6 Teknik Untuk Membaca Pantas Entri Blog

Membaca entri blog dengan buku jauh berbeza. Sudah tentu kepenatan otak berganda dengan membaca blog. Ini kerana blog perlu dibaca melalui peranti elektronik yang ada radiasi berbanding buku menggunakan helaian kertas.

Ketahuilahlah teknik membaca pantas dapat mengatasi masalah ini. Saya percaya ramai blogger prihatin untuk menjaga kesihatan mata dan minda. Jadi teknik ini boleh dijadikan panduan. Suka diingatkan bahawa tidak semua teknik yang disarankan sesuai untuk semua orang.

baca pantas
baca pantas

1. Baca tajuk dan komen para pelawat

Baca tajuk sudah cukup untuk menceritakan keseluruhan isi kandungan entri. Perhatikan juga komen para pelawat yang berkualiti. Mereka akan komen berdasarkan kefahaman mereka.Dengan membaca komen mereka seolah-olah kita membaca entri blog tersebut.

2. Baca perenggan pertama dan terakhir sahaja

Jika penulis blog tersebut berpengalaman tentu dia akan meletakkan idea utama atas sekali. Selepas itu dia meletakkan rumusan dalam bahagian akhir. Membaca idea utama dan rumusan sudah cukup untuk kita memahami keseluruhan entri blog ini. Itu pun bergantung kepada tahap kegeniusan anda dalam dunia pembacaan blog.

3. Tengok gambar sahaja dan buat tafsiran sendiri

Memang benar gambar dapat menceritakan sesuatu lebih baik dari 1000 patah perkataan. Sekarang ini ada blog yang kurang penulisan tetapi lebih kepada gambar. Bonus untuk para pelawat untuk komen tentang gambar sahaja. Terutama ada segmen Wordless Day.

4. Baca isi penting yang tidak menggunakan perenggan

Entri blog yang memaparkan teknik, petua, rahsia, panduan dan tip biasanya akan menyenaraikan isi-isi penting mengikut nombor. Apa tunggu lagi baca sahaja mengikut turutan nombor. Tidak perlu baca huraian jika sudah faham. Kalau nak baca juga terpulang kepada tahap kerajinan sendiri.

5. Baca sepintas lalu tanpa menyebut perkataan melalui hati atau mulut

Teknik membaca pantas begini memerlukan latihan yang intensif. Memang agak sukar dan tidak pula mustahil. Dalam blog boleh juga dipraktikan jika sudah mahir. Tukar zoom skrin laptop atau komputer supaya lebih besar. Ini kerana kita tidak membaca sepatah demi sepatah perkataan sebaliknya ayat demi ayat sekaligus.

6. Elakkan membaca blog yang ada iklan pop-up

Tidak dinafikan blogger memerlukan duit dari pengiklanan. Namun jangan memaksa pelawat untuk klik link tersebut. Biasanya iklan pop-up akan menghalang kita untuk membaca entri selanjutnya. Setelah diklik kita akan dibawa pula ke laman web pengiklan. Sudah tentu masa kita akan terbuang kecuali kita memang menginginkan produk yang diiklankan.

Bagi keramaian orang, memang ambil masa bagi mereka untuk habis baca artikel bagi sesebuah blog. Nak betul-betulk faham lagi satu hal, jadi terdapat banyak pembaca tidak ingin baca blog yang tulis dengan artikel yang sangat panjang. Juga, dengan sebab itu blog yang tulis secara santai mendapat perhatian ramai.

Sesetengah pembaca tidak suka blog yang mempunyai pop-up sebab ini boleh menjadi satu kacau untuk mereka baca blog itu. Kalau tengok pun kira baca jugakan sebab masa buka blog akan meleju anak mata pada tajuk sesebuah blog.

Bagi penulis yang pro, mereka boleh tulis satu ayat saja tapi dapat menyampaikan maksud keseluruhan entri.

Itu teknik bacaan santai untuk tulisan yang tidak menjadi kegemaran kita. Kalau tulisan menarik dan menepati apa yang kita cari, mungkin kena baca semua. lagipun tulisan di blog tak setebal macam baca buku, mungkin hanya sekadar 0.01% saja daripada buku.

Jadi, teknik yang dibincangkan di atas berguna jika sudah terlalu sibuk dan tak cukup masa untuk online. Kesimpulan, speed reading sesuai diamalkan untuk membaca bahan yang tak masuk dalam peperiksaan. Practice make perfect.

Artikel berkaitan:
5 Asas Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya

One Comment on “6 Teknik Untuk Membaca Pantas Entri Blog”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *