5 Tips Balik Kampung Sempena Hari Raya

Budaya balik kampung sudah menjadi sesuatu kemestian kepada sebahagian besar rakyat di negara ini. Tak kira sama ada sesebuah keluarga tinggal jauh atau dekat, menjelang Hari Raya bagaikan pesta untuk semua keluarga balik kampung.

Pada masa itu, memang terdapat banyak kenderaan yang berada di jalan raya. Begitu juga manusia berpusu-pusu menggunakan pengangkutan sendiri mahupun pengangkutan awam untuk balik ke kampung masing-masing.

Pesanan saya kepada diri sendiri dan pembaca yang disayangi supaya tingkatkan tahap wasapada ketika memandu. Jangan layan perasaan 100 peratus tetapi fokuskan kepada pemanduan kereta. Jiwa selamat hidup pula berkat. Itu adalah apa yang saya dan kalian semua nak, bukankah?

hari raya balik kampung

Jadi, di sini terdapat beberapa tip yang saya ingin kongsikan supaya kalian semua dapat meriakan Hari Raya dengan sepenuh hatinya.

1. Pastikan keselamatan rumah dengan sempurna

Sungguhpun kita tak fikir sangat tentang perkara yang buruk akan berlaku, namun adalah lebih baik untuk kita sentiasa berjaga sebelum terkena dengan sesuatu yang kita tidak ingin ia dilakukan.

Suis elektrik yang tidak digunakan dalam rumah perlu ditutupkan sebelum kita tinggalkan rumah. Pasang lampu sama ada di dapur atau porch kereta. Jika ada mangga dan kunci tambahan gunakan sahaja supaya menyukar si pencuri pecah masuk rumah. Jangan lupa pesan dengan jiran atau telefon polis untuk memaklumkan kalian akan pulang ke kampung.

2. Servis kenderaan sebaik yang mungkin

Hantar sahaja kereta anda ke bengkel atau kedai servis kereta yang boleh anda percayai. Memang tindakan ini memerlukan belanja tetapi soal keselamatan dan nyawa langsung tidak boleh dikompromi. Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian dah tak berguna.

Orang kata beringat sebelum kena. Malah servis kereta boleh memberi ketenangan fikiran ketika dalam perjalanan terutama perjalanan yang mempunyai jarak jauh. Jika kereta berada dalam keadaan yang baik dan boleh dipandu dengan lancar, maka minyak pun boleh dijimatkan.

3. Pemandu perlu rehat yang mencukupi

Seandainya si suami jadi pemandu maka elok sangat untuk tidur awal. Abaikan keperluan yang ‘gitu-gitu’ agar lebih fokus dan kurang keletihan. Sekiranya ada juga jangan terlalu agresif pula. Dah Full stop. Sebagai pemandu jarak jauh perlu ada pembantu supaya keletihan tidak terasa sangat. Lebih baik bertukar-tukar pemandu supaya masa rehat mencukupi. Orang kata tak boleh memandu selama 5 jam berterusan.

4. Pandu secara berhemah tanpa berlagak samseng

Satu sikap pemandu di negara kita yang kurang manis dipandang ialah berlagak samseng. Mereka bertindak angkuh dengan memandu laju, memotong tanpa isyarat dan menukar laluan sesuka hati. Pemandu yang lain menjadi mangsa ejekan kerana tindakan samseng mereka itu.

Perlu ingat memandu secara berhemah akan dipuji dan didoakan oleh pemandu lain untuk masuk syurga. Sebaliknya pemandu samseng akan didoakan oleh pemandu yang teraniaya akan menjadi pendek umur dan tiada ketenangan dalam hidup mereka.

5. Reload kredit telefon ikut keperluan

Ada sesiapa tak yang boleh hidup sorang-sorang tanpa keluarga, teman dan rakan perjuangan. Sudah tentu tidak. Maka dengan itu kalian amat digalakkan reload kredit telefon dengan mencukupi supaya kat kampung tak tercari-cari kedai reload.

Juga anda perlu pastikan kampung anda mempunyai talian telefon yang cukup kuat untuk anda terima signal data supaya internet boleh dijalan dengan lancar. Jika tidak, maka balik kampung telefon tidak dapat pakai untuk muat naik gambar-gambar ke media sosial nanti.

Dengan kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin kepada pembaca blog ini dan rangkaian blog rakan-rakan yang lain.

Baca juga: Tips untuk jimat cermat di Hari Raya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *