Kaedah Yang Betul Untuk Pendidikan Bayi

Pendidikan bayi baru lahir amat penting dan bermula apabila mereka mencapai umur lebih kurang 3 tahun. Pada ketika ini, tahap perkembangan minda bayi membangun dengan pesat dan dipercayai daya penafsiran serta penerimaan maklumat pada peringkat umur ini adalah dalam tahap yang paling maksimum.

Ibu bapa mungkin mengalami masalah tidak berapa tahu cara untuk mendidik bayi baru lahir kerana pada masa ini mereka masih kecil, tidak faham apa yang kita salurkan kepada mereka dan kekurangan disiplin di antara mereka.

pendidikan bayi

Hukuman Dan Ganjaran Merupakan Asas Pendidikan Bayi

Tidak kisah cara apa pun yang ibu bapa aplikasikan semasa mendidik bayi mereka, prinsip hukuman dan ganjaran harus dijadikan asas untuk pendidikan bayi.

Hukuman

Hukuman yang dimaksudkan di sini ialah jika bayi melakukan kesilapan, maka kita harus mengenakan denda kepada mereka. Ini dapat melatih mereka lebih berdisiplin dan bertanggungjawab. Akan tetapi, hukuman yang saya maksudkan ialah hukuman yang ringan dan bukannya hukuman rotan.

Contohnya jika bayi anda enggan menyimpan balik alat mainan bayi mereka setelah bermain, maka anda sebagai ibu bapa boleh mendenda mereka dengan tidak membenarkannya untuk makan ais krim. Ataupun anda boleh mendenda mereka dengan menyuruh mereka membasuh cawan.

Ganjaran

Ganjaran bermaksud memberikan sesuatu barang kepada bayi anda sebagai hadiah setelah mereka membuat sesuatu dengan betul. Pujian ibu bapa seperti “Good Boy”, “Pandai” merupakan salah satu ganjaran yang boleh menambah impak positif di mana bayi anda akan lebih berusaha untuk mendapat ganjaran daripada anda.

Ibu bapa juga boleh membawa anak ke zoo, ke restoran kesukaan mereka sebagai tanda ganjaran ke atas pencapaian mereka di taska. Akan tetapi, ibu bapa dinasihati jangan membuat penawaran ganjaran kepada anak.

Contohnya, jika bagi tahu anak bahawa sekiranya mereka lulus ujian di taska, maka anda akan membawa mereka untuk makan angin ataupun belikan mereka mainan masak-masak yang baru.

Ini akan melahirkan anak yang materialistik dan setiap kali ibu bapa menyuruh mereka untuk membuat sesuatu, mereka akan bertanya kepada ibu bapa apakah ganjaran yang bakal mereka dapati setelah menyiapkan tugas yang diberi kepadanya.

pendidikan bayi

Pendidikan Bayi Disertai Unsur Kasih Sayang

Unsur kasih sayang amat penting ketika menjalankan pendidikan bayi. Ibu bapa yang mempunyai sifat kasih sayang dan kesabaran, dapat melahirkan bayi yang berdisiplin dan berjaya. Bayi pada peringkat umur ini umpama sehelai kain putih.

Cara ibu bapa mendidik mereka bakal mewarnai mereka dan akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa depan. Jika mereka dididik dengan betul, maka mereka akan menjadi manusia yang berguna.

Cara Mudah Untuk Mendidik Bayi

Eye contact

Ambil masa yang ringkas ini apabila berkomunikasi dengan anak anda. Selalu pastikan anda ada lihat terus pada mata anak semasa bercakap dengannya. Pandangan dari mata ke mata adalah amat penting di mana anak akan anggap apa yang anda cakap adalah serius dan mereka akan ingat apa yang anda kata selepas komunikasi.

Biarkan anak memutuskan berapa lama dia nak main

Sekiranya kanak-kanak mempunyai fikiran bahawa orang dewasa akan merebut mainan mereka apabila idea orang dewasa fikir mereka sudah main dengan masa yang cukup lama, kita sebenarnya memberikan mesej “rampas barang” kepada kanak-kanak dan mereka akan rasa nak ambil balik apa yang dirampas.

Jika kanak-kanak itu bebas untuk main dengan mainan buat masa selama yang dia inginkan, dia akan dapat menikmati sepenuhnya dan kemudian akan habiskan permainan dengan hati yang terbuka.

Sekiranya kanak-kanak yang sama menggunakan mainan yang sama setiap kali, anda boleh membeli mainan yang sama bagi dia kerana ia adalah sesuatu yang menghiburkannya.

Mengajar anak anda untuk berkongsi

Anda boleh mula tanam konsep perkongsian di dalam minda anak anda semasa dia masih kecil. Dari masa anak anda dapat pegang sesuatu benda, anda boleh mengajar perkongsian dengan hantar benda itu kepada anak anda dan ambil balik sambil berkata “giliran saya, giliran anda.” Dengan berulangi perbuatan seperti ini, kanak-kanak akan mula belajar dalam perkongsian.

Sediakan ruang kreatif untuk anak-anak anda

Untuk memupuk kreativiti semulajadi anak anda, anda boleh mencipta persekitaran yang mesra untuk imaginasi. Anda boleh meletakkan beberapa kotak kosong dan beberapa krayon dan memberikan masa dan ruang yang mencukupi untuk anak anda melakukan apa sahaja yang mereka mahu.

Anda juga boleh cuba menyediakan beberapa stesen di ruang tamu atau bilik untuk membuat ruang yang menawarkan peluang kreatif. Sebagai contoh, mungkin anda boleh buat satu stesen untuk muzik, satu untuk lukisan, satu untuk main blok dan mainan pembinaan, dan satu lagi untuk pakaian. Semua stesen ini boleh dijadikan sesuatu yang dapat mencetuskan kreativiti anak anda.

Artikel berkaitan:
Zaman kanak-kanak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *