat semua. 7 rutin tu mmg gilir-gilir lah kena sacrifice tiap-tiap hari. Kalau blog walking, mungkin tak ada masa yang lebih untuk buat posting. Kalau jawap komen pula, mungkin tak lepak di media sosial. Inilah masalah bagi sesetengah blogger yang mereka perlu fikirkan cara untuk seimbangkan semua ni.

3 Cabaran Utama Blogwalking

Apabila kita sebut tentang blogwalking, terdapat ramai orang yang akan geleng kepala dan kebanyakan cuma tidak ingin nak buat demikian. Ini adalah disebabkan kerana blogwalking adalah satu aktiviti yang boleh mencabar keupayaan mereka. Ada ramai orang yang rasa ia merupakan satu aktiviti yang meletihkan dan perlu tenaga minda yang luarbiasa.

Blogwalking
Blogwalking

Namun ada juga yang suka akan aktiviti ini. Ada juga blogger yang buat setiap hari, seminggu sekali dan pasti juga ada sebulan sekali. Lebih dari tu tak taulah saya pula. Kepada rakan-rakan yang ingin buat blogwalking saya ada 100 senarai blog yang boleh diterjah.

Dalam satu sudut lain, blogwalking merupakan aktiviti yang menarik, menyeronok dan memberi kepuasan yang tersendiri. Oleh kerana ia boleh menjadi sesuatu aktiviti yang hebat, maka cabaran juga tak kurang hebatnya.

Mari kita teliti cabaran tersebut satu persatu seperti yang tertera dibawah ini:

1. Kekangan masa

Masa adalah cabaran paling utama.Kehidupan blogger bukan sekadar online sahaja. Mereka ada tugas hakiki setiap hari. Masa bersama keluarga, rakan-rakan dan paling penting masa untuk Allah SWT. Jangan hairan ada yang tidak mampu buat blogwalking walaupun hanya 10 buah blog.

Saya percaya ada yang tidak menjadikan kekangan masa ini sebagai alasan. Mereka tetap curi masa sendiri untuk buat blogwalking ke atas blog yang diminati. Golongan ini saya gelar sebagai blogger tegar yang aktif dan awesome.

Bagi saya, saya ada susunkan masa tertentu untuk blogwalking dan beri komen di blog lain. Kalau tak setkan susah saya nak terjah kembali. Terkadang ada miss juga tapi tak apa buatlah asal ada masa jangan paksa sudahlah.

2. Komitmen lain

Blogger di Malaysia ramai yang masih menjadikan kerjaya ini sebagai separuh masa sahaja. Kerjaya utama mereka tetap berjalan seperti biasa tanpa gangguan. Atas prinsip ini blogger ada komitmen lain yang lebih penting seperti penulisan entri, membuat kajian, mencari bahan dalam Facebook dan 101 macam lagi komitmen.

Lebih mengharukan lagi ada blogger yang melihatkan aktiviti blogwalking kurang menguntungkan berbanding urus perniagaan online. Jadi lebih baik buat blog dan lupakan soal blogwalking.

3. Akses internet perlahan

Jika 5 tahun dahulu capaian internet memang perlahan. Jadi selepas 5 tahun tak akan masalah capaian internet masih perlahan. Jika ia berlaku pun pihak penyedia komunikasi lebih fokus buat untung berbanding hendak meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Saya pernah berkali-kali menghadapi senario sebegini. Akses terlalu perlahan menyebabkan kita tak seronok blogwalking. Masa lebih banyak menunggu berbanding membaca kandungan entri. Akhirnya kita batalkan sahaja niat dan lepak kat blog sendiri tanpa pergi ke mana-mana. Ok juga begitu kan.

Akses internet perlahan selalu jadi kekangan untuk aku blogwalking. Aku biasanya akan blogwalking pada blog yang ada kemaskini entri. Dan juga kunjung balik di blog yang tinggalkan komen di blog aku.

Catatan:

Kini terpulang kepada blogger itu sendiri. Jika mahu blogwakling maka ada hasilnya. Sekiranya tak nak buat pun tak apa. Mungkin mengalah dengan cabaran di atas maka tak ada sesiapa yang berhak untuk mempertikaikannya. Tepuk dada dan tanyakan iman.

Jika blog masih tahap belum cukup kukuh dan stabil, maka blogwalking adalah perlu, jika tidak blog anda akan sunyi dari sebarang komen dan tetamu.

Malas boleh dilawan kalau tahu blogwalking itu besar ganjaranya..apa-apapun saya sebenarnya puas dan lega jika ramai yang bagi komen kat blog kita. Tapi sebelum itu kita pergi ke blog orang untuk buat komen.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *