3 Tip Membeli Juadah dan Menjalani Ibadah Puasa Untuk Blogger

Sudah menjadi kemestian saban tahun Bazar Ramadhan adalah pusat membeli juadah berbuka puasa paling popular. Ramai orang yang berpusu-pusu untuk pergi ke bazaar Ramadhan sama ada untuk membeli makanan atau minuman.

Puasa untuk Blogger
Puasa untuk Blogger

Apa yang perlu diingatkan kepada semua rakan blogger bahawa ada 3 panduan yang boleh diikuti ketika membeli juadah berbuka puasa:

1. Membeli makanan yang diyakini bersih

Bila pergi beli makanan, lihat kepada kebersihan sekitar gerai. Perhatikan bagaimana hasil pembuangan diuruskan oleh penjaja itu. Penjual tebu atau kelapa perlu membuang hampas pada tempat yang betul. Kalau bersempah-sempah adalah baik untuk anda tinggalkan tempat tersebut dengan segera dan pergi ke tempat lain untuk beli.

2. Memilih menu yang ada harga berpatutan

Tidak dinafikan ada blogger yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi. Tetapi ini tidak bermakna kita boleh berbelanja dengan sesuka hati saja tanpa kawalan. Kerana membeli makanan yang mahal harganya akan menyebabkan penjual makanan suka menaikkan harga sesuka hati dan ini akan menyusahkan golongan yang berpendapatan lebih rendah.

3. Membeli juadah mengikut keperluan sahaja

Bulan ramadhan juga tidak dapat lari dari amalan pembaziran. Makanan yang dimakan ketika sahur dan berbuka puasa biasanya tidak dapat dihabiskan. Memandangkan masa makan yang amat terhad, jadi makanan yang disediakan selalu akan banyak berlebihan. Jadi adalah elok sekali jika anda cuma membeli makanan mengikut keperluan yang mencukupi dan bukannya kehendaknya.

Kalau beli untuk berbuka puasa, jangan beli sampai membazir macam anda sudah tidak makan buat seminggu. Bagi orang yang masih bujang cukuplah untuk beli nasi berlauk, air, 3 biji kuih dan 1 ayam percik. Makanan seperti ini sudah banyak cukup.

Kalau sudah bekerluarga tu memadailah kuih sahaja. Kesiah orang rumah dah masakkan. Banyak lebih membazir pula dan membazir adalah amalan syaitan.

Ini yang benar-benar kita perlu buat setiap hari. Jadi, pakat-pakat kita didik diri untu lebih memilih kedai makan dan kuantiti makanan.

3 Tip Menjalani Ibadah Puasa Untuk Blogger

Memandangkan ibadah puasa wajib ini datang setahun sekali, maka elok sekali kita sebagai blogger menanti penuh kegembiraan.

Terdapat 3 tip yang boleh kita amalkan ketika berpuasa dan menjalani kehidupan sebagai blogger:

1. Jangan tidur terlalu lewat

Sebaik habis solat tawarih dan bertadarus Al Quran kita mesti bergegas pulang ke rumah. Jika hendak menulis entri atau update blog pastikan masa dikurangkan dari masa biasa. Tujuannya supaya kita tidak terlajak hingga ke waktu imsak. Jika kita kekurangan masa untuk tidur maka badan kita juga akan jadi kurang bertenaga untuk berpuasa.

Tidur lebih awal dan juga bangun lebih awal keesokan hari. Bila dapat tidur yang cukup, maka anda juga akan rasa sungguh bersemangat untuk berjuang untuk hari ini. Mungkin 2 atau 3 entri boleh anda tulis buat hari ini sebab ilham pun dapat mengalir keluar tidak berhenti-henti dari otak.

2. Jangan berbuka dengan makan terlalu banyak

Bab ini terdapat ramai orang yang kalah kepadanya. Nafsu untuk makan bagi ramai orang selalu naik ketika berbuka puasa. Bila perut dah penuh diisi dengan makanan, maka mata pula akan mula jadi mengantuk.

Sudah tentu solat akan entah nak pergi ke mana. Blog apatah lagi memang susah nak buka. Alamatnya tugas sebagai blogger akan digantung dan berdebu.

Jika rasa lapar, makanlah sampai 80% kenyang sudah cukup, jika penuh sampai 110%, bukan saja susah untuk perut menjalankan tugas untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan ini, ia juga menyebabkan anda senang rasa penat dan ingin bertidur saja. Dengan ini, produktivi dan usaha anda akan jadi kurang.

Mungkin anda sudah merancang untuk tulis satu entri untuk malam ini selepas makan, tapi disebabkan makan dengan terlalu banyak, maka anda rasa penat dan juga susah untuk kumpulkan fikiran untuk menulis. Akhirnya apa entri pun tak dapat dikeluarkan. Macam ini cuma siar-siarkan masa yang berharga tu saja.

3. Jangan terlalu memikir hal dunia ketika berpuasa

Meskipun blogger dituntut untuk menulis entri, blogwalking dan menjawab komen sudah menjadi rutin maka jangan berlebihan. Ketika berpuasa kita menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa. Maka cara yang terbaik cuba bersederhana dalam semua perkara.

Yang penting ialah kita perlu tenangkan fikiran kita. Mungkin tutup telefon bimbit, jauhi dari TV, kunci diri dalam bilik dan bersembahyang di dalam hati. Dengan suasana yang lebih sunyi dan senyap. Kita dapat rasa denyutan jantung kita dengan jelas.

Dan bersembahyang dengan hati yang jujur akan diterima oleh Allah. maka kita akan dilindungi olehNya untuk semua tindakan yang kita buat ini.

Nota:

Tip yang saya nyatakan di atas adalah untuk peringatan diri sendiri. Jauh sekali bermaksud untuk mengajar orang lain. Sebagai blogger cara kita agak berbeza dengan orang kebanyakan.

Baca juga: Tips Ringkas Menghafaz Al-Quran Bagi Surirumah Yang Terpilih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *