5 Sebab Mengapa Blog Kurang Popular

Blog sama seperti penulisnya blogger. Mereka perlu banyak perhatian dari para pembaca di merata tempat yang berlainan. Kesan daripada perhatian ini membolehkan blog seseorang blogger dapat dikenali oleh orang ramai. Atas sebab itu blog yang kurang perhatian atau jarang dikunjungi oleh pembaca boleh dikategorikan sebagai blog yang kurang popular.

blog-kurang popular
blog kurang popular

Mengapa terjadinya demikian? Apa yang menyebabkan blog itu tidak diminati oleh pembaca? Mari kita singgap di sini dengan 5 sebab mengapa blog seseorang boleh jadi kurang popular.

1. Pemilik blog syok sendiri

Sekiranya pemilik blog sudah merancang untuk menulis entri blog dengan tujuan syok sendiri saja, maka dia akan memilih jenis tulisan entri yang kurang popular. Isi kandungan entri lebih banyak bercerita tentang diri sendiri yang tidak memberi manfaat kepada orang lain. Jangan salahkan mereka kerana itu memang pilihan.

Cerita tentang diri sendiri di blog memang kurang dapat perhatian. Cuba cerita tentang orang lain, lebih-lebih lagi tentang artis untuk berduyun orang datang. Lumrah manusia sememangnya macam tu. Bab menceritakan perihal orang lain memang cepat mendapat tempat di hati.

Saya nampak ada banyak blogger yang suka taruk tajuk dengan “Wordless [Hari Tertentu]”, dan apa yang ada dalam entri itu cuma satu gambar saja. Ini memang tidak dapat menarik perhatian bagi pembaca. Lebih-lebih lagi, blog yang mempunyai banyak post dengan Wordless mungkin akan didenda oleh Google dengan “Thin Content” yang akan menjejaskan kedudukan blog di enjin carian Google. Maka lebih susah lagi bagi pembaca mengetahui tentang blog anda melalui carian di Google.

2. Tak aktif kemaskini blog

Entri mereka mungkin cuma dikemaskini buat sebulan atau dua bulan sekali saja. Meskipun ada pelawat yang datang tapi jumlah mereka merupakan golongan yang terlalu sedikit. Para pembaca setia mahukan sesuatu yang baru dan segar untuk tatapan. Hakikatnya perkara yang diceritakan sama dengan 10 tahun yang lepas. Ini akan timbulkan rasa bosan kepada pembaca dan mereka akan tidak ulang balik untuk mengunjungi blog itu buat selama-lamanya.

Itu juga satu sebabnya ramai blogger yang cuma boleh fokus dengan satu blog sahaja. Mereka tidak dapat tumpukan perhatian mereka jika lebih daripada satu blog kena mereka uruskan. Kalau ada masa lebih baru boleh mereka uruskan banyak blog.

3. Kurang aktiviti blogwalking

Rutin sebagai seorang blogger ialah aktiviti blogwalking. Mereka yang baru berkecimpung dalam dunia blog mesti melakukan aktiviti ini. Sudah tentu kekurangan blogwalking menjadikan blog kurang popular terutama bagi blogger yang belum tahu kemahiran SEO dan keyword panas.

4. Tulis artikel yang tiada carian di Google

Ada ramai orang yang tulis artikel dengan sesuka hati saja. Mereka tulis tanpa sasar atas apa-apa kata kunci pun. Ini mengakibatkan walaupun artikel mereka mungkin berada di laman pertama di Google, tapi tiada orang akan cari dengan artikel yang tiada kata kunci tu. Jadi siar-siar saja mereka tulis artikel itu. Mereka tulis macam untuk lega hati saja tanpa sebarangan niat yang tetap.

Untuk mengetahui sama ada artikel yang kita ingin tulis itu ada orang cari atau tidak, kita perlu mengetahui terlebih dahulu apakah jumlah pencarian untuk kata kunci itu? Seperti yang termaktub dalam istilah ini, jumlah carian kata kunci merujuk kepada jumlah atau nombor carian untuk kata kunci tertentu dalam jangka waktu tertentu.

Sebagai contoh, jika kita tulis artikel tentang “Apa yang anak aku, Ismail, makan untuk sarapannya hari ini”, kata kunci ini merupakan kata kunci yang tidak berguna. Anda boleh tulis artikel ini dan anda akan mendapat kedudukan pertama di Google dengan cepat, tetapi tidak akan ada orang yang akan cari dalam Google tentang perkataan ini. Maka, tidak ada orang akan kunjungi laman anda untuk baca artikel ini.

keyword research
Sebaliknya, jika anda cari “menu sarapan pagi”, dengan melakukan sikit kajian, kita tahu terdapat 2,900 orang cari dengan kata kunci ini setiap bulan. Maka berdasarkan maklumat ini, kita boleh tulis satu artikel mengenai menu sarapan pagi. Jika kita berada di tempat pertama di Google, maka sudah pasti laman kita dapat dicari oleh pengunjung dan mereka akan klik untuk datang ke blog kita dan baca artikel tentang menu sarapan pagi itu.

5. Pemilihan tajuk entri yang hambar

Kemahiran membuat tajuk adalah tuntutan untuk menjadi perhatian para pembaca. Jika tajuk hambar maka pembaca sekadar membaca tajuk sahaja tanpa perlu untuk berkunjung ke blog kita. Meskipun kita sudah ping artikel ke 10 tempat sekalipun.

Terpulang kepada blogger sendiri sama ada yang meletak blog dalam kelompok popular atau sebaliknya. Blog yang kurang popular lama-kelamaan kan berkubur. Pemiliknya akan rasa kecewa dan tidak bersemangat lagi. Apa yang merugikan kita semua ialah ilmu yang mereka ada tidak dikongsikan secara meluas.

Jika mahu berjaya dalam dunia ini blogger perlu mengubah 5 perkara yang dibincangkan tadi. Jika ada rakan–rakan blogger yang ingin menambah saya persilakan dalam ruangan komentar.

Baca juga: 7 Sebab Blog Tidak Didatangi Para Pelawat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *