Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Kad-kad Baru Yang Mempunyai Logo Ini Amat Bahaya

Saya percaya semua orang telah tukar ke kad ATM terkini juga dengan kad debit dan kad kredit, bukan? Tetapi adakah anda perasan terdapat satu logo baru yang wujud atas kad itu? Terutamanya logo yang seperti gelombang bunyi?

visa debit card

Apa maksud logo ini? Ia merupakan satu teknologi “sistem pembayaran tanpa sentuhan” CPS (Contactless payment systems)terkini yang digalakkan untuk kegunaan seluruh dunia. Syarikat yang menggunakannya termasuk PayWave Visa, MasterCard PayPass dan ExpressPay dari American Express. Pada dasarnya semua syarikat ini mempunyai kad yang berfungsi dengan cara yang sama, cuma nama yang berbeza sahaja.

Jadi, apa kegunaan teknologi ini atas semua kad-kad baru? Kegunaannya sebenarnya amat luas. Sistem ini membolehkan pengguna untuk membuat bayarankepada pedagang yang tertentu. Apa yang pengguna perlu buat cuma ambil keluar kad kredit atau kad ATM mereka, dan imbas dalam mesin pembaca kad di kaunter. Pembayaran akan dibuat dengan serta-merta, memang senang dan mudah kan?

card scanning machine

Tetapi adakah anda tahu bahawa kad ini sebenarnya terdapat juga satu fungsi yang tersembunyi? Apabila anda menggunakan kad untuk membuat bayaran dengan imbaskan kad ke atas masin, dan jumlah bayaran adalah RM250 atau kurang, anda tidak perlu memberikan apa-apa kata laluan dan tandatangan! Ya, betul, RM250!

visa scan step

Dapat anda mengenalpasti apa yang salah? Ini bermakna jika kad anda jatuh di tangan orang lain, dia boleh gunakan untuk membuat bayaran tanpa kesedaran anda.

Ini sungguh berbahaya, bukankah? Adakan anda diberitahu atau diberi amaran apabila anda pergi bank untuk menukar kad baru? Sudah pasti tidak. Kita semua tahu macam mana servis kualiti di Malaysia. Dan kini apa yang merupakan salah satu masalah yang paling besar adalah bahawa fungsi ini adalah lalai. Apabila kat ini dihantar ke tangan mu, fungsi ini sudah diaktifkan!

Sekarang, terdapat banyak tempat di Malaysia yang telah menyokong kaedah pembayaran ini, antaranya termasuk:

jenama syarikat

  1. AEON BiG
  2. AEON MaxValu
  3. AEON Stores
  4. AEON Wellness
  5. Ben’s Independent Grocer
  6. Borders
  7. Chatime
  8. Golden Screen Cinemas
  9. HERO
  10. Jaya Grocer
  11. KLIA Ekspres 12. Krispy Kreme
  12. Krispy Kreme
  13. McDonald’s
  14. MYDIN
  15. NSK
  16. RadioShack
  17. SOGO Kuala Lumpur
  18. Starbucks
  19. TGV Cinemas
  20. The Coffee Bean & Tea Leaf
  21. Village Grocer

Jika anda mempunyai pembantu rumah di rumah, membayangkan bahawa kad anda diambil olehnya. Maka pada hujung bulan bila anda semak wang di akaun bank anda, anda akan pening.

Jadi, Apa Yang Boleh Saya Buat?

Jika anda mempunyai pembantu rumah di rumah, membayangkan bahawa kad anda diambil olehnya. Maka pada hujung bulan bila anda semak wang di akaun bank anda, anda akan pening.

Tapi anda tidak perlu panik dan jangan pergi gaduh atau mengkritik bank berkenaan. Sebab semua ni hanya akan sia-siakan tenaga anda sahaja. Untuk mengelakkan salah guna kad demi keselamatan wang anda, sekarang di sini kami akan mengajar anda bagaimana untuk tutup fungsi yang tidak selamat ini (di sini kami pakai kad Maybank sebagai contoh, tetapi bank-bank lain juga lebih kurang boleh pakai dengan cara yang sama juga.)

1. Anda boleh pergi ke ATM mesin, dan masukkan kad. Lepas tu pilih “LAIN-LAIN URUSNIAGA” (OTHER TRANSACTION).

Atm Maybank

2. Pilih “CHANGE LIMIT / LANGUAGE / MAYBANK ONE”

tukar limit

3. Pilih “PURCHASE LIMIT”

purchase limit

4. Pilih “NO PURCHASE”, dan kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda di atasnya.

no purchase

Dengan cara ini semua dah selesai. Cuma 4 langkah yang cepat dan mudah. Sekarang wang anda telah selamat duduk dalam akaun bank anda tanpa risiko.

Selepas menutup fungsi imbasan automatik itu, anda tidak perlu lagi bimbang mengenai kad bank dan kad kredit anda akan dipakai oleh orang lain tanpa kesedaran. Adalah baik anda berkongsi dengan ahli keluarga dan kawan-kawan anda cara ini untuk memastikan keselamatan wang simpanan mereka.

3 Comments

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh