Web Analytics

10 Mitos Tentang Virus Corona Dibongkarkan

Sekarang seluruh dunia pun cakap tentang virus corona. Ada yang yakin virus ini adalah berpunca dari Wuhan di China. Ada juga orang yang cakap sebelum Wuhan, ia sudah wujuk di Amerika Syarikat.

Dalam media sosial, terdapat bermacam-macam berita dan khabar again yang diterbitkan setiap hari. Terdapat banyak daripada cerita itu adalah palsu dan amat mengelirukan semua orang.

mitos tentang virus corona

Virus corona atau COVID-19 boleh berubah dari masa ke masa. Sekali-sekala, wabak penyakit berlaku apabila virus yang biasa berlaku dalam haiwan seperti babi, kelawar atau burung mengalami perubahan dan melewati kepada manusia. Ini mungkin bagaimana virus corona baru muncul.

Di sini kami ingin membincangkan 10 mitos tentang virus korona kepada anda supaya anda boleh dapat lebih banyak ilmu yang betul dan cara pencegahan yang lebih baik untuk menentang virus ini.

1. Masker muka boleh melindungi anda daripada virus

Sebenarnya, masker pembedahan standard tidak dapat melindungi anda daripada SARS atau virus corona, kerana ia tidak direka untuk menghalang zarah virus dan tidak dapat mencegar virus untuk hubung ke muka.

Apa yang diketahui adalah topeng pembedahan boleh membantu mencegah orang yang dijangkiti daripada menyebarkan virus dengan lebih jauh dan menghalang sebarang titisan pernafasan yang boleh dikeluarkan dari mulut mereka.

2. Bolehkah bawang putih membunuh virus corona?

Tidak. Orang China makan bawang putih hampir setiap hari. Sekiranya ia boleh membunuh virus, maka tidak akan ada seorang pesakit virus corona di China. Tetapi kini kita dapat melihat banyak orang di China semakin dijangkiti, dan ramai di antara mereka telah mati.

Walau bagaimanapun, bawang putih adalah kaya dengan antioksidan yang boleh diambil dengan makanan harian anda kerana ia dapat meningkatkan sistem imun kita.

3. Bolehkah saya membunuh virus dengan minum peluntur?

Ya, tetapi jangan lakukan. Kerana jika anda meminum peluntur, walaupun anda boleh membunuh virus, anda akan membunuh diri juga pada masa yang sama. Oleh itu, tidak ada gunanya untuk anda melakukannya.

4. Bolehkah antibiotik membunuh virus?

Tidak. Antibiotik hanya boleh membunuh bakteria tetapi bukan virus corona. Tolong jangan makan antibiotik yang tertinggal dari lawatan klinik anda sebelum ini. Anda juga tidak sepatutnya mempunyai antibiotik yang tertinggal yang anda tidak habiskan buat masa dulu dan simpan sampai sekarang. Ubat antibiotik ini mungkin sudah lepas masa dan lebih baik untuk anda buangkan saja.

5. Bolehkah mandi air panas membunuh virus dalam badan kita?

Tidak. Air panas di luar badan tidak akan membuat perut anda cukup panas untuk membunuh virus. Sekiranya suhu badan dalaman anda cukup tinggi untuk membunuh virus yang melebihi 57 darjah celcius, anda sudah mati atas suhu yang setinggi ini.

6. Adakah kanak-kanak tidak akan dijangkiti virus corona?

Kanak-kanak pasti akan dapat jankiti COVID-19 juga. Walaupun laporan awal mendapati kes-kes yang sikit pada kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. Sebagai contoh, kajian China dari wilayah Hubei yang dikeluarkan pada bulan Februari mendapati bahawa lebih daripada 44,000 kes COVID-19, kira-kira hanya 2.2% melibatkan kanak-kanak di bawah umur 19 tahun.

Walau bagaimanapun, kajian yang lebih baru menunjukkan bahawa kanak-kanak mungkin akan dijangkiti seperti orang dewasa juga.

7. Virus ini boleh dihantar melalui surat dan bungkusan

Ini adalah mitos dan tidak benar kerana virus corona tidak akan dihantar melalui mel atau bungkusan. Anda adalah selamat untuk buka surat dan menerima bungkusan yang dihantar ke rumah anda.

Juga, menurut WHO, mendapatkan surat atau pakej dari China tidak akan menyebabkan anda berisiko terkena virus itu juga. Melalui penyelidikan yang dibuat, keputusan telah mendapati bahawa coronavirus tidak bertahan lama pada objek seperti surat dan pakej.

8. Adakah membilas hidung anda dengan saline boleh membantu mencegah jangkitan dengan virus corona?

Tidak. Sampai ke masa ini tiada bukti yang dapat membuktikan bahawa membasuh hidung dengan saline secara teratur dapat melindungi seseorang daripada jangkitan dengan virus corona.

Terdapat beberapa bukti yang terhad bahawa kerap membilas hidung dengan garam boleh membantu orang pulih lebih cepat dari selesema biasa. Walau bagaimanapun, kerap membilas hidung tidak ditunjukkan untuk mencegah jangkitan pernafasan.

9. Virus Ini Adalah Hasil Buatan Manusia

Jangan anda percaya tentang semua yang anda baca di internet dan media sosial.

Apabila wabak koronavirus menjadi krisis kesihatan awam sepenuhnya, teori konspirasi tentang asal usul virus mula dipenuhi di internet. Ada yang cakap bahawa virus itu tidak berasal dari alam, tetapi sebaliknya ia adalah dicipta dalam makmal.

Desas desus ini yang berasal dari berita yang disiarkan dalam media sosial yang tidak sah itu memang boleh mengelirukan ramai orang. Tetapi ia memang tidak disokong oleh bukti yang boleh dipercayai. Jangan anda percaya dengan sebarang berita yang bukan diumumkan oleh media berkuasa dengan percaya sesuatu yang tidak betul.

10. Setiap orang yang menjangkiti COVID-19 akhirnya akan mati

Kenyataan ini adalah tidak benar langsung. Seperti yang telah kami nyatakan di atas, COVID-19 hanya membawa maut untuk peratusan yang kecil bagi mereka yang jangkiti.

Dalam satu laporan baru-baru ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Cina menyimpulkan bahawa 80.9% kes COVID-19 adalah ringan dan mereka tidak akan mati.

Leave a Comment