3 Kesilapan Komunikasi Dan Cara Penyelesaian

Komunikasi adalah satu perkara yang sangat penting dalam kehidupan kita semua. Tanpa komunikasi maka dunia ini akan terasa hambarnya. Pasti suasana akan jadi sunyi, perniagaan tidak berjalan dengan lancar dan tiada hubungan yang baik antara sesama manusia. Dengan itu, boleh kita tahu betapa pentingnya komunikasi kepada kita semua.

Berikut ialah beberapa kesilapan komunikasi yang sering dilakukan oleh kita. Semoga huraian ringkas ini memberi pencerahan minda kepada para pembaca supaya dapat belajar dengan berkomunikasi sama orang lain dengan baik.

berkomunikasi

Lebih-lebih lagi kepada saya sendiri selaku jurujual yang berusaha untuk menjadi lebih profesional dalam menjalankan perkhidmatan rundingan dengan pelanggan saya.

Seorang perunding yang profesional wajib menyampaikan mesej dengan jelas dan tepat. Setiap butir bicara sedap didengar dan kata-kata sangat menjurus kepada perkara kebaikan. Agak-agak siapa orang tu?

Jom kita baca dan fahamkan. Sekiranya tidak faham boleh diutarakan dalam ruangan komen. In shaa Allah jika pertanyaan yang selaras dengan aras pemikiran saya boleh jawab. Lebih dari itu kita bincangkan bersama.

1. Tidak fokus

Memang biasa terdapat sesetengah orang yang bila orang tanya sesuatu dia jawab yang lain. Lama-kelamaan hubungan komunikasi begini akan jadi kurang mesra dan kurang berkesan.

Punca utama bagi mereka yang mempunyai minda yang tidak fokus adalah kerana tabiat mereka yang suka memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Memang untuk fokus tidak semudah mulut menyebutnya. Fokus berkaitan tabiat dan yang pasti tabiat boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Kalau kita tidak fokus bila berkomunikasi dengan orang lain, memang apa yang orang tanya tu akan kita jawab dengan yang lain. Lagi satu tak fokus dan lepas tu orang tanya dia senyap saja memang menyerap la jawabnya. Kadang-kadang silap-silap boleh jadi punca yang menyebabkan penggaduhan.

Penyelesaian:

Ketika orang bercakap kita boleh membuat catatan. Jika tidak, fikiran kita mungkin akan menerawang ke tempat yang terlalu jauh. Cara ini amat berguna ketika kita disuruh isteri-isteri membeli barangan dapur, produk kesihatan ataupun produk penjagaan bayi.

2. Pelupa

Satu implikasi yang besar jika seseorang ada tabiat pelupa. Saya selalu mengalami keadaan macam ini ketika bekerja dahulu. Sekarang pun masih bekerja cuma tiada ‘bos’ secara rasmi. Dulu kerja, memang bos suka suruh buat itu dan ini.

Tidak berapa lama selepas itu saya lupa apa yang diarah dan dipesan oleh bos sebab terlalu banyak arahan yang diberikan. Akhirnya bos akan marah dan merungut kerana tidak menjalankan tugas yang dipesankan dengn baik. Namun bos saya jenis baik hati. Dia tidak akan jeruk kesalahan tersebut lama-lama.

Penyelesaian:

Jangan lupa untuk bertanya balik sekiranya sudah lupa. Untuk mengatasinya masalah mudah lupa ialah jangan selalu sebut perkataan lupa. Kalau betul-betul lupa gantikannya dengan perkataan kurang ingat.

Wahai pembaca budiman ingat tu. Jika susah juga amalkan pemakanan sunnah seperti buah kurma. kismis, badam dan madu. Baca dengan betul-betul la ye. Sebab ini bukan bermadu, :).

3. Spontan

Spontan adalah tindakan bawah sedar seseorang. Mereka mudah untuk bertindak spontan terutamanya ketika mereka bercakap.

Perkataan buruk boleh mengguris hati dan perasaan orang lain. Sebab itu orang yang bercakap tanpa berfikir atau cakap lepas kurang disenangi orang.

Sehingga ada orang yang kata seseorang cuma mempunyai mulut sahaja yang jahat tetapi hati baik. Entah mengapa boleh jadi demikian.

Saya tidak mempercayai kebenaran kata-kata tersebut. Terlalu skema kerana apa yang terkeluar dari mulut maka itulah yang selalu bersarang dalam hati.

Penyelesaian :

Ia adalah sesuatu yang baik untuk kita sentiasa meletakkan diri kita berwaspada ketika bersembang dengan orang lain. Selain dari cuba melatih diri untuk berfikir sebelum bercakap, perlu kita ingat selalu supaya jangan main lepas sahaja.

Jika kita bercakap sesuatu yang buruk dalam Facebook, masih boleh kita padam balik. Dalam hati orang ngak bisa tu kan. Betul la peribahasa ini kerana pulut rosak susu sebelanga dan kerana mulut hati saya bisa terluka. Eh wah, sekarang memang ramai orang yang mempunyai hati tisu.

Sejujurnya saya suka mendengar dari bercakap kalau berada di dunia nyata ini. Ini adalah sebab mendengar adalah komunikasi yang paling berkesan untuk memahami keperluan seseorang.

Sungguhpun begitu saya boleh bercakap lebih dari sejam jika keadaan mengizinkan. Lebih-lebih lagi waktu sekarang ini saya bekerja sebagai jurujual, tugas utama saya sekarang ialah untuk menyampaikan ilmu tentang produk dan kebaikannya kepada masyarakat demi rasa sayang dan prihatin saya kepada pembaca semua.

Saya berharap ramai ada kesedaran tentang berkomunikasi dengan orang lain supaya kita boleh menjadi seorang yang suka dikawan oleh orang lain dan bukan seorang yang dibenci oleh orang lain sebab kita selalu bercakap salah, lupa apa yang dia kata atau tidak tumpukan perhatian padanya bila dan memberitahu sesuatu kepada kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *