Penipuan Melalui Panggilan Telefon

2 hari lepas isteri aku telah mendapat 3 kali panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali olehnya. Kesemua panggilan itu menyatakan yang mereka adalah dari astro customer services yang hendak membuat update pada akaun astro.

Terima 3 Panggilan

Panggilan pertama merupakan seorang wanita yang dia panggil pada awal pukul 7.30 pagi(ada ke mana-mana customer services call sebelum puku 7 pagi?). Tetapi masa tu isteri aku tak dapat cakap panjang sebeb dah nak masuk kelas mengajar.

Panggilan kedua adalah dari seorang lelaki yang membuat panggilan pada pukul 9 pagi, isteri aku jawap dan melayan pertanyaan, tetapi sekejap saja sebab bateri telefon pintar dia dah kong.

Panggilan yang terakhir juga dari suara wanita yang membuat panggilan pada pukul 2 petang barulah isteri aku dapat bercakap. Bolehkah anda teka apa orang yang membuat panggilan itu minta?

panggilan penipuan

Wanita tu mengaku kepada isteri saya dan katakan bahawa dia membuat panggilan mewakili astro untuk mengemaskini data akaun pada akaun astro. Tapi yang menjadikan pelik, akaun astro tu atas nama aku, bukan isteri aku. Kenapa dia tak telefon aku. Pada mulanya isteri aku tak syak ape-ape, beliau berikan alamat dan nama penuh aku.

Tapi isteri aku jadi hairan bila die mintak I.C dan no. kad kredit aku atas alasan yang aku membuat pembayaran melalui autodebit. Tak pernah pula sebelum-sebelum ini customer services call minta no. kad kredit. Yang biasanya bila customer yang call masa nak buat pembayaran melalui talian barulah kita akan bagi detils kad kredit.

Masa tu aku tiada di rumah so isteri aku memang tak tau no. kad kredit aku. Kemudian dia boleh cakap kad kredit aku telah kena blok jadi autodebit untuk bulan ini tidak berjaya. Padahal bil aku keluar 12 haribulan setiap bulan dan memang dah kene charge pun sebab ambank akan hantar message ke handphone kita tentang sebarang transaksi.

Kemudian yang dasyatnya, disebabkan isteri tak dapat berikan detail kad kredit aku, boleh pula dia tanya dan minta kad kredit isteri aku. Atas alasan jika tidak dibayar dalam tempoh 24 jam akaun akan disekat. Kebetulan lah kad kredit isteri masih dalam dompet aku sebab 2 hari sebelum tu aku pergi bank untuk bayarkan kad kredit.

Kemudian bila aku balik terus isteri aku tanya kenapa masih belum bayar bil astro. Aku pun bagitahula dah bayar sebab aku dah terima mesej transaksi autodebit dari ambank. Lepas tu barulah isteri ceitakan panggilan yang dia dapat.

Panggilan Palsu Yang Kena Berhati-hati

Aku dah tahu itu satu panggilan palsu untuk mendapatkan maklumat kad kredit, sebab aku dah kerap dapat panggila macam tu. Jadi untuk kepastian aku pun call astro customer services dan memang autodebit tu berjaya dan kad kredit aku tak ada masalah.

Pada pendapat aku panggilan tu macam memang sudah dirancang dan melibatkan lebih dari seorang individu. Malah no telefon yang digunakan juga adalah privacy.

Yang melampaunya mereka menggunakan orang yang rapat untuk mendapatkan maklumat diri kita. Mungkin sebelum ini diorang pernah telefon aku tapi aku tak layan, so inilah strategi terbaru mereka.

Selepas tu aku ambik sedikit masa terangkan pada isteri aku tentang penipuan-penipuan yang banyak berlaku di Malaysia. Aku pesan supaya isteri aku jangan melayan apa-apa panggilan yang melibatkan pendedahan maklumat penting terutama berkaitan dengan maklumat bank.

Aku juga pesan kat korang supaya ingatkan isteri dan keluarga korang supaya berhati-hati dengan panggilan-panggilan yang meragukan. Sebab tak semua orang alert dengan benda-benda ni. Sebab itulah di television selalu keluar kes penipuan yang melibatkan ratusan ribu malah jutaan. Dan mangsa-manga yang kerap ditipu adalah dari mereka yang datang dari golongan terpelajar.

Banyak Lagi Kes Panggilan Penipuan

Sekarang juga banyak terima call yang tunjuk nombor telefon dari luar negara seperit +91, +1, +32, dan lain-lain nombor. Bila terima call itu, orang yang cakap tu macam robot dan bukan orang yang sebenar.

Ada yang bagi tahu aku kena saman dan perlu wang untuk selesaikan, ada yang cakap saya hutang cukai pada LHDN dan sekiranya saya tidak mahu masuk penjara, kenalah saya buat pemindahan dalam talian dengan segera ke atas akaun bank yang mereka berikan.

Ada juga yang call dan cakap bahawa dia adalah panggil dari pejabat polis di Bukit Aman dan mengatakan saya ada kes jenayah dan saya perlu online deposit jumlah wang yang dinyatakan supaya tindakan tidak diambil dari pihak polis.

Banyak saja penipuan yang boleh jadi sekarang. Memang jadi satu gangguan yang besar dan jika tidak berhati-hati, senang saja kita boleh jatuh ke dalam perangkap mereka.

Pakai App Whos Call

Untuk mengurangkan kekacauan dan penipuan panggilan, saya telah pasang satu apps nama Whoscall. Apps ini boleh memberitahu nombor yang tidak kenal dipanggil itu adalah panggilan dari mana. Jika nombor itu sudah dalam blacklist, ia boleh bagi tahu dan saya akan terus blacklist saja nombor panggilan itu juga.

whoscall

Dengan ada apps ini, boleh banyak kurangkan peluang bagi saya kena tipu oleh panggilan yang tidak diketahui ini. Boleh  juga anda pasang apps ini pada telefon pintar anda juga jika anda selalu terima panggilan yang tidak anda kenali.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *