Web Analytics
suami isteri

3 Tugas Tradisi Isteri Yang Boleh Diabaikan

Memang topik ini merupakan satu tajuk yang sangat hangat di kalangan masyarakat ini tentang tugas isteri terhadap suami. Ada yang berpendapat tugas ini jika diabaikan akan tidak mendatangkan dosa kerana ia bukan hak seorang isteri.

Di sini saya cuba memberi pendapat saya secara umum. Sudah pasti tidak menggunakan nas-nas al-Quran dan dalil-dalil yang termaktub dalam al-hadis. Maafkan saya kerana tidak merujuk pula kepada pendangan para ulamak muktabar.

suami isteri

Sejujurnya saya yang kini bergelar suami tersentap dengan isu tugas tradisi isteri. Dakwaan mereka ia bukan dari amalan ajaran Islam. Saya tidak mengiya sangat malah saya tidak juga menafikan. Apa yang saya khuatiri pemahaman begini membiak tumbuh akibat gerakan Feminisme yang dicanangkan oleh golongan bukan Islam dari Barat.

1. Memasak makanan

Sebagai seorang suami, dia wajib masak untuk isteri tetapi isteri boleh memilih nak masak atau tidak. Ia bukan tugas mereka sebagai isteri. Memasak untuk suami merupakan kerelaan hati yang telah diwarisi dari nenek moyang dulu-dulu lagi.

Oleh itu para suami tidak boleh marahkan isteri jika tiada hidangan untuk makan tengahari atau malam walaupun suami tersangat letih balik dari mencari rezeki di luar.

2. Mengemas rumah

Rumah yang kemas dan bersih adalah peranan suami. Pihak isteri boleh marahkan suami jika tak nak menyapu atau mengemop rumah. Kain dan pakaian juga suami mesti sidai dan lipat. Seandainya suami sibuk kerana pulang lewat maka biarkan sahaja rumah bersepah. Ketika hujung minggu suami boleh kumpul kudrat tenaga untuk melakukan tugas ini.

3. Menjaga anak

Anak-anak yang masih kecil perlu diberi mandi atau makan minum oleh suami. Si isteri boleh menolong jika mahu. Namun tidak boleh melakukan seorang diri jika si suami mengelak diri. Seandainya suami berat hati nak melakukan tugas ini maka cari pembantu rumah. Lagi afdal dapatkan pembantu rumah yang muda dan menawan agar si suami boleh lekat kat rumah.(maaf sekadar bergurau).

Pada mulanya saya nak senaraikan banyak lagi. Namun risau pula kepada para suami yang marahkan pada saya nanti. Sebaliknya para isteri pula bertepuk tangan kepada saya.

Dalam situasi begini saya masih menyukai dengan tugas tradisi isteri. Mereka melakukan 3 tugasan di atas dengan penuh keikhlasan agar mendapat ganjaran pahala. Buat baik diberi pahala dan melakukan sesuatu demi keredhaan suami pasti menyuntik bimbit kebahagiaan rumahtangga.

Bayangkan si isteri banyak masa lapang dan masa lapang itu digunakan pula untuk aktiviti sosial di luar rumah. Apa akan jadi dengan rumahtangga? Suami yang kesunyian ada alasan untuk mencari pasangan baru. Kesannya rumahtangga boleh menjadi kucar kacir.

Namun begitu saya yakin kesediaan suami memikul tugas tradisi tersebut tanpa kompromi. Mereka patut dianugerah sebagai suami mithali. Sebagai hadiah berilah layan ranjang setiap malam untuk golongan suami selama 21 hari selama sebulan.

Jika tak sanggup nak bagi hadiah tersebut buat apa nak membangkitkan pemahaman yang cenderung kepada keruntuhan rumahtangga dan tiada menepati konsep suami isteri iaitu saling melengkapi antara satu sama lain.

Apa yang betul ialah suami isteri perlu sama-sama buatkan yang terbaik untuk kebahagian keluarga. Sama-sama bertimbang rasa untuk cari keharmonian dan sesekali kalau suami ringan kan tulang menolong pun rasa merdu juga.

Perlu kita faham bahawa sebuah keluarga yang bahagia terhasil dari hubungan suami isteri yang saling bertolak ansur. Jadi janganlah kita terlalu berkira dalam melakukan sesuatu untuk keluarga sendiri.

Bukan semua tanggungjawab isteri dalam Islam

Tambahan lagi dengan apa yang perlu kita tahu adalah bukan semua tugas rumah adalah tanggungjawab isteri dalam Islam. 3 tugasan yang disebutkan di atas memang bukanlah tanggungjawab isteri dari segi hukum tapi cuma merupakan tradisi sebenarnya. Untuk lebih mendalam bolehlah dirujuk kepada yang lebih pakar tentang hukum.

Kalau isteri tidak lakukan sebarang kerja rumah memang tak berdosa. Tapi kalau suami bagi arahan suruh buat dan isteri tak buat berdosa sebab tak ikut arahan suami.

Maka fahami apa yang saya cuba sampaikan di sini. Jadi viral sekadar nak memberitahu suami-suami apa sebenarnya tugas wajib isteri. Secara umum, itu adalah tanggungjawab bersama, kalau isteri penat, suami bantu bukannya marah-marah kata isteri tak jalankan tugas. Kepada suami-suami yang rajin bantu isteri tu, kipidap jangan sentap.

Mungkin ada orang yang skeptikel dengan apa yang orang perempuan ramai post sana sini di media sosial tentang hak-hak isteri. Mereka mungkin akan katakan bahawa ini adalah satu kenyataan yang betul tetapi berat sebelah.

Apa yang mereka post adalah hak hak bagi isteri. Tetapi bagaimana pula dengan hak hak suami yang ramai perempuan tahu tetapi tidak mahu ambil tahu atau buat tak faham. Pernah kita bicarakan??

Pernah saya tonton rancangan Korea yang bincangkan perkara macam ni. Kesimpulan mereka adalah suami mesti menjadi kuat pada isteri/keluarga seperti mampu tunai nafkah.

Isteri pula mesti beri kecantikkan agar suami senantiasa kuat dan gembira apabila mempunyai isteri yang mampu berikan kekuatan pada suami.

Rasanya kita perlu terfikir pasal ni?

Leave a Comment