10 Perkara Mengenai Header Blog

Salam, header blog antara yang wajib ada di dalam sebuah blog. Header biasanya di letak di bahagian paling atas dan antara perkara yang terawal dilihat oleh pelawat. Kebanyakan header blog menggunakan gambar dan ada sebahagian blogger hanya menggunakan perkataan sahaja. Di sini ada 10 perkara mengenai header blog.

header blog
header blog

1. Tajuk header blog

Tajuk di header blog boleh menjadi nama panggilan bagi sebuah blog atau lebih dikenali sebagai jenama :). Biasanya tajuk yang digunakan ialah url blog tersebut. Namun ada juga blogger menggunakan tajuk lain daripada url blog.

2. Diskripsi blog di dalam header blog

Diskripsi blog menerangkan secara ringkas mengenai blog. Melalui diskripsi ini, pelawat yang pertama kali memasuki blog boleh mengetahui blog tersebut mengenai apa. Namun ada juga blogger yang tidak meletakkan diskripsi blog pada header.

3. Slogan di header blog

Slogan merupakan perkataan ringkas yang boleh menggambarkan blog kita. Gunakan perkataan yang menarik. Cantik, tertarik, menarik. 🙂

4. Saiz header blog biasanya besar dan menarik

Bagi mereka yang menggunakan perkataan sahaja untuk header blog, saiz perkataan header blog biasanya lebih besar dan lebih menarik berbanding perkataan lain di dalam blog. Bagi mereka yang menggunakan gambar, saiz gambar lebih besar dan menarik perhatian.

5. Gambar di dalam header blog

Gambar penulis, gambar nama blog, gambar berkaitan topik di dalam blog atau logo biasanya diletak di dalam header blog. Gunakan perisian untuk edit gambar-gambar ini supaya menjadi lebih cantik.

6. Logo blog di dalam header blog

Logo blog bakal membawa jenama blog. Melalui logo ini, pelawat boleh mengenali blog anda. Apabila logo ini diletak di blog atau laman web lain, pelawat boleh mengenali ini logo blog anda. Hanya kerana logo, blog anda dikenali.

7. Warna header blog

Gunakan warna header yang sesuai dengan warna tema keseluruhan blog. Header akan kelihatan beradaptasi dengan blog. Kebiasaannya header mempunyai latar belakang putih, apa-apa yang dipaparkan di header akan nampak lebih jelas. Terdapat juga header mempunyai latar belakang transparent.

8. Sentuhan peribadi di dalam header blog

Anda mungkin boleh design sendiri header blog atau upah designer. Masukkan sesuatu yang boleh menggambarkan diri anda di dalam header tersebut. Mungkin gambar, perkataan atau warna :).

9. Header blog nampak ringkas tapi padat

Ringkas yang dimaksudkan di sini ialah header tersusun kemas, bersih, nampak luas walau penuh, nampak cantik walau bermacam warna. Di dalam header yang nampak ringkas ini, pelawat dengan mudah melihat maklumat yang dipaparkan. Nama blog, diskripsi blog, gambar, url atau apa-apa maklumat yang dipaparkan di header.

10. Interaksi media sosial di header blog

Button seperti button like facebook dan google+ boleh diletak di dalam header blog. Ini membolehkan pelawat dapat melihat terus tempat dimana dia boleh berinteraksi dengan blog kerana header antara yang terawal sekali dilihat semasa membuka blog. Lebih mudah untuk pelawat like atau share blog kita di media sosial.

Setiap orang memiliki citarasa berbeza. 10 perkara ini antara yang selalu saya ambil perhatian bila ingin membuat header blog. Tidak semestinya 10 perkara ini mesti ada di dalam header blog, pertimbangkan mana yang sesuai mengikut tema blog.

Ayat Kena Power

Memang tidak dapat dinafikan lagi kaedah pengiklanan dalam talian atau online advertisement semakin berkembang pesat  dan merupakan salah satu kaedah mudah dan berkesan untuk mencapai sasaran pelanggannya. Ini kerana dalam zaman ICT ini kebanyakan pengguna sudah terdedah dengan internet sama ada di tempat kerja mahupun di kediaman masing-masing.

kata kunci
kata kunci

Dalam banyak-banyak kaedah online advertisement ini text link advertisement merupakan salah satu di antara kaedah promosi dan pemasaran yang menjadi pilihan para pengiklan.

Salah satu kegemaran saya semasa dalam talian adalah memerhatikan text link ads yan dipamerkan sama ada di website atau blog yang di lawati, memang menarik dan kadang-kadang boleh membuatkan ketawa seorang diri.

Memang tidak dinafikan untuk menarik perhatian bakal pelanggan, ayat yang digunakan perlu ‘power’ dan boleh menyebabkan si pembacanya terus berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa sebenarnya yang ingin diperkenalkan oleh text link tersebut. Ayat power bukan semata-mata diguna untuk tackle awek je, boleh dikembangkan fungsinya untuk tujuan business.

Sebagai contoh penggunaannya, senarai ayat power yang sempat saya kesan sepanjang hari ni yang menggunakan khidmat Google Adsense di laman web dan blog yang telah di lawati:

1. Makcik Buta IT Pun Boleh Buat RM500 Sehari Tak Mustahil;

2. Hanya Perlu Tenung Skrin Komputer Duit Masuk Terus Ke Akaun;

3. Duit Masuk Akaun Setiap Minggu Dapatkan Rahsianya Sekarang;

4. Secara sambilan. Lebih dari gaji Dibayar setiap minggu;

5. Meriahkan hari raya anda tahun ini, Peluang pendapatan ;

6. Suami Tahan Lebih Lama, tahan lama 1-3 jam. Losyen sapu. Isteri puas;

7. Ketahui rahsia menambah pendapatan bayaran komisen sehingga 100%; dan

8. Duduk depan komputer sahaja Modal RM85.

Sebelum tu, senarai di atas ini dikumpul berdasarkan pemerhatian saya semata-mata dan tanpa sebarang prasangka mahupun niat tersembunyi.

Apa yang ingin dikongsikan di sini ialah bagaimana penggunaan ayat power boleh membantu para pengiklan menarik minat bakal pelanggan mereka, hanya dengan sekali baca sahaja pastinya ada dikalangan jutaan pengguna internet tertarik dengan ayat ringkas tapi padat tersebut.

Memang kagum dan respect dengan kreativiti para pengiklan terlibat. Apa yang penting… Ayat mesti mau power!

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *