3 Penyedia Hosting Yang Boleh Dipercayai

Ramai blogger yang ingin serius berblogging perlu ada blog yang ada berhosting dan domain sendiri. Jika sebelum ini setia bersama platform blogspot atau wordpress yang percuma, maka sekarang tibalah masanya untuk anda mempertimbangkan untuk berubah demi kelangsungan minat anda.

Apa Yang Penting Adalah Perkhidmatan

Perkhidmatan penyediaan hosting adalah berkait dengan kepercayaan. Ada banyak syarikat yang mempunyai nama besar tapi bab support after sale hancus. Lama-lama orang sudah tak percaya dan tamatkan servis mereka. Begitu juga dengan kebanyakan syarikat penyedia hosting di Malaysia. Jika owner syarikat hosting banyak dibincangkan oleh ramai orang di forum atau social media, maka mereka boleh wujudnya kepercayaan yang orang akan bawah dari mulut ke mulut.

hosting server

Anyway, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya yang telah menggunakan pelbagai jenis syarikat hosting untuk membangunkan blog saya. Sejujurnya, masa kali pertama untuk memiliki domain untuk blog, saya cenderung untuk mencari syarikat yang menawarkan pakej hosting yang murah. Tak pe, asal murah. Tue yang penting.

Namun, pelbagai masalah yang timbul. Ini menyebabkan saya telah berulang kali beralih hosting provider. Very very frustrating! Tiap bulan mesti at least ada 2-3 masalah seperti server down or under maintenance. Kalau tak pun, akaun di suspend sebab CPU usage yang tinggi.

Apa yang penting sebenarnya adalah kualiti servis yang kita perolehi. Kita boleh memperolehi servis hosting yang menjanjikan servis yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Saya tak akan mention nama-nama hosting provider yang menyediakan servis yang kurang berkualiti. Sebelum memilih hosting provider, take time untuk buat research.

3 Jenis Hosting Anda Perlu Tahu

Sebelum anda mula mencari servis hosting, adalah baik untuk anda ambil sikit masa untuk berfikir tentang apa yang anda nak buat dengan hosting ini. Ini adalah penting sebab keperluan anda mungkin akan menjejaskan keserasian anda dengan penyedia dan perkhidmatan hosting tertentu.

Secara umumnya, terdapat 3 jenis hosting yang boleh anda dapat iaitu Shared Hosting, VPS, dan Dedicated Hosting.

Shared Hosting

Hosting ini adalah sesuai untuk laman yang kecil. Dalam shared hosting, beberapa pelanggan dan laman web akan berkongsi satu server yang sama. Shared hosting adalah mudah dan tidak rumit. Kebanyakan pelanggan yang bayar untuk hosting buat kali pertama biasanya akan pilih pakej hosting ini.

Lepas laman mereka sudah berkembang dan pengunjung sudah jadi semakin ramai, maka baru tiba masa bagi mereka untuk memutuskan naik taraf kepada VPS atau Dedicated Hosting untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat.

VPS Hosting

Hosting jenis ini menawarkan lebih Banyak fleksibiliti untuk laman yang berkembang dengan cepat. VPS, yang bermaksud virtual private server, adalah hosting yang membekalkan taraf servis yang lebih baik daripada shared hosting.

Server untuk VPS dibahagikan kepada mesin maya(virtual machines), yang berfungsi sebagai server berdedikasi yang bebas. Pelanggan VPS masih berkongsi server, tetapi mereka masing-masing mempunyai bahagian yang jauh lebih besar dan kawalan yang lebih besar berbanding dengan pelan shared hosting.

Dedicated Hosting

Hosting ini memberi pelanggan sumber dan keselamatan yang maksimum. Hosting jenis ini adalah amat diperlukan oleh laman yang berprestasi tinggi. Mereka perlukan dedicated hosting yang melibatkan penggunaan seluruh server untuk memenuhi keperluan laman web dan aplikasi mereka.

Seperti nama yang diberikan, server berdedikasi ini bersedia untuk berhidmat untuk anda seorang saaj dan memenuhi keseluruhan keperluan konfigurasi anda. Pelanggan mempunyai kawalan penuh ke atas senibina yang mengutuk, yang bermaksud mereka boleh menyesuaikan sistem keselamatan, sistem operasi, pengimbang beban, dan banyak sumber lagi yang boleh mereka gunakan.

3 Buah Penyedia Hosting

Saya telah berusaha mencari 3 buah penyedia hosting yang boleh anda fikir-fikirkan jika ingin bertukar dari blog percuma kepada blog yang mempunyai domain dan hosting persendirian. Jom tinjau info di bawah ini.

1. Pakarhosting.net

Saya merupakan pengguna hosting ini. Selama 6 bulan sebagai pengguna tiada masalah yang berlaku. Saya amat berpuas hati setakat ini. Jadi kepada mereka yang ingin mencuba boleh pergi kunjung ke laman mereka dan mengetahui pakej-pakej hosting yang ditawarkan. Perlu saya ingatkan penyedia hosting ini adalah berasal dari Malaysia. Jadi sudah tentu tidak sukar untuk berurusan kerana beliau amat faham berbahasa Melayu.

2. Exabytes.my

Exabytes Network Sdn Bhd adalah sebuah syarikat web hosting terkemuka yang berpangkalan di Malaysia yang diasaskan pada utama menyediakan penyelesaian webhosting yang terbaik untuk pelanggan mereka.

exabytes
exabytes

Saya juga ada pakai hosting pada Exabytes, kita meletakkan Perkhidmatan Pelanggan sebagai Keutamaan kami sejajar dengan komitmen kami untuk memberikan yang terbaik dan ramah perkhidmatan kepada pelanggan kami. Saya sengaja copy dan paste kenyataan mereka supaya anda lebih yakin kepada perkhidmatan yang mereka tawarkan. Setakat ini servis dia orang memang baik sangat.

3. Netkl Network

Saya kurang pasti bagaimana prestasi penyedia hosting ini. Oleh itu saya cuba survey kata-kata pengguna blogger yang lain tentang netkl network.Mana tahu ia amat sesuai untuk anda mencubanya.

“Saya membina blog dengan mengunakan platform Word Press dengan membeli pakej hosting dari NetKL dan sehingga hari ini saya masih setia dengan NetKL” – blogger akubiomed

“Kali ni admin nak share cara-cara nak beli domain kat netkl, sebab mungkin ramai lagi blogger macam admin dulu yang berminat nak beli domain tapi tak tahu macamana”.-blogger borakinfo

Catatan:

Setakat ini sahaja pencarian saya tentang penyedia hosting. Kalau nak tahu ada banyak lagi penyedia hosting yang hebat-hebat. Jika rakan-rakan blogger ada pengalaman tentang penyedia hosting jomlah kongsi di bawah ini.

Mana tahu pendapat dan komen rakan-rakan boleh membantu orang yang ingin mencari maklumat yang sepatutnya. Saya juga berusaha untuk mencari penyedia hosting yang lain pada masa-masa yang akan datang. Insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *