3 Pengecasan Yang Paling Berbahaya Untuk Telefon Pintar

Terdapat 3 pengecasan yang paling berbahaya untuk telefon pintar yang mungkin anda tidak tahu sebelum ini! Jika anda tidak ketahui apa kebahayaan yang ada, boleh anda baca seterusnya dan memahami antaranya ada berapa daripadanya yang anda lakukan?

Dengan peningkatan fungsi telefon pintar yang semakin canggih, ditambah dengan peningkatan permintaan untuk bermain permainan berskala besar dan menonton siaran langsung pada hari ini, keperluan orang untuk kuasa telefon pintar juga semakin meningkat. Telefon pintar yang mempunyai bateri yang cepat habis kuasanya memang bukan satu pilihan yang diingini oleh semua orang.

3 pengecasan telefon pintar

Powerbank Merupakan Peranti Yang Diperlukan Oleh Orang Ramai

Untuk membolehkan semua orang mengecas telefon pintar mereka, terdapat banyak peranti yang direka untuk memenuhi keperluan ini. Powerbank juga merupakan salah satu peranti yang direka untuknya.

Namun, kenyataannya adalah kebanyakan orang akan caj telefon pintar mereka sekali sehari atau bahkan dua kali sehari.

Sebenarnya, sekira anda dapat menguasai kaedah pengecasan dengan cara saintifik, ia bukan saja boleh mengelakkan anda mengecas dengan cara yang salah dan boleh membahayakan anda, ia juga dapat mengurangkan kehabisan bateri telefon pintar anda hampir 20% setelah pakainya untuk satu tahun.

Jadi, untuk memberikan anda ilmu pengetahuan tentang pengecasan telefon pintar secara saintifik, mari kita semak bersama-sama apa yang boleh kita lakukan.

1. Jangan mengecas semula setelah kehabisan bateri

Ramai orang masih mempunyai kesalahfahaman sampai sekarang. Mereka memikirkan bahawa telefon pintar mereka akan lebih tahan lama jika mereka cuma caj telefon pintar mereka selepas kehabisan bateri.

Sebenarnya, ia adalah sebaliknya. Kerana telefon pintar hari ini pada dasarnya adalah bateri litium yang tidak ada kesan memori. Jadi ia tidak perlu menguras bateri untuk mengisi semula.

Cara yang paling betul adalah mengecas semasa anda menggunakan, dengan itu bateri akan lebih tahan lama.

2. Main dengan telefon anda semasa mengecas

Sebenarnya terdapat 2 kebahayaan yang boleh berlaku pada anda jika anda bermain telefon pintar dan sambil mengecasnya. Dalam kes ini, bateri telefon pintar anda akan berada dalam keadaan pengisian dan penggunaan pada masa yang sama.

Perbuatan macam ini bukan sahaja akan merosakkan bateri dan papan litar, tetapi ia juga akan merosakkan motherboard telefon pintar jika anda ulang melakukan perbuatan seperti ini dalam jangka masa yang panjang.

Selain daripada itu, perlakuan seperti ini juga boleh mengakibatkan telefon pintar anda meletup. Mesti anda perlu dengar atau lihat video yang dikongsikan dalam media sosial di mana telefon pintar meletup semasa si pengguna main dengan telefon pintar mereka yang sambil mengecas.

Untuk mengelakkan kemalangan berlaku, adalah dinasihatkan anda cuma pakai telefon pintar anda setelah mengecas bateri dengan kuasa yang cukup.

3. Gunakan Penyambung USB di Komputer Untuk Mengecas

Dalam proses menggunakan telefon pintar, kita sebenarnya dapat merasakan bahawa pengecas original adalah lebih pantas dan lebih stabil berbanding dengan pakai pengecas biasa.

Untuk penyambung USB komputer, arus secara umumnya agak kecil, dan voltan juga tidak begitu stabil.

Sekiranya anda selalu pakai penyambung USB komputer untuk mengecas telefon pintar anda, ia akan memberi kesan yang tidak baik pada ketahanan bateri.

Dengan ini, usia bateri untuk akan jadi semakin berkurang.

Dengan perkongsian yang diberikan di atas, harap anda sekarang sudah tahu sedikit tentang macam mana untuk mengecas bateri telefon pintar anda dengan cara yang betul dan dalam keadaan yang selamat.

Jadi, ingatlah sekarang untuk elakkan diri daripada melakukan 3 perkara ini yang boleh merosakkan bateri telefon pintar anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *