5 Rahsia Untuk Menarik Pembaca Supaya Menjadi Pengunjung Setia

Ia sudah macam menjadi satu tradisi dari dulu sampai sekarang usaha menarik pembaca untuk melawat blog adalah agenda utama seorang blogger. Pelbagai cara digunakan termasuk teknik SEO, penganjuran kontest dan aktiviti blogwalking.

Pelawat atau blog trafik adalah nyawa kepada sesuatu blog. Lagi ramai trafik lagi bagus untuk menjana pendapatan. Ini merupakan cabaran utama bagi seseorang blogger.

pembaca blog
pembaca blog

Melihat kepada senario ini saya terpanggil untuk memberi pandangan. Mungkin juga cadangan bagaimana untuk menarik pembaca ke blog dan seterusnya menjadi pengunjung setia. Saya bongkarkan 5 rahsia yang saya perolehi dari pembacaan blog yang bereputasi tinggi.

1. Tajuk entri yang gempak

Pemilihan tajuk yang gempak amat memain peranan dalam memancing minat bakal pelawat. Gunakan ayat yang menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi seperti rahsia, teknik, panduan dan tip.

Malah saya sendiri akan terpukau untuk membaca entri tersebut. Situasi ini adalah common sense untuk memenuhi perasaan ingin tahu. Sekiranya anda ada pingkan entri ke busuk atau ping je maka tajuk entri akan mendapat perhatian terlebih dahulu. Lagi gempak lagi cepat mendapat perhatian ramai.

Anda boleh baca blog orang lain dan tengok mana satu artikel yang mempunyai tajuk yang menarik di mana anda boleh tertarik dan klik masuk untuk baca artikel itu.

Dan anda boleh buatnya sebagai rujukan dengan cari keluar sebabnya kenapa tajuk ini boleh menarik anda untuk klik. Lepas tu anda pun boleh ikut saja dengan caranya untuk tulis tajuk yang menarik.

2. Perenggan pertama yang memukau

Ada pembaca blog yang kesuntukan masa untuk online. Mereka hanya membaca perenggan permulaan sahaja. Jika perenggan permulaan tidak bermaya maka mereka terus ke bahagian komen atau terus meninggalkan blog.

Para blogger perlu memandang serius perenggan permulaan ini. Usahakan untuk mengarang perenggan pertama sebaik mungkin supaya para pembaca terpukau untuk menghabiskan bacaan hingga ke perenggan terakhir

3. Theme blog mesra pengguna

Ada blogger yang sangat prihatin untuk memilih theme yang mesra SEO maka anda tidak harus mengabaikan aspek theme bog yang mesra pengguna. Tidak semua pembaca mahir dalam bidang teknikal website. Jangan bebankan mereka.

Biarlah blog sederhana supaya menyenangkan mereka membaca sepuas hati. Blog begini menjadi pilihan untuk mereka bertandang lagi pada masa yang akan datang. Pada pandangan saya blog yang ada iklan pop up untuk like Fan Page Facebook agak kurang selesa.

Ia seolah-olah ada unsur paksaan untuk klik like pada Fan Page Facebook mereka. Kini ada satu trend yang meletak wiget share pada bahagian kiri atau kanan ruangan artikel blog. Teknik ini memang baik untuk memudahkan pembaca untuk sebarkan artikel ke media sosial.

Namun disebalik itu ada keburukannya kerana menggangu aktiviti pembacaan para pembaca. Sekiranya semua blog zaman muktahir ini ada teknik tersebut lebih baik saya berundur (ikut mesin rentas waktu) ke tahun 2009 dan ke bawah. Pada ketika itu blog-blog tidak ada wiget yang macam-macam ada.

4. Gambar menarik yang berkaitan dengan artikel

Tidak dapat dinafikan gambar amat mempengaruhi pembaca untuk mengetahui cerita disebalik gambar. Perkara ini adalah lumrah kerana mata kita mudah membuat ilusi supaya otak bekerja mentafsir gambar tersebut.

Dengan adanya gambar sesuai yang berkaitan pasti boleh membantu pemahaman para pembaca. Selain itu dapat melegakan kepenatan minda selepas membaca.

Terutamanya kepada blog yang mempunyai entri berpanjang berjela. Ada juga blogger yang meletakkan gambar yang langsung tidak berkaitan. Perbuatan demikian boleh dimaafkan kalau kepada saya.

Cuma dikhuatiri ada pembaca yang rasa tertipu lalu hilang kepercayaan kepada blog kita. Kesannya mereka tak nak datang lagi.

5. Gaya bahasa santai

Secara puratanya tidak semua pengunjung blog terdiri daripada pembaca tegar. Mereka hanya membaca maklumat yang diingini sahaja dengan secepat yang mungkin.

Lagipun membaca secara online sama ada melalui PC, laptop, tablet atau handphone berbeza dengan bahan bercetak. Kepantasan penting untuk memastikan pembaca dapat beralih dari satu blog ke blog yang lain.

Oleh itu para pembaca mahu entri ditulis dengan bahasa santai. Ada yang menggunakan bahasa responsif iaitu bahasa dialog harian. Tidak kurang juga bahasa yang bercampur aduk dan ia menjadi pilihan kepada kebanyakan pembaca.

Ada baik dan ada buruknya.Sudah tentu lebih banyak buruk kerana kita mencemarkan bahasa Melayu itu sendiri. Apapun alasannya, blog harus ada bahasa santai supaya kita dapat membezakan pembacaan surat rasmi dengan entri blog.

Nota:

Semua perkara di atas adalah pandangan peribadi saya semata-mata. Tidak terlintas di hati saya untuk mengkritik blog orang lain kerana saya juga dalam proses belajar untuk menjadi lebih baik dari hari ke sehari.

Kepada mereka yang terasa dan mungkin kurang senang dengan pandangan ini saya memohon maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut. Pandangan kita memang berbeza namun jangan dijadikan perbezaan itu untuk meleraikan ukhuwah yang sedia terjalin ini. Maafkan saya sekali lagi.

Majulah blog untuk menjana kecemerlangan budaya ilmu dan martabat pemikiran budaya bangsa Malaysia.

Baca juga: 3 Sebab Kenapa Work At Home Mum WAJIB Ada SOHO Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *