9 Bank Malaysia Dengan Kadar Faedah Baru

Dalam keadaan pasaran yang lemah pada masa kini, semua rakyat kena menghadapi dengan kenaikan harga semua barangan dan prospek pelaburan yang tidak menguntungkan. Jadi, bagaimana untuk membuat lebih banyak wang dah jadi satu perkara yang penting dan ramai orang amat sakit kepala tentangnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebilangan besar pinjaman agak senang diluluskan orang bank-bank di negara ini. Tetapi kini pinjaman dan jadi semakin kurang dan proses permohonan untuk mendapatkan pinjaman wang dah jadi semakin susah. Bagi bank pula, mereka juga cuba untuk menarik lebih banyak deposit untuk mengembangkan perniagaan mereka. Dengan keadaan demikian, banyak bank telah meningkatkan kadar faedah untuk fixed deposit. Terdapat juga bank yang mengeluarkan tawaran kadar faedah deposit yang amat menarik.

Kadar Faedah Naik dari 4% ke 4.3%

Sebelum itu, kebanyakan bank cuma memberi kadar faedah 4% untuk fixed deposit untuk simpanan 12 bulan. Sekarang kadar tu sudah dinaikkan ke 4.3%. Negara kita dah lama berada pada kadar faedah yang rendah, di mana ia telah dikekalkan pada 3.15% kepada 3.3% buat masa yang panjang. Tetapi kebelakangan ini, banyak bank sedang buat promosi secara aktif untuk memperkenalkan pakej deposit dengan kadar yang tinggi dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang untuk membuka akaun, dan mengukuhkan aliran wang tunai bank.

Ia dilaporkan bahawa hanya aliran masuk deposit baru yang layak untuk menikmati kadar ini. Deposit lama di bank yang sama yang belum tamat tempoh, atau fixed deposit yang dipindah daripada akaun lain tetapi dengan bank yang sama (seperti akaun simpanan atau akaun semasa) akan tidak layak untuk dapat kadar faedah tu.

Pada masa yang sama bank-bank juga menetapkan tarikh akhir untuk promosi mereka. Selepas tamat tarikh promosi, pakej baharu akan menggantikan pakej habis tempoh, atau kembali kepada kadar deposit biasa yang asal. Tetapi berdasarkan pengalaman lalu, jika bank-bank tu mendapat sambutan yang baik dengan pakej promosi mereka, biasanya mereka akan melanjutkan tempoh tawaran.

ocbc bank

  • Minimum Deposit: RM10,000
  • Tempoh Tamat Promosi: 30 April 2016
  • 9 Bulan: 4.15%
  • 12 Bulan: 4.30%

 

UOB bank

  • Minimum Deposit: RM10,000
  • Tempoh Tamat Promosi: 31 May 2016
  • 4 Bulan: 4.00%
  • 9 Bulan: 4.15%
  • 12 Bulan: 4.30%

 

public bank

  • Minimum Deposit: RM20,000
  • Tempoh Tamat Promosi: 30 April 2016
  • 6 Bulan Pertama: 4.10%
  • Lepas 6 Bulan: 4.50%

hong leong bank

  • Minimum Deposit: RM10,000
  • Tempoh Tamat Promosi: 30 April 2016
  • 3 Bulan: 4.20%

 

maybank

  • Minimum Deposit: RM25,000
  • Tempoh Tamat Promosi: 30 April 2016
  • 5 Bulan Pertama: 4.00%
  • Selepas 5 Bulan: 4.50%
  • Minimum Deposit: :RM10,000
  • Tempoh Tamat Promosi: 30 April 2016
  • 1-6 Bulan: 3.40%
  • 6-9 Bulan: 4.70%
  • 10-12 Bulan: 5.75%

 

RHB bank

  • 1-3 Bulan: 4.00%
  • 4-6 Bulan: 4.15%
  • 7-9 Bulan: 4.25%
  • 10-12 Bulan: 4.60%

 

Alliance bank

  • Minimum Deposit: RM10,000
  • 12 Bulan: 3.90%

 

Cimb bank

  • Minimum Deposit: RM10,000
  • 1 Bulan: 3.70%
  • 2 Bulan: 3.85%
  • 3 Bulan: 4.00%
  • 6 Bulan: 4.05%
  • 12 Bulan: 4.10%

 

HSBC bank

  • Minimum Deposit: RM5,000
  • 1-2 Bulan: 3.00%
  • 3-5 Bulan: 3.10%
  • 6-11 Bulan: 3.15%
  • 12 Bulan: 3.30%

Kesan-kesan Perubahan Kadar Dasar Semalaman (OPR)

Bank Negara Malaysia pada 13 Julai 2016 telah membuat pengumuman untuk mengurangkan kadar dasar semalaman ataupun OPR sebanyak 0.25% untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara kita.

Sebelum ini, OPR negara kita berada di tahap 3.25%. Maka dengan penurunan sebanyak 0.25%, kadar OPR terbaru berada di tahap 3.00%. Penurunan OPR ini memberi kesan-kesan positif dan negatif kepada kita semua.

Kesan-kesan Positif Penurunan OPR

1. Penurunan Kadar Pinjaman Perumahan

Kadar pinjaman perumahan berubah mengikut Kadar Dasar Semalaman (OPR). Bank-bank menawarkan kadar peratusan faedah pinjaman perumahan dengan merujuk kepada Kadar Asas (BR). BR juga berkait secara langsung dengan OPR.

Sekiranya bank negara menurunkan kadar OPR, maka BR juga akan menurun. Dengan itu, kadar pinjaman perumahan juga akan turun. Ansuran perumahan yang dibayar oleh peminjam juga akan berkurangan dan ini akan membolehkan peminjam mempunyai wang yang lebih untuk berbelanja.

Walau bagaimanapun, setiap bank menawarkan kadar pinjaman perumahan yang berlainan. Pihak bank berkuasa untuk menetapkan sama ada mengikut langkah Bank Negara Malaysia untuk menurunkan kadar faedah.

bank negara malaysia
bank negara malaysia

2. Kelonggaran Syarat Pinjaman Perumahan

Kadar Dasar Semalaman (OPR) mempunyai hubungan positif dengan faedah simpanan. Jika OPR meningkat, maka faedah simpanan juga meningkat. Sebaliknya berlaku pada hari ini di mana OPR telah menurun sebanyak 0.25%.

Dijangkakan faedah simpanan wang akan menurun dan ini akan menyebabkan ramai orang mengambil keluar wang untuk berbelanja. Dengan itu, aliran tunai di bank akan berkurangan. Dengan itu, pihak bank akan meluluskan lebih banyak pemohonan pinjaman perumahan untuk mendapat balik wang tunai ke bank.

3. Aliran Wang Tunai Bertambah Di Pasaran

Seperti yang dibincangkan di atas, hubungan positif di antara OPR dengan kadar faedah simpanan akan menyebabkan penuruan kadar faedah simpanan wang di bank.

Orang ramai akan cenderung mengambil keluar wang daripada bank untuk belanja. Ini akan menyebabkan wang beralih dan bertukar tangan dengan cepat di pasaran dan akhirnya membawa kepada pertumbuhan ekonomi negara.

4. Penurunan Kadar Faedah Pinjaman Peribadi Dan Kereta

Seperti kadar pinjaman perumahan, perubahan OPR juga akan menyebabkan penurunan kadar faedah pinjaman kereta dan peribadi.

Kesan-kesan Positif Penuranan OPR

1. Inflasi

Semakin banyak wang mengalir ke pasaran, maka akan wujudnya inflasi lebihan permintaan dimana barang yang ada dipasaran tidak mencukupi. Kekurangan penawaran barang serta lebihan permintaan akan menyebabkan harga barang tersebut semakin meningkat.

2. Penurunan Faedah Simpanan Wang

Semua jenis simpanan wang di bank akan diberi faedah oleh pihak bank. Penurunan OPR akan menyebabkan pihak bank menurunkan kadar pembayaran faedah kepada penabung. Pihak bank terpaksa menurunkan faedah pinjaman perumahan, kereta dan pinjaman individu kerana penurunan kadar OPR.

Maka pada masa yang sama, mereka juga akan menurunkan kadar pembayaran faedah kepada orang ramai agar keuntungan bank tidak terjejas.

3. Nilai Mata Wang Menurun

Bila orang ramai mengeluarkan wang dari bank untuk berbelanja, maka wujudnya suatu situasi di mana wang tunai yang ada di pasaran terlebih. Ini akan menyebabkan nilai Ringgit Malaysia jatuh.

Baca juga: Fix Deposit – Apa Yang Anda Perlu Tahu

3 Comments on “9 Bank Malaysia Dengan Kadar Faedah Baru”

  1. kadar faedah yang tinggi sangat bagus dan menguntungkan ..

    keistimewaan ini untuk orang yang bukan Islam sahaja..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *