6 Ciri-Ciri Blogger Poyo

Hari ni aku nak bercerita mengenai ciri-ciri blogger poyo. Sebab kebelakangan ni banyak sangat blogger yang suka mendabik dada dan bercerita mengenai kehebatan blog sendiri padahal blog bukan berapa hebat pun. Dah la suam-suam kuku, ada hati nak condemn blog orang lain. Apa barang. Aku pun tak nak bagi intro panjang-panjang, baik terus mula dengan ciri-ciri blogger poyo kita sekarang.

blogger poyo

1. Suka cakap tak serupa bikin

Yang ini biasa sangat aku jumpa. Memang poyo sejati. Cakap kat entri dalam blog dia pung pang pung pang itu bagus ini tak bagus tapi dia sendiri tak amalkan pun kat blog dia. Contohnya dia cakap background gelap sakit mata nak membaca. Tapi blog dia sendiri pun background gelap. Macam mana tu? Lagi satu suka cakap jangan buat entri 18sx untuk tarik trafik sebab kalau dapat duit nanti haram. Tapi blog dia sendiri penuh dengan gambar orang telanjang. Apahal? Sekurang-kurangnya buat dulu apa yang dicakapkan. Kalau rasa benda tu bagus boleh la kongsi dengan blogger lain. Kan sharing is caring. Ini tak. Cakap lain buat lain. Tak kena la kan.

2. Suka mengkritik blog lain

Yang ni pun aku selalu jumpa. Bila dia bagi komen kat blog orang lain ada je benda yang dia tak puas hati. Jangan pakai lagu kat blog la. Jangan tulis tanpa perenggan la. Jangan buat entri panjang sangat la. Jangan duk bercerita mengenai benda-benda peribadi la. Jangan itu jangan ini. Kalau teguran membina secara berhemah tak apa malah digalakkan untuk sama-sama maju dalam dunia blog. Tapi ni buat ayat sampaikan tuan punya blog berkecil hati. Seolah-olah dia seorang je la blogger paling sempurna di dunia. Untuk diorang ni satu je aku nak cakap. Kalau rasa tak tahan duduk kat satu-satu blog tu, dan tak boleh nak tegur dengan elok dan berhemah, terus pandang tanda pangkah kat bucu atas sebelah kanan. Nampak kan? Guna la sebaik mungkin.

3. Suka berlagak

Yang ni pun satu. Semua yang dia buat semuanya terbaik. Dalam entri kat blog dia mesti ada benda yang dia nak meninggi diri. ‘Hari ni aku dapat 100 buffered’, ‘trafik blog aku dah 1 juta sehari’, ‘komen kat blog aku sekurang-kurangnya 1000 bagi setiap entri’, ‘alexa rank aku dah cecah top 10’. Bagi aku tak payah la berlagak. Sangat terserlah kepoyoan tu. Berkongsi tak apa tapi jangan ada unsur-unsur riak. Korang yang baca entri macam tu korang boleh bezakan yang mana ikhlas yang mana nak menunjuk-nunjuk kan?

4. Suka bagi tips tanpa bukti kukuh

Okey korang jangan silap faham. Bagi tips tak salah. Sikit pun tak salah. Aku suka blog tips sebab kat situ aku boleh belajar banyak benda baru. Aku sendiri pun banyak buat tips merapu. Haha! Masalah timbul bila tips tu tak tercapai dek akalmu. (apa aku mengarut ni). Maksud aku korang boleh buat tips macam mana nak tingkatkan alexa rank tapi pastikan blog korang alexa ranknya sedap mata memandang. Ni alexa rank berjuta-juta lemon tapi bagi tips tingkatkan alexa. Macam mana tu? Sama jugak macam kat komen atau kat trafik. ‘Tips tingkatkan komen’ tapi kat blog sendiri komen ada 1 atau 2 je. ‘Tips tingkatkan trafik’ tapi trafik nak dapat 100 sehari pun jenuh berblogwalking. ‘Tips dapat buffered earning’ tapi blog sendiri tak pernah dapat buffered pun. Jadi? Ukur la blog di laptop sendiri.

5. Suka copypaste dan mengaku itu hasil karya sendiri

Siapa tak pernah terbaca pasal entri copypaste angkat tangan? Aku yakin korang mesti pernah jumpa tuan punya blog yang memaki hamun si pengopypaste sekurang-kurangnya sekali sepanjang berblogging kan? Kalau tak pernah boleh tanya aku. Nanti aku bagi la mana-mana blog yang ada entri macam tu. Haha! Yang ni pun salah satu ciri-ciri blogger poyo. Buat la entri sendiri. Kat sekolah rendah dulu kan cikgu ada ajar macam mana nak buat asas karangan. Kat sekolah menengah lagi advance cikgu ajar buat karangan 350 patah perkataan. Kat universiti lagiiii advance pensyarah ajar buat citation (apa dalam bm ar?) untuk hasil karya orang lain. Jadi atas sebab apa perlu copypaste dan mengaku itu hasil karya sendiri?

6. Suka menghina blog personal

Yang ni pun salah satu ciri-ciri kepoyoan jugak. Ada seorang blogger ni yang aku pernah terbaca entri dia, dia duk pertikaikan kenapa banyak sangat blog berunsur personal terutama dari blogger perempuan. Dia cakap dia cukup menyampah blog personal ni. Entri entah apa-apa tapi follower ramai, pagerank dengan alexa rank tinggi, komen pun banyak, dapat buffered dari nuffnang lagi. Sedangkan entri tak bermanfaat langsung. Tak macam blog dia yang sungguh bermanfaat. Hari-hari buat entri letak gambar 18sx. Bagi dia ni aku nak berpesan. Kalau semua blog kena ikut cara blog ko maka aku takkan berblogging kerana dunia blog itu sungguh membosankan. Kenapa? Sebab semuanya perlu sama. Faham maksud aku? Dia ala-ala rambut sama hitam hati lain-lain la. (aku mengarut lagi).

Cukup la 6 tu. Aku dah habis idea dah. Sekarang ni aku nak bagitahu pulak. Entri ni aku buat bukan nak tuju kat siapa-siapa pun. Entri ni lebih kepada peringatan untuk diri aku sendiri supaya jangan jadi blogger poyo. Bagaimana? Contohnya nanti kalau aku nak condemn blog orang aku akan ingat balik aku pernah buat entri ni dan harap-harapnya aku takkan condemn blog orang tu sesuka hati.

Macam mana pulak kalau ada yang terasa? Kalau terasa tu aku mintak maaf la. Bukan aku yang salah tapi korang yang salah sebab tu korang terasa. Haha! Jadi kalau ada yang berperangai macam kat atas tu sila la berubah. Jadi la blogger yang tahu menghargai hasil karya orang lain, suka merendah diri, dan berkongsi dengan cara yang betul. Amalkan gaya berblogging yang sihat.

p/s : aku rasa macam ada lagi je ciri-ciri blogger poyo. Kalau korang nak tambah silakan. Kecik ruang komen ruang entri aku tadahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *