7 Rahsia Penulisan Entri Berkualiti

Jantung kepada sesebuah blog ialah kandungan entri yang berkualiti yang ditulis dalamnya. Tanpa sebarangan entri, sesebuah blog itu akan menjadi kosong dan tidak ada nilai langsung diberikan untuk para pembaca yang mengunjungi ke laman kita. Malah enjin pencari pun rasa segan mengenali blog kita.

blogging idea
blogging idea

Di sini saya ingin berkongsi bersama anda bahawa terdapat 7 rahsia yang telah terbongkar untuk penghasilan entri yang berkualiti. Mari kita semak bersama-sama:

1. Menyelesaikan masalah sejagat

Hampir semua pembaca adalah sangat dahagakan maklumat yang boleh membantu mereka mengatasi masalah kehidupan. Tujuan mereka melawat ke blog yang terdapat di dalam internet ada dengan pelbagai sebab. Namun sebab utama bagi kebanyakan orang adalah mencari maklumat yang berguna untuk menyelesaikan masalah mereka. Contohnya maklumat untuk menambah pendapatan dan juga maklumat tentang macam mana untuk selesaikan sesuatu masalah yang sedang mereka menghadapi.

2. Idea yang asli

Entri akan terserlah keasliannya jika penulisan dari blogger itu tidak ada unsur plagiat. Tidak ada copy dan paste dari mana-mana sumber. Hakikatnya idea yang berlegar dalam blog bukanlah perkara baru. Ia hanya nampak asli jika ditulis dengan olahan ayat sendiri. Bahkan lebih memberi kepuasan pembaca jika kena pada tempatnya.

3. Bahasa mudah difahami

Kemahiran menulis bukan datang sehari dua. Ada yang bertahun-tahun untuk berjaya menulis dengan baik. Oleh demikian gunakan bahasa yang mudah. Tidak berbelit dan menggunakan istilah yang biasa dalam hidupan harian. Lainlah untuk menulis karya sastera klasik seperti Hikayat Hang Tuah.

4. Ayat yang pendek

Kelebihan menggunakan ayat pendek boleh mengurangkan kesalahan tatabahasa. Idea mudah disampaikan dengan ayat yang pendek. Tahap pemahaman pembaca juga pelbagai. Ada yang cepat dan sebaliknya. Malah ada yang mampu mentafsir dalam entri dengan mendalam melalui ayat pendek.

5. Mengurangkan kesilapan ejaan

Nampak remeh temeh soal ejaan ini. Namun kesalahan ejaan boleh mencacatkan entri itu sendiri. Terdapat pembaca yang akan ada yang perasan. Mereka akan beranggapan bahawa penulis blog bukan seorang blogger yang serius tentang apa yang ditulis oleh mereka. Jadi intipati idea kita turut dianggap sambil lewa. Kesannya mereka sukar untuk menjadi pengunjung buat kali kedua dan seterusnya.

6. Tidak merendahkan para pembaca

Perlu diingatkan bahawa ketinggian ilmu pengetahuan kita tidak boleh sekali-kali untuk memandang rendah kepada orang lain terutamanya para pengunjung. Kita tidak tahu mereka jauh lebih hebat dari kita. Langkah terbaik tulis dengan ikhlas dan terima hakikat bahawa diri kita lebih rendah berbanding orang lain. Tidak bermaksud pula merendah-rendahkan diri sendiri.

7. Tidak mengkritik peribadi pembaca

Tiada sesiapa yang suka kalau peribadi kita diselongkar untuk bacaan umum. Entri yang bersifat mengumpat dan mengadu dumba menyebabkan pembaca merasa mual dengan pemilik blog. Lainlah kalau artis kerana entri begini menjadi sensasi. Kesukaan orang ramai. Hanya dengan mengkritik dapat menampakkan kelebihan kita. Tak gitu.

Blogger yang bijak pasti menggunakan 7 rahsia di atas dalam penghasilan yang entri yang berkualiti. Mereka memikirkan kepentingan orang lain dahulu sebelum memikirkan kepentingan diri sendiri.

Lepas sudah terbongkar rahsia tu. Harap semua blogger boleh dapat memanfaat dengan penulisan ini. Sebenarnya memang biasa bagi blogger buat benda yang sama. Terutamanya pada bahagian dapat idea untuk penulisan. Adalah baik bagi kita merangkak-rangkak belajar untuk mengeluarkan hasilkan nukilan sendiri. Walaupun mungkin terasa payah, itu boleh jadikan sebagai cabaran bagi kita semua yang baik.

5 Panduan Hebat Untuk Mendapat Idea Menulis Blog

Aktiviti menulis blog bukan perkara semudah yang disangkakan. Otak perlu dikerah untuk mencari idea dan ilham. Sungguhpun banyak perkara hebat yang berlaku disekitar kita boleh dijadikan bahan entri. Cabarannya ialah menterjemah ke dalam perkataan untuk membentuk sesuatu yang bermakna kepada pembaca.

menulis blog

Hasil pemerahan otak selepas solat sunat tarawih, saya cuba menyenaraikan 5 panduan untuk mendapat idea menulis blog jika terdapat penulis blog yang selalu kekurangan idea dan tidak tahu apa tajuk yang patut untuk menulis.

1. Ketenangan jiwa

Jiwa yang tenang boleh membahagiakan. Hasil ketenangan tadi kita beroleh pelbagai idea yang hebat dan menarik. Secara ringkasnya biarlah kita menulis ketika rasa bahagia dan tenang. Jangan sewaktu marah, sedih, kecewa, tertekan dan keletihan. Jika nak menulis juga akan menghasilkan entri sebagaimana apa yang kita rasakan ketika itu.

2. Jalan-jalan ambil angin

Luaskan pandangan mata ke luar rumah. Perhatikan satu persatukan gelagat manusia yang berurusan dengan kita. Tulis untuk mengetengahkan moral of story. Cara begini amat berkesan kerana manusia itu sendiri suka cerita tentang manusia yang lain. Saya berpandangan demikian kerana suratkhabar masih suka dibaca manakala Buletin Utama TV3 tetap menjadi tontonan rutin rakyat Malaysia. Di samping itu, kalau nak cari idea menulis artikel banyakkan baca status facebook rakan-rakan juga.

3. Membaca buku

Seorang penulis buku wajib membaca buku seberapa banyak yang mungkin. Jika dia tidak baca buku bagaimana dia nak dapat idea untuk menulis buku. Situasinya sama juga dengan blogger. Kini terdapat banyak buku termasuk ebook untuk dibaca sebagai bahan penulisan blog.

Jika blogger ada kemampuan sila buat pelaburan untuk membeli ebook. Banyak ilmu SEO yang wajib diketahui para blogger untuk berjaya. Contohnya ebook dari ideabiznet iaitu Ebook Percuma dengan Teknik Buat Duit.

4. Menyertai kontes

Kontes yang dianjurkan merupakan senjata serampang dua mata. Penulisan kontes diberi panduan khas. Lebih mudah untuk kita menulis seperti yang dihendaki para penganjur. Faedah kedua ialah memperkenalkan blog kita sesama para peserta kontes.

Jadi wujud jaringan maya secara langsung. Melalui kontes juga kita bersemangat memikirkan idea untuk menulis blog apabila terkenang hadiah RM500.

5. Melakukan blogwalking

Sebagai blogger yang ingin berjaya aktiviti blogwalking adalah satu kefarduan. Pelbagai manfaat dan faedah kita perolehi melalui blog-blog yang kita lawati.

Perlu kita ingat kebanyakan blogger yang serius telah menggorbankan banyak masa berkualiti mereka semata-mata mencari bahan penulisan blog. Melalui blogwalking idea untuk menulis blog akan datang mencurah-curah.Kenapa tak percaya?

Salah satu cara lagi adalah dengan explore “interests” kita. Daripada interest itu boleh juga dijadikan bahan entri. Kadang-kala pembaca bukan mahukan penulisan professional sekadar pandangan peribadi penulis berkenaan sesuatu topik sudah memadai.

Tetapi pandangan peribadi tu mestilah ikut garis panduan yang sepatutnya. Tak bolehlah main hentam bagi pandangan suka hati, kena tangkap pula nanti.

Segalanya bermula dengan jiwa..jiwa yang gembira, jiwa yang bahagia secara automatik idea tu datang dengan sendiri..ni saya lah..kalau orang lain mungkin lain caranya.

Saya akui menulis blog satu cabaran yang hebat. Saya tidak akan terbitkan entri jika ia tidak memberi manfaat kepada pembaca. Namun lain padang lain belalang, lain orang lainlah pula “tembelangnya”.

Jalan-jalan ada juga tapi sllu nak tulis kurang sikit nak menggorengnya kalau kraf sekarnag makin laju pula. Tetapi tak tentu masa idea datamg terkadang hok masa tidur dia boleh menjelma..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *