Cuti-Cuti Malaysia Naik Keretapi

Kali terakhir aku naik keretapi tahun 2003 dulu. Masa tu aku tengah mengaji di UiTM Pahang. Ni keretapi yang betul² keretapi, bukan komuter tau.

Lokasi percutian bukan jauh sangat dari Kluang, tetapi apa yang menarik adalah tentang pengangkutan yang digunakan, iaitu keretapi. Tak la jakun mana, cuma sekadar nak jalan-jalan untuk melihat alam sambil bawa sang isteri untuk maternity shoot. Best kan, kau ada? haha.

keretapi malaysia

Masa perancangan awal agak rumit juga dan hampir-hampir kena batalkan pelan in. Kenapa boleh jadi begini? Sebab bila tengok jadual e-tiket di Keretapi Tanah Melayu (KTMB), dapati banyak daripada tiket yang sudah habis dijual untuk perjalanan dari JB Sentral ke Kluang. Plan awal bagi kami nak bertolak cuma tinggal masa pagi dan balik dalam lepas tengahari saja. Rasa agak kecewa juga bagi aku.

Tukar Plan

Lepas berbincang balik, maka plan ditukar. Aku cadang untuk naik keretapi dari Stesen Kulai pula. Alhamdulillah, memang tiket dari Stesen Kulai masih tinggal banyak lagi. Jadi usalah aku risau lagi, tidak perlu tergesa-gesa untuk membeli tiket, esok bila sampai baru beli di stesen pun sempat lagi.

Mengikut jadual yang ditetapkan, keretapi akan tiba di Stesen Kulai pada jam 0940. Jadi kami gerak dengan awal sikit kira-kira pada jam 0830.

Nasib kami agak baik sebab sepanjang perjalanan tidak ada banyak kereta. Lepas fikir baru sedar bahawa hari ini merupakan hari Sabtu, kebanyakan orang tidak bekerja pada hari ini, jadi aku ingat ramai orang masih membungkus atas tilam kot.

Tidak ambil masa yang banyak, kami sudah sampai di stesen Kulai. Nasib baik tiket kereptai untuk pergi dan balik Kulai-Kluang masih ada. Aku sambar untuk 2 orang.

Harga Tiket Keretapi Agak Murah

Tak mahal sangat rasanya untuk tiket yang aku beli. Tiket untuk pergi ke Kluang harganya hanya RM2 untuk seorang dan tiket untuk balik ke Kulai hanya RM12 untuk seorang. Jadi aku cuma belanja sebanyak RM30 habis untuk tiket keretapi. Harga ini kira banyak baik jika berbanding dengan sendir pandu kereta. Bukan saja kena bayar minyak kereta, tapi rasa penat lagi jika pandu dengan jarak yang jauh.

Bertolak dari Stesen Kulai ke Kluang

Kami bertolak pada jam 0945 dari Stesen Kulai dan tiba di Stesen Kluang pada jam 1030 lebih kurang. Pengalaman yang amat menarik di sepanjang perjalanan ke Kluang.

Kami dapat menikmati pemandangan kampung yang indah dan menarik di sepanjang perjalanan. Sempat juga keretapi ini berhenti di Stesen Renggam dan Layang-layang untuk naik dan turun penumpang.

Sebaik saja kami sampai di Kluang, kami terus pergi cari tempat makan untuk makan sarapan. Bukan susah sangat untuk cari makan sebab sekejap saja kami sudah dapat cari sebuah warung yang berdekatan.

Restoran Railway Cofee Banyak Famous

Teringin juga nak ke restoran Railway Coffee yang terkenal dengan kopi dan roti bakarnya untuk nikmati sarapan yang hebat. Tetapi disebabkan restoran Railway Coffee itu sudah penuh dengan orang ramai, niat aku terbatal dan warung yang berdekatan merupakan tempat makan yang akhirnya kami kunjungi.

Selepas selesai makan sarapan di warung, destinasi kami seterusnya adalah pergi jalan-jalan tanpa hala tuju di Bandar Kluang. Sebenarnay aku pun tak berapa familiar dengan Bandar Kluang ni.

Kami ingin cari Kluang Parade, menjaja untah ke mana-mana. Tapi disebabkan malu untuk bertanya jalan walaupun sudah sesat jalan,kami terus jalan tanpa arah.

Alhamdulillah! nasib kami memang baik sebab Kluang Parade sebenarnya tak seberapa jauh tu berjaya juga kaki kami menjejakinya. Kami pergi ke sana bukan nak cari apa sangat juga. Selain dompet comel berjaya dibeli kami cuci mata dan makan di KFC dalam Kluang Parade tu.

dalam keretapi

Sambil berjalan ke sana ke sini tu sempat la untuk mengambil gambar untuk beberapa kawasan yang menarik yang berbaloi untuk ambil gambar. Kebanyakan adalah isteri aku yang jadi model, aku cuma jurugambar untuk dia.

Tapi macam ini seronok juga. Sebelum menunggu keretapi sampai jam 1450 tu, sempat juga kami photo shoot kat area Stesen Keretapi Kluang tu. Sekadar kenangan di hati. Cheewah.

Jam 1455 keretapi tiba, kami pulang dengan senang hati dengan pengalaman yang sedikit untuk cuti-cuti malaysia ke Kluang. Tapi untuk gambar yang aku ambil, boleh tahan banyaknya. haha.

Seronok sebenarnya sekali sekala makan angin macam ni. Walaupun dekat, tapi pengalaman tu agak menarik untuk dikenang. Disebaliknya juga, dapat juga menjana pendapatan masyarakat setempat kan.

Jadi, jangan malas sangat la bercuti bersama keluarga. Walaupun dekat destinasi pelancongan tu, yang paling penting harapan agar hubungan kekeluargaan tu akan berpanjangan selamanya.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah tu, idea gila muncul dengan tiba-tiba – Jom pergi cuti di Melaka, Nak?

Artikel berkaitan:
Melawat ke i-City di Shah Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *