Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

6 Cara Cepat Hamil

Mungkin sudah banyak tahun anda cuba mengelakkan diri daripada hamil tetapi anda mahu ia berlaku dengan secepat mungkin sebaik sahaja anda bertekad untuk mengandung!

Terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk mempertambahkan peluang anda untuk mengandung dalam masa yang tersingkat.

cara cepat hamil

cara cepat hamil

Ini bukan sains yang tepat tetapi jika anda berumur kurang daripada 35 tahun, dalam keadaan sihat dan kerap mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan, kehamilan sepatutnya terjadi dalam masa 6 bulan ke setahun. Berikut adalah 6 kaedah yang dapat membantu anda untuk hamil dengan cepat.

1. Mendapatkan pengaturan masa yang tepat

Hanya terdapat 6 hari dalam sebulan yang mungkin dapat menghasilkan kehamilan dengan hubungan seks: lima hari sebelum dan hari berlakunya ovulasi (rujuk kepda calendar kesuburan kami). Anda boleh mengadakan hubungan seks setiap hari atau selang satu hari semasa waktu kesuburan anda – secara umum, peluang untuk kehamilan adalah sama, jadi buatlah apa yang anda rasa paling baik untuk anda dan pasangan anda.

2. Memahami hari-hari kesuburan anda

Tak kira seberapa kerap anda dan pasangan anda bersetubuh, tapi jika anda terlepas hari-hari utama pada setiap bulan di mana ovum anda sudah bersedia untuk persenyawaan, anda tidak akan dapat mengandung. Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh kebanyakan wanita adalah tidak mengetahui secara tepat bila mereka ovulat.

3. Senaman bersama

Penjagaan kesihatan adalah cara terbaik untuk meningkatkan kesuburan anda. Jika anda tidak biasa dengan senaman, mulakan dengan menambah lebih banyak pergerakan ke dalam kegiatan seharian anda. Sebagai contoh, anda boleh cuba turun di perhentian bas yang selang satu perhentian dengan yang asal, atau mengunakan tangga sebagai gantian penggunaan lif. Anda juga boleh menikmati kelas tarian, atau berjoging bersama-sama dengan pasangan anda.

4. Bersetubuh dalam pengaturan masa yang baik

Apabila anda sedang cuba untuk mengandung, anda akan sentiasa mendapat galakan untuk bersetubuh di atas katil. Tetapi, sama seperti semua perkara yang lain, perkara baik yang berketerlaluan boleh menjadi perkara buruk. Para pakar menyatakan cara terbaik untuk dapat mengandung dengan cepat adalah bersetubuh sekali dalam sehari, setiap selang satu hari, semasa masa kesuburan anda sebelum dan selepas ovulasi. Sekiranya anda kerap bersetubuh, bilangan sperma pasangan anda mungkin menurun, sebaliknya jika anda tidak melakukan hubungan seks yang sepatutnya, sperma menjadi tua dan tidak dapat berenang dengan secepat mungkin.

5. Pengurangan kafein

Pengambilan kafeinayang terlalu banyak boleh mengehadkan kesuburan anda. Cuba sasar tidak melebihi daripada 500mg sehari. Ini bersamaan dengan lima cawan jika anda membru kopi anda di rumah. Tetapi, jika anda mengambil kopi anda di kedai kopi tempatan, hidangan Latte atau Cappuccino sebanyak 16-auns harus menjadi had anda untuk hari tersebut. (Juga boleh rujuk ke artikel ini untuk makanan yang perlu dielakkan semasa mengandung)

6. Mencapai kemuncak kepuasan syahwat

Walaupun puncak syahwat wanita tidak begitu penting dalam penghamilan, tapi ia pasti dapat membantu anda untuk mengandung. Ramai pasangan tidak menyedari bahawa cara persetubuhan mereka adalah penentu kehamilan pasangan mereka. Ini bererti anda harus kerap bersetubuh sepanjang kitaran haid, and bersetubuh sekali setiap hari selama 5-6 hari semasa hari kesuburan anda dengan posisi suami di atas (missionary position) yang lebih baik.

Elakkan posisi wanita di atas. Graviti akan menyebabkan sperma meleleh keluar dengan posisi ini. Cuba meletakkan bantal di bawah pinggul anda untuk memudahkan pergerakan sperma ke bahagian atas yang juga dapat mengekalkannya di dalam dengan lebih lama. Jangan bangun selepas hubungan seks. Cuba berehat dan membenarkan sperma tinggal di dalam faraj selama yang mungkin.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh