5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog

Dalam usaha saya menjalankan misi Kaji Selidik Backlink Melalui Blogwalking secara tidak langsung saya telah mendapat idea untuk memberi komen berkualiti kepada blog lain.

Tujuan kita meninggalkan komen dalam blog orang lain adalah untuk memberitahu admin blog itu bahawa kita ada membaca, faham dan sudi berinteraksi dengan blog mereka. Namun adalah lebih baik jika komen yang diberikan itu bukan sekadar melepas batuk di kepala tangga.

Bagi Komen Yang Bertambah Nilai

Dalam erti kata lain bukan komen cincai atau sembrono yang macam komen spam saja seperti artikel yang baik, amat bermanfaatkan, terima kasih atas tips yang diberikan, dan banyak lagi. Semua ni cuma komen yang tidak bernilai dan biasa saya akan taruh dalam spam saja.

Sebagai penulis entri kita dapat kenal pasti komentator yang hadir ke blog kita itu bagaimana. Sama ada dia betul-betul faham atau sekadar ala kadar saja melalui komen yang ditingglkan.

Komen yang anda beri kepada blog orang lain adalah baik jika boleh bertambah nilai ke atas artikel yang diberikan. Mungkin anda mempunyai pendapat yang berlainan atau anda mempunyai maklumat yang tidak dilindungi dalam artikel itu, maka anda boleh sebut dalam komen.

Macam ini admin blog itu akan menghargai dan ambil berat tentang komen anda  dan peluang yang tinggi admin blog akan luluskan komen anda.

blog comment
blog comment

Selepas banyak buat komen di blog orang lain, saya telah mengenalpasti 5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog ketika kita melakukan blogwalking mahupun membalas kunjungan rakan blogger.

Sekarang biar saya kongsikan 5 petua ini dibawah supaya anda dapat sikit idea macam mana dapat memberi komen yang bermanfaat kepada blog orang lain.

1. Ada kaitan dengan entri

Maksudnya kita ada membaca entri dalam blog tersebut. Kita memahami dan memberi reaksi sama ada bersetuju atau tidak. Komen yang kita berikan itu tidak terpesong dan masih berada dalam landasan sebenar. Bukan ke laut sebagaimana istilah para blogger ketika ini. Kalau komen tak ada kaitan dengan entri maksudnya dia tak baca pun entri tersebut. Jadi, sebelum nak komen kena la baca dan hadam dulu mesej yang ingin disampaikan.

2. Soalan yang berkaitan

Ada blogger yang memberi komen dalam bentuk soalan kerana mereka kurang faham tentang topik yang ditulis. Malahan ada blogger yang sangat berminat lalu ingin maklumat lanjut. Kaedah berbentuk soalan begini dapat kita kategorikan komen berkualiti.

3. Menyelit kata kunci

Komen begini cukup bagus kerana kata kunci yang digunakan menggambar blogger terbabit bijak SEO dan pandai ambil hati pihak admin blog. Jika admin dah suka maka secara sukarela dia melakukan kunjungan balik secepat yang mungkin.

4. Ayat komen lebih 10 patah perkataan

Memang tidak dinafikan termasuk saya menulis komen seringkas yang mungkin. Jika terlalu ringkas bagaimana penilaian rakan blogger terhadap komentar tersebut. Jangan-jangan sekadar singgah ke ruangan komen dan terus tinggalkan backlink. Tentu tidak adil kerana penat-penat blogger memerah minda untuk tatapan pembaca, tetapi ada orang buat teknik komentar dan beredar.

5. Pendapat yang bernas

Tidak semua kita dianugerahkan minda yang cerdas dalam mengemukakan pendapat. Ada dikalangan kita termasuk saya sendiri tidak dapat berfikir dengan baik. Kesannya pendapat yang ditinggalkan dalam ruangan komen suam-suam suku. Namun kita perlu berlatih supaya cara pemikiran kita mengeluarkan idea yang bernas juga jika berusaha memberi komen berkualiti.

Baca juga: Apa itu niche dalam blog?

Catatan:

Cara kita meninggalkan komen secara langsung memberi imej kepada blog yang kita miliki. Jadi wajib kita taruh sedikit masa berusaha sedaya upaya untuk meninggalkan komen yang berkualiti. Sebabnya komen yang kita tinggalkan itu telah menjadi rekod kepada blog terbabit.

Kita juga mesti ingat bahawa catatan yang ada dalam blog itu boleh diakses sampai bila-bila sekiranya blog tersebut masih aktif. Ia akan menjadi rujukan bagi generasi yang akan datang.

Sesetengah mungkin fikir tiada yang betul dan salah dalam menyuarakan pendapat. Panjang atau pendek dan sebagainya…tetapi sebagai manusia, empunya blog pasti punya perasaan dan inginkan feedback dan sesuatu yang bernas dari readers tapi jangan terlalu mengharap kerana tidak semuanya mempunyai niat sama tatkala singgah di blog anda. Yang penting adalah penerimaan anda beryukur dan hargailah mereka.

Ruangan komen memang sesuai bagi reader nak berkomunikasi dengan author. Kalau blog tu dah popular, memang susah nak tengok komen diluluskan. Yang penting jangan spam.

Kalau kita beri komen, haruslah mempunyai kesungguhan. Bahasa mudahnya supaya nampak sikit hargai penulis yang memusing tengkok memikir penulisan mereka. Jadi, kalau diaplikasikan semua tip tu tak hairan kalau blog kita pun akan menjadi lebih baik sebab kita suka melawat blog orang dengan baik.

Baca juga: 7 Tips Mudah Mengenali Blogger Yang Aktif

7 Comments on “5 Tip Memberi Komen Berkualiti Di Blog”

  1. Emm biasalah kan..kadang2 ada yang nak kejar masa..nak tinggalkan jejak..pernah gak buat mcm tu..tapi bila keadaan terdesak aje..

  2. selalu aku amek masa nak tinggalkan komen.. bukan apa, slalu tak tau nak komen apa.. good entry bro, harap tiada lagi komen ‘jerung lalu depan mata’..hehe

  3. Paling penting dlm berkomen ni ambe rasa ialah saling menghargai komen yg ada. Ambe tak nafi, ada juga sesetengah blogger yg tinggalkan komen yg hampir sama maksudnya atau byk komen dalam satu entri (dgn cara pecah2kan ayat kpd beberapa komen).

    Terpulanglah kepada tuan tanah untuk kendalikannya, tapi sebagai blogger..ambe rasa kita kenalah faham etika berblogging.. Jadi, apa yg bro senaraikan di atas, selayaknya menjadi panduan kita bersama.

    Terima kasih bro peringatkan ambe tentang ni =)

  4. Menyelitkan kata kunci post di dalam komen, selain bermanfaat bagi yang punya blog juga bermanfaat buat kitanya supaya tidak terjaring akismet bila suatu ketika kita berkomentar di banyak blog dalam waktu yang relatif mepet antara komentar satu dengan lainnya. Ini dari pengalaman pribadi yang sering terjaring akismet…

  5. Pada pendapat saya, komen berkualiti juga haruslah komen yg berhemah,bukannya diselitkan dengan unsur sindiran yg bermaksud memperlekeh-lekehkan penulis blog. Andai kata kita kurang bersetuju dgn topik yg diketengahkan, boleh saja memberi pandangan pro dan kontra tapi dengan cara lebih yg lebih santun bahasanya.

  6. terima kasih kongsi entri yang seperti ini. Rasanya seperti pertama kali ke sini.hehhe. saya setuju dengan pandangan ttg memberi komen yang berkualiti. ya, wlpun kdg2 kita tahu blogwalking then beri komen panjang sedikit, akan ambil banyak masa.Tetapi secara peribadi bagi saya tak rugi jika kita beri komen sambil kongsi pandangan kita ttg entri yang dipost oleh penulis..:)

  7. Komen Berkualiti adalah melaluai proses pembacaan yang banyak dan pengalaman hidup kerana disitu terdapat idea-idea baru serta penambah baikan terhadap sesuatu isu, kerana setiap orang mempunyai pandangan berbeza-beza. terima kasih atas perkongsian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *