10 Blogger Terbaik Malaysia

10 Blogger Terbaik Malaysia yang disenaraikan ini bukanlah berdasarkan Senarai Top Blog Alexa Malaysia sepertimana kebiasaan sebelum ini sebaliknya adalah pilihan peribadi aku berdasarkan keistimewaan masing-masing. Mereka yang tersenarai ini pastilah mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

1Malaysia

1Malaysia.com.my

Siapa yang tidak kenal dengan Blog Perdana Menteri Malaysia ini. Blog dengan PR9 ini tidak hanya menumpukan soal politik semata-mata sebaliknya turut menumpukan mengenai perihal rakyat 1Malaysia. Beliau antara pemimpin yang menggunakan medium blog untuk mendekati rakyat.

Amanz.my

amanz firdaus

 

Blog Amanz.my ini memfokuskan kepada penghasilan kandungan yang lebih memfokuskan kepada perkembangan dunia IT dalam dan luar negara, selain pada masa yang sama mengeluarkan ulasan mengenai peranti dan gadget semasa. Blog dengan PR5 ini menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya. Usahanya untuk mendidik para pengguna tempatan dalam mendapatkan dan mengetahui pelbagai info dan tips semasa seharusnya dipuji.

paultanPaultan.org

Peminat Automotif tempatan pasti sinonim dengan Blog PR4 ini. Memfokuskan perkembangan industri automotif dalam dan luar negara membuatkan pembacanya sentiasa ternanti-nantikan artikel terbarunya. Malah kata kunci ‘paultan’ merupakan antara kata kunci personaliti Malaysia yang paling dicari di Google.

HoneyKoyuki.blogspot.com

fatin liyana doctor bloggerJika disebut HoneyKoyuki pasti ada yang tidak tahu, tapi kalau disebut Blog Fatin Liyana, pasti ramai blogger tempatan yang tahu perihalnya. Blogger muslimah ini juga dikenali sebagai ‘Doctor Blogger’ dan kerap juga menghiasi majalah-majalah tempatan selian tugas beliau sebagai model muslimah berbayar. Biarpun blog PR4nya jarang dikemaskini, tapi beliau akan memastikan yang terbaik buat pembacanya setiap kali menulis entri.

beautifulnaraBeautifulnara.com

Siapa yang tidak kenal dengan Blog Beautifulnara? Blog PR4 yang memfokuskan mengenai gossip dan hiburan artis dalam dan luar negara ini pasti menjadi pilihan pembaca yang suka bergosip. Pantang saja ada gossip terbaru artis atau selebriti, pasti blog Abang Nara ini antara blog wajib terjah. Blog ini juga antara pencetus banyaknya blog gossip dan hiburan yang muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan sekarang ini.

Denaihati.com

amir hassan denaihatiBlog PR4 yang semakin meningkat naik ini semakin mengukuhkan jenamanya. Bukan saja menjadi pilihan blogger malah advertiser pelbagai jenama. Pemiliknya; Amir Hassan memfokuskan perihal kehidupan, isu semasa dan travelog selain  Contest gadget Impian dengan ganjaran yang lumayan. Sememangnya sesuai dengan taglinenya ‘Hidupkan untuk Memberi’. Peminat team BPL, Arsenal.

Kujie2.com

blog kujie2Jangan sangka blog ‘mak-mak’ macam Kak Jie @kujie ni tak power.. PR3 yer. Biarpun banyak berkongsikan perihal beliau dan keluarganya, namun apa yang dikongsikan bagaikan dekat dihati pembacanya. Banyak juga berkongsikan mengenai pengalamannya melalui travelog dan tutorial blog. Bak kata kak Jie, Hidup Biar Sedap.

benashaariBenAshaari.com

Kalau sebut nama Salbani agak-agak korang kenal tak? Ben Ashaari? Pasti ramai blogger-blogger tempatan yang mengenalinya. Blogger tegar yang dah pun jadi blogger sepenuh masa ini pada mulanya dikenalli sebagai ‘Blogger Segmen’. Ada saja segmen yang dibuat blog PR3 ini untuk blogger-blogger baru. Tujuannya satu, untuk merapatkan hubungan antara blogger-blogger baru selain memberi semangat kepada mereka untuk terus berblogging. Tapi kini, lebih banyak berkisar mengenai apa yang berlaku di sekelilingnya terutamanya sejak kehadiran permata hati si Qhaliff Iman.

AriffShah.com

ariffshahBermula dengan kisah kehidupan belajarnya di Moscow, pemuda kacak ini semakin dikenali di arena blogging tempatan. Sering mencurahkan pendapat peribadinya dalam Blog PR4nya mengenai sesuatu isu, selain gemar berkongsikan pengetahuan dan tips blogging melalui artikel penulis jemputan. Jangan tak tahu, si Ariff ini juga merupakan salah seorang penterjemah WordPress ke Bahasa Melayu. Terbaru, dah semakin mendapat tempat di majalah-majalah.

blogserius obefiendBlogSerius.blogspot.com

Gaya penyampaian yang santai dan bersahaja Obefiend menjadikan BlogSerius kerap dikunjungi. Info-info dan video menarik yang dikongsikan serius menambat hati pembacanya. Tidak hairanlah mengapa banyak blog yang serius mengikut konsep yang dilakukannya. Blog yang amat Serius beb!

10 Blogger Terbaik Malaysia yang disenaraikan ini adalah terbaik antara yang terbaik pilihan Blog UpProfits dan boleh menjadi ikon blogger. Untuk menjadi blogger terbaik tak semestinya perlu menang Undi Top Blogger atau mengungguli Carta Ranking Top Blog semata-mata. Apa yang kita perlu adalah menjadi yang terbaik di hati para pembaca blog kita. Apa ada pada ranking. Tak percaya tanya King Raja.

Artikel berkaitan:
7 Kelayakan Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *